.

.
.

Saturday, October 12, 2013

ANAK AJAK JOGGING NAIK TOKKUN.

As salam, pagi tadi 12hb Okt aku nak joint test trek Kulim MTB Jamboree 2013 tetapi terpaksa dibatalkan sebab anak-anak aku (Achik dan Adik) nak "merasa" naik Tokkun. Al-maklumlah, bila pi BM jer depa selalu dok tanya bila abah nak bawak naik atas...nak pegang pintu pagar pencawang. Mau tak mau terpaksa bawa depa jugak. Tak apalah kayuh ajerlah masa Jamboree nanti....
Bersemangat anak-anak termasuk juga isteriku....mai layan gambar-gambar...

Bersemangat...awai lagi...


Wife dah nampak kepenatan

Jumpa kayu buat tongkat


Si Adik sakit kaki...kena urut dulu



Macam MIB




Achik...seronok jungle tracking walaupun sekejap


Ulat gonggok


RnR atas bukit


 Akhirnya berjaya sampai ke puncak






Tahniah kepada my wife dan anak-anak.

Masa nak turun ni..

Sedikit jungle tracking

On the way nak balik rumah...pekena nasi @ lunch kat Restoran Mutiara Junjung....
Clear....Sekian jumpa lagi Insyaallah.

Monday, September 30, 2013

KAYUH DALAM RUMAH...KAT LUAR HUJAN.


Assalamualaikum,
Sejak dua tiga hari asyik hujan jer...rahmat Allah turun. Jadi segala aktiviti kayuhan aku menjadi slow sikit. Walaupun ramai riders yang kayuh jugak dalam keadaan hujan turun.
Sebagai aktiviti nak mengeluarkan peluh aku kayuh jugak tapi dalam rumah aja..he..he.
Sekian...

Tuesday, September 17, 2013

KAYUHAN MTB - KULIM ke BKT MERAH...DONE 155KM.

As salam, 16 Sept Pak Long Din dari Happy Ride menganjurkan satu kayuhan dari Kulim ke Bukit Merah (2 ways). Aku bersama lebih kurang 60 riders joint. Nizam, Add Kassin dan Arif tarik diri di saat akhir, so aku sorang ajerlah dari team GB @Kulim yg. kayuh. Aku tau kayuhan kali ini amat mencabar minda bagi aku, dah jarang-jarang kayuh dan pertama kali kayuh melebihi 100km.
Start kayuhan di depan JPJ Kulim jam 8.00pm. Masa kayuhan aku antara riders yang paling last sekali..he..he nasib baik marshall yang tolong tarik aku. Pi pon sama bali pon sama, semuanya kena mintak bantuan marshall. Sampai ke Bukit Merah Lake Town Resort lebih kurang 12.30 pm. Masa naik bukit nak ke Lake Town amat-amat memeritkan, tolak ajelah..ha..ha.
Aku tak mau cerita panjang, yang pasti aku terlalu letih untuk menghabiskan kayuhan ini. Selamat sampai kat Kulim 6.30pm..terpaksa solat Asar kat Masjid Sg. Ular dulu sebelum balik rumah.. Gambar banyak dlm aku punya FB...
Sekian.








Tuesday, August 27, 2013

KAYUHAN SYAWAL 1434H

Padi tadi seperti yg dirancang, akhirnya dapat jugak aku kayuh bersama jiran-jiran aka GengBasikal @Kulim. Semenjak akhir-akhir ini amat payah nak menghimpun rakan-rakan kayuhan dari team sendiri. Tidak seperti dulu, hampir setiap minggu mesti kayuh..hu..hu. Seperti biasa, aku Rashid dan Apai saja yg turun kayuh.....
 Antara trek yang kami lalui .....



Berihat seketika sebelum masuk offroad hutan Felda Gunung Bongsu.



Naik bukit sikit dah tolak...









Pemberi tenaga...


 Mat Rashid kata..berat oooo



Abis kayuh pekena cucur cempedak...

TQ Rashid sebab jamu kami..

Alahai, lens aku punya spek tercabut dan pecah...nasib baik boleh repair...
Sekian saja dulu...tak reti dah nak cerita panjang-panjang...bye...
Assalamualaikum...