.

.
.

Monday, April 29, 2013

PADANG SERAI JAMBOREE 2013..SEMUA BERSATU HATI.

As salam, sebagaimana sudah sedia maklum pagi tadi berlangsungnya Padang Serai Jamboree 2013 (28 April 2013). Semua riders yg joint bersatu hati tanpa mengira fahaman politik demi mencapai satu matlamat, iaitu menamatkan semua CP. Team aku yang turun kali ini ialah Arif dan Apai (replace Nizam yg joint Jana Manjung Event).
Kayuhan bermula agak lewat iaitu jam 8.10am walau bagaimanapun semuanya berjalan lancar. Aku bermula sebagai riders yg terakhir sebab tak larat.
Secara keseluruhannya trek memang menarik dan boleh kayuh, cuma ada satu DH agak merbahaya bagi riders yg kurang mahir terpaksa kena tolak.
So, tak mau cerita panjang-panjang...aku menamatkan kayuhan jam 11.45am dapat ranking 666..he..he.
Sekian, wassalam.





Selain itu mai layan gambar yg aku upload dalam Facebook.

Friday, April 26, 2013

KAYUHAN PRU 13....HE..HE...

Petang tadi, aku dan Apai kayuh ronda-ronda Sg. Kob. Layan offroad sikit, layan road sikit. Sebagai persediaan untuk Padang Serai Jamboree Ahad ni.


Berhenti kat lampu isyarat. penuh dengan bendera parti-parti politik..


Baru masuk offroad jer, Apai dah tolak..he..he.

Rest kat CP2..trek balak.




UMNO dan BN...Kg. Belakang Masjid, Sg. Kob




Kawan-kawan dok lepak kat kedai Mizi (Danish Bike Shop)


Parti PAS yg. memperjuangkan ISLAM.

Apai posing di bendera PAS yg tertinggi di Taman Mutiara.
Balik rumah..basuh VENZOku...Selamat mengundi di PRU13 nanti. Pilih parti yang terbaik.

Friday, April 12, 2013

RAGAIH TOKKUN BERSAMA APAI @ RASMI JERSEY HRK.

As salam, pagi tadi 11 April, aku dan Apai menerjah Tokkun lagi sebagai training untuk Padang Serai Jamboree hujung bulan ni. Agak lama aku tak kayuh, last sekali ialah Kayuhan Amal Komuniti BM. Kayuhan ini juga sebagai perasmian jersey team HRK @ Happy Ride Kulim. Mai layan gambar- gambar.



Sebelum kayuh.

Apai bersiap sedia..
 Sampai di puncak jumpa bro..ni.




Aku posing...as usual


Sebenarnya aku kayuh tak berapa nak larat..ambik masa 1jam 18 minit. Tanda-tanda sudah tua tu...
Tapi kayuh tetap kayuh.

Wednesday, April 10, 2013

PRU 13: IMPLIKASI PENGUNDIAN DI AHAD.




Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan hari ini tarikh pengundian untuk Pilihan Raya Umum ke-13 ialah pada Ahad, 5 Mei, dan penamaan calon pada 20 April, 2013.

Hari pengundian awal untuk anggota pasukan keselamatan dan pasangan dan pengundi di luar negara pula ditetapkan pada 30 April.

Pilihan raya kali ini akan menyaksikan tempoh kempen yang agak panjang, selama 15 hari, bermula selepas penamaan calon dan berakhir tengah malam 4 Mei.

Hari Ahad ialah hari bekerja di dua negeri dikuasai PAS; Kelantan dan Kedah, dan juga di Terengganu, yang menjadi sasaran PAS untuk ditawan dalam pilihan raya kali ini.

Sebelum ini, Pilihan Raya Umum ke-11 diadakan juga pada hari Ahad, 21 Mac, 2004, yang menyaksikan kemenangan besar Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Pilihan Raya Umum ke-12 diadakan pada hari Sabtu, 8 Mac, 2008.

Hari berikutnya, Isnin ialah hari bekerja di negeri-negeri lain termasuk di Lembah Kelang, kawasan yang didiami ramai pengundi di negeri-negeri Kelantan, Kedah dan Terengganu.

Kesan mengundi pada hari Ahad ini bakal menyumbang kepada keterbatasan pergerakan ramai pengundi, terutama di negeri-negeri utara semenanjung - dan juga di Sarawak dan Sabah - disebabkan faktor seperti masa yang terhad dan kemungkinan kesesakan jalan raya.

Wujud kemungkinan jumlah pengundi yang akan merosot disebabkan hari mengundi yang jatuh pada hari Ahad, terutama di negeri-negeri yang bekerja pada hari tersebut, dan memerlukan pengundi balik mengundi dari jauh.

Hari bekerja selepas hari mengundi juga bakal menyaksikan kegiatan politik yang terhad pada hari pengundian, tidak seperti biasa apabila hari mengundi ialah hari Sabtu.

Kegiatan seperti aktiviti parti dan penyokong dan kemungkinan juga protes pada malam hari pilihan raya boleh menjadi terhad akibat faktor hari bekerja keesokannya.

Hari mengundi diikuti hari Isnin juga bermakna urusan pejabat yang diperlukan boleh dilaksanakan segera pada hari berikutnya, sama ada oleh kerajaan yang baru dipilih atau yang mengekalkan kuasa.

Faktor hari bekerja selepas hari mengundi dalam pilihan raya umum kali ini bakal memberi kesan kepada jumlah yang keluar mengundi, terutama yang memerlukan perjalanan jauh, dan memerlukan strategi baharu parti-parti yang bersaing, terutama parti-parti dalam gabungan Pakatan Rakyat.

JUST COPYRIGHT.....