.

.
.

Sunday, August 28, 2011

Selamat Hari Raya Aidil Fitri......

Assalamualaikum wbr,
Di sini aku nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua riders, bloggers serta muslimin dan muslimat sekelian. Semua sudah tau sambutan hari raya, so tak payah taip panjang lebar........
Aktiviti kayuhan Insyaallah berjalan seperti biasa selepas Ramadhan ini. Semuga dipanjangkan umur oleh Allah untuk bertemu Ramadhan seterusnya.........Amin.



Di sini aku nak ucapkan juga Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan. Semuga pemikiran juga bebas daripada belenggu jahiliyyah hasil daripada tarbiyah Ramadhan.....SEKIAN.

Wednesday, August 17, 2011

NUZUL AL_QURAN



NUZUL AL-QURAN

Sejarah al-Quran: Antara peristiwa agung dalam sejarah umat Islam di bulan Ramadan ialah turunnya kitab suci al-Quran atau disebut Nuzul al-Quran. Ia dirakamkan dalam al-Quran, melalui firman Allah yang bermaksud: “Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)

Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira’ tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad saw.

Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar yang dikurniakan kepada Nabi saw. Kita hendaklah beriman dan mempercayai isi kandungan al-Quran. Beriman dengan al-Quran merupakan salah satu dalam Rukun Iman.

Erti Nuzul al-Quran: ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah dari tempat sebelah atas ke tempat di sebelah bawah.‘Al-Quran’ pula bermaksud bacaan atau himpunan. Ia dikatakan sebagai bacaan kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia. Ia juga dikatakan himpunan kerana dalam al-Quran itu terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat dan sebagainya

Monday, August 15, 2011

Qaryah baru taman aku (Taman Mutiara)


Buat pertama kalinya Solat Jumaat akan diadakan di Surau Nurul Iman, Tmn. Mutiara, Sg. Kob pada 19hb 2011. Ini adalah hasil kerja keras AJK Penaja Qaryah. Dengan terdirinya Solat Jumaat di surau ini maka satu lagi kemudahan buat penduduk Taman Mutiara.

Monday, August 8, 2011

Anak kena masuk wad.

Baru jer seminggu berpuasa, aku terpaksa berbuka puasa dan bersahur kat hospital sebab kena jaga anak aku yg sakit "urine reverse back" masuk hospital kat KPJ Penang sebab demam dan air kencing kotor. Almaklumlah dok spital ni tidur mesti tak selesa, tapi nak buat macam mana dah ujian daripada Allah....aku harus bersabar...dah hampir 5 bulan anak mengalami masalah "urine" ni.....

Sedih rasanya tengok anak tak bermaya...

Tunggu nak pindah wad drpd emergency ward ke normal ward......terlena

Anak aku yg bongsu, nak jaga abang chik dia sakit.....prihatin

Sekian, selamat berpuasa kpd muslimin dan muslimat...

Thursday, August 4, 2011

Jadual Tazkirah Surau Nurul Iman, Tmn. Mutiara, Sg.Kob.

Assalamualaikum, kepada penduduk Taman Mutiara sama-samalah kita mengimarahkan surau kita serta solat Terawih berjemaah. Semoga Ramadhan kali ini memberi rahmat kepada kita semua. Amin..