.

.
.

Monday, April 30, 2012

CEPAT REGISTER KULIM JAMBOREE 2012


As Salam, riders...organiser KULIM JAMBOREE 2012 (KMJ 2012) bagi tau kat aku yang pendaftaran akan ditutp pada 1hb Mei 2012....sesiapa yang belum register cepat-cepat register....TUNGGU APA LAGI.

Sunday, April 22, 2012

MINI JAMBOREE SEK.KEB.SG.KOB (10~12thn).

Pada hari Sabtu, 21hb April pada pendapat aku tercipta satu sejarah di mana satu mini jamboree (on road + off road) bagi kanak-kanak sekolah berumur 10 hingga 12 tahun anjuran Sekolah Keb. Sungai Kob, Kulim. Kedah dan juga Danish Event Management. Aku secara sukarela jadi marshall, nak jaga budak-budak ni. Anak aku yang ketiga Arif Aizuddin juga masuk (anak aku yang sakit "bladder infection"). Semuanya teruja, aku tanya semuanya anggap race..apapun mai layan gambar di bawah ni.

Puan Guru Besar SKSK bersama Tuan Pegawai Polis Karangan.

Sebahagian daripada "riders" harapan sedang bergambar...

No plate 076 tu, anak aku....

Riders cilik at starting point

Abg Kamil Misai bersama Zam (wartawan Cycling Malaysia) bersama wartawan Roda Pantas.

Sebaik saja dilepaskan, semuanya terus memecut....macam pro ambik lap..


Ha..ha.. anak aku slow jer....

Nah...trek macam trek jamboree orang dewasa...

Hati-hati dik..DH tu bahaya licin...


Anak aku dok depan sekali tolak....macam bapak dia jugak...masuk jamboree selalu tolak jugak


Dah sampai pon anak aku...

Tahniah...kepada anak aku..

Bersama ibu...

Ini dia para marshall yang berkhidmat....

Ini dia juara adik Hakimi...memang dijangka dia akan menang......
TAHNIAH kepada penganjur kerana berjaya menganjur satu event untuk anak-anak kita. Tiada sebarang insiden yang berlaku....Bagi aku kita patut perbanyakkan jamboree untuk kanak-kanak sekolah rendah bagi mencungkil bakat anak-anak kita daripada terjerumus aktiviti yang tidak berfaedah.....
Ada banyak lagi gambar-gambar aku upload dalam Facebook aku FB1 dan FB2...Sekian Wassalam.

Wednesday, April 18, 2012

KAYUHAN ON ROAD BERSAMA NEW RIDER..BRO NAZAR.

Hari ni kami layan on road, meraikan ahli baru Nazar. Aku, Rashid dan Apai bersemangat sebab beberapa minggu dah tak kayuh. So, trek yang kami lalui Sg. Kob, Padang Limau, Batu Puteh dan terus ke Labu Besar. Start kayuh agak lambat..biasa ler..he..he..

Our new rider, Nazar....selamat berkayuh..

Apai....



Menghala ke Labu Besar...

Singgah surau di tepi jalan....tunai qadar hajat...

Sampai jer Labu Besar, singgah kedai makan...pekena nasi lemak dan kuih

Aku, hensem lagi walaupun sudah 40 plus...he..he..

Rashid, lepas makan pi buang pulak kat Masjid Labu Besar...

Ingat akan mati.....

Tanda-tanda PRU 13 dah hampir...

Kayuhan diteruskan...

Respect cyclist...


Sampai kat Padang Meiha...kami rest sat tunggu bro Idan mai..




Bro Idan mai dari rumah dia...beri moral support kat kami, terutama Nazar

Kerbau dok berendam...





Tahniah kepada semua, terutama buat Nazar pertama kali kayuh mampu menghabiskan kayuhan lebih kurang 45km....tahniah sekali lagi.. banyak lagi gambar aku upload my FB..
Sekian..jumpa lagi Insyaallah..

Friday, April 13, 2012

GEMPA BUMI DI ACEH...SUATU PERINGATAN DARI ALLAH.

Rabu, 11hb April 2012 berlaku satu gempa bumi di Aceh, Sumatera, Indonesia. Gempa bumi kekuatan 8.6 Skala Ritcher. Maka seluruh manusia berpusu-pusu mencari tempat yang selamat. Sesungguhnya Aceh telah mengalami satu gempa bumi yang amat kuat pada 26hb Disember 2004 seterusnya mengakibatkan tsunami yg amat dasyat dan mengorbankan 200 ribu lebih nyawa manusia.
Gempa bumi ialah satu fenomena alam iaitu pergerakan batuan di bawah tanah atau dikenali tektronik. Walaupun begitu, kita jangan pandang dari satu sudut fenomena alam sahaja, sudut agama patut juga diambil kira. Ada ayat-ayat Al-Quran yang jelas menunjukkan kekuasaan Allah SWT. Supaya manusia insaf dan taat kepada perintah Allah SWT.
Surah Al-Araf ayat 78 maksudnya " Oleh itu, mereka pun dibinasakan oleh gempa bumi, lalu menjadilah mereka mayat-mayat yang tersungkur di tempat tinggal masing-masing".


Menunjukkan pusat berlakunya gempa bumi...


Kelihatan orang-ramai bertempiaran menyelamatkan diri








Ada yang menangis...



Ribuan manusia berada di perkarangan Masjid Baiturrahman...

Masjid ini tetap utuh walaupun badai tsunami melanda tahun 2004.








Sekian sahaja, sekadar renungan buat kita semua....
ALLAHUAKBAR....