.

.
.

Wednesday, February 18, 2015

KAYUH MELAWAT KAWASAN-SOLO RIDE.

Assalamualaikum, lama dah tak updated blog aku ni..Maklumlah zaman Fesbuk, Wassap, Telegram, Instagram dan banyak Gram-gram lagilah...Dulu sebelum ada tu semua, blog aku selalu dok updated..Bukan apa malam free sebab cuti CNY dan bermula..he..he..
Mai lah layan gambar aku kayuh petang tadi...17 Feb 2015.


Bersiap2 nak kayuh..


Sebelum masuk offroad tengok orang memancing dulu


Selfie dulu



Lawatan ke bendang

Basuh gerek
 Kawasan penanaman tebu

Pokok pisang


Sekian dulu..jumpa lagi..Insyaallah

Friday, November 28, 2014

KAYUHAN SELFIE DI PAGI JUMAAT...ha...ha...

Pagi ni Jumaat 28 Nov 2014 bersamaan 5 Safar 1436. Jumaat adalah penghulu segala hari...Alhamdulillah setelah selesai solat Subuh serta hadir diri kuliah subuh. Pengisian rohani sebelum kayuh basikal.
Kayuhan pagi solo ride @ SELFIE (istilah baru) ha..ha...
Route kali ni..Karangan-Batu Putih-Tmn Mutiara..berpeluhlah jugak.....



Kayuhan 100% road...apa lagi layan RB lah bro...he..he..
Sekian...

Sunday, November 23, 2014

TERLAKSANA SATU TANGGUNGJAWAB WALAUPUN KECIL...

Assalamualaikum, pagi tadi 11.23.2014  satu kayuhan amal diadakan untuk mengutip dana/sumbangan salah seorang rider yang meninggal semasa kayuhan CLASSIC RIDE iaitu arwah Kimi @ Mohd Khoiri.
Kayuhan ini dianjurkan oleh riders dari Padang Serai...Suhaimi, Mazhan, Jeffre Ramli, Man Gerek dan ramai lagi. Walaupun aku tidak berkesempatan nak joint kayuhan tapi aku bersyukur dapat hadir.
Sesungguhnya berkayuh juga kita boleh beramal dan mencari keredhaan Allah, yang penting kita ikhlas. Aku tidak mahu menceritakan mengenai arwah, cukup dinyatakan arwah adalah rakan kayuhan. Apa yang nak ditekankan disini...berkayuh boleh merapatkan silaturrahim dan tolong monolong sesama kita.
Ini pernah terjadi di dalam hidup aku, ramai riders membantu aku ketika aku menghadapi saat sukar.
Sekian terima kasih dan kupohon maaf sekiranya ada salah dan silap.....


Banner kayuhan ...



Sebahagian daripada riders yang joint...


Friday, November 14, 2014

BERTUKAR KE "RB"...HA....HA....

Siaran tertunda.....Assalamualikum,
Setelah lama layan MTB, kini aku tambah lagi satu iaitu layan road bike @ RB pulak. Bukan apa, cuma nak rasa kelainan sikit..Seperti aku katakan matlamat kayuh ialah sebagai hobi dan bukan untuk menunjuk-nunjuk...
Akhirnya dapat kumiliki juga RB brand Polygon yang murah jer harganya...


Aku beli kat kedai Albert...

Ini dia RB ku...
Penampilan pertama di Classic Ride...bersama rakan kayuhan...Nizam..
Sekian sajalah..

Friday, October 17, 2014

VENZOKU UPGRADED KE 10 SPEED...

Assalamualikum, setelah sekian lama terbantut aku punya projek upgrade hari ni terlaksana jugak...
Misi ini dilakukan di kedai Albert (OZE CYCLE SHOP), tempat kelahiran Venzo..ku..
Set hanyalah Shimano Deore 2014, itulah saja setakat yang mampu.



Semoga kayuhan aku semakin mantap...ha....ha...

Sunday, September 28, 2014

KAYUH FUNRIDE anjuran NILAM BAIDURI CYCLING CLUB..

Assalamualaikum, kelmarin 27 September 2014, satu kayuhan amal atau funride anjuran Taman Nilam Baiduri Cycling Club @ NBCC. Aku kalau funride dan kayuh amal Insyaallah joint. Jamboree tu "slow" sikit..he..he..
Kayuhan ini merupakan pertama kali anjuran NBCC, penyertaan kalau tak silap lebih kurang 300 riders. Tujuan kayuhan ini dibuat untuk dana program dan aktiviti-aktiviti taman. Satu program yang amat bermanfaat.
Kayuhan dilepaskan oleh VIP (nama aku tak tau) pada jam 8.30am, ikut jam aku...terlambat sikit dari program asal. Trek adalah amat bersesuai pada semua peringkat..Sebab semua bukit aku boleh kayuh..ha..ha...Jarak kayuhan lebih kurang 30km jer..50-50 road dan offroad.
Yang paling sempoi check point last atas bukit ada cendol....






Semangat kental...kaki besi




CP cendoi...sempoi


 Dapat cabutan bertuah..beras 5kg...
Sekian saja dulu...banyak gambar aku upload dalam Facebook....

Wednesday, September 17, 2014

KAYUHAN KE BENDANG DI PETANG HARI.

Hari ni cuti sempena 1 Malaysia @ 16 September, aku dan jiran aku Nizam kayuh sebagai latihan untuk NBCC Fun Ride. Kami start kayuh 5.30 petang. Antara trek yang dilalui ialah Padang Limau, Padang Meiha dan Batu Putih. Kami singgah kat bendang ambil gambar....seperti biasa posing...


Selfie sebelum kayuh..

Menuju ke Padang Limau


 Posing kat Padang Meiha



Ambik gambar di tepi bendang..



Dahaga..kita minum dulu

Hujung sana..kubota

Kayuhan kali ini....29km....jer
Sekian jumpa lagi..Insyaallah