.

.
.

Friday, July 16, 2010

Kesan Ekonomi Kenaikan Harga Minyak.


Apa dah jadi....




Kenaikan 5 sen bagi petrol memang memeranjatkan rakyat Malaysia.
Semua sedia maklum kenaikan harga petrol kepada RM1.85 seliter telah diumumkan oleh kerajaan, dan ia menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan orang ramai. Nilai wang dalam poket bertambah susut nilai untuk membeli barangan yang sama pada masa sebelum ini.
Peningkatan harga minyak yang tinggi tersebut akan memberi kesan kepada kenaikan harga barang, terutama harga barang makanan. Bahan makanan, sama ada dalam bentuk mentah, separa proses atau siap diproses perlu diangkut dari tempat pengeluaran atau pemprosesan kepada tempat pemasaran. Kenaikan kos pengangkutan dan kos pemprosesan tentunya akan dipindahkan kepada pengguna dengan menaikkan harga barang akhir barang yang diangkut.
Memang kerajaan boleh campurtangan dengan mengumumkan dasar kawalan harga barangan, tetapi dari segi ekonomi, dasar campurtangan tersebut akan membawa kepada herotan ekonomi dan memberi lebih banyak keburukan dari kebaikan.
Orang ramai masih gemar memandu kenderaan sendiri daripada menggunakan pengangkutan awam. Ini antara sebab utama penggunaan bahan api terus meningkat. Walau bagaimanapun kita tidak boleh menyalahkan pengguna atas pilihan tersebut. Jika diteliti, mutu perkhidmatan awam baik bas, teksi dan kemudahan LRT dan komuter dilihat masih kurang memenuhi kehendak dan permintaan rakyat. Kita tidak boleh membandingkan dengan Singapura sekiranya ingin menggalakkan pengguna menggunakan pengangkutan awam. Sistem pengangkutan awam di Singapura adalah cekap dan lengkap

No comments:

Post a Comment