.

.
.

Friday, September 23, 2011

Kayuh Pecah Peluh @ KPP 2011

Hari ni Jumaat petang aku plan dengan Cikgu Din nak terjah trek balak @ CP2, tapi last minute Cikgu Din terpaksa pi rumah mak mertua dia.......so aku solo ride again. Kali ni aku layan offroad belakang taman aku. Area ladang kelapa sawit dah jadi "terang benderang"........

Ni masa nak pi ke sana....

Posing dulu....he..he..

Lorong shortcut ke kawasan tanam semula kelapa sawit...

Opps....tak boleh lalu...

Kot sini boleh....


Posing area paya....

Dulu sini banyak ikan...lanie dah kurang...

Lembu..oh...lembu

Ni dia trek yang aku layan....

Semua nampak clear.....


Sekian dulu....sebagai persediaan untuk BM Jamboree 2011 ni, walaupun solo kayuh tetap kayuh...jumpa lagi...

Wednesday, September 14, 2011

Petang tadi layan sorang....

As salam....Petang tadi, Rabu 14th September, aku kayuh solo lagi. Al-maklumlah group aku dah balik asal jadi geng “liat” nak kayuh. Tak kayuh jauh-jauh, pusing kot dalam taman jer 2, 3 round bila dah berpeluh singgah sat kat kedai MTB Xtream lepas tu balik rumah....Itu saja...

Monday, September 12, 2011

Kayuh on road di pagi Isnin

Pagi tadi.....aku, Mat, Pak Jan dan sorang lagi riders set time dan masa nak kayuh. Kami rancang kayuh on road sebab tak mau bagi kotor basikal...he..he..malas nak basuh...
Trek yg dirancang ialah Padang Limau, Desa Aman terus ke Taman Sempilai dan balik rumah...

Kami start di depan kedai Mizi (MTB Xtream).....kedai baru bukak kat Taman Mutiara..

Dok tunggu Pak Jan mai....

Nah baru sampai......



Singgah pekena teh O dan nasi lemak kat Desa Aman....




On the way nak balik dah ni....


Berhenti rehat @ take 5 kat Taman Sempilai.....

Kayuhan kali ni lebih kurang 34km....jer sebagai permulaan sessi pemanas badan lepas raya....
That all...TQ..

Monday, September 5, 2011

1st ride after Raya...Solo jer.

Petang tadi aku dah mula start kayuh sebagai permulaan utk meningkatkan stamina...he..he...Almaklumlah berehat sebulan lebih. Tahun ni aku kurang masuk jamboree sebab masalah kesihatan anak. Target cuma BM Jamboree dan Kayuh Lasak jer sampai hujung tahun.

Aku start kayuh selepas solat Asar.....first solo ride after Raya.

Antara laluan yg aku lalui.....ke Karangan from Sungai Kob.


Opps...tidak boleh masuk sebab pagar dikunci....

Penat jugak aku ni.....

Tetap tangkap gambar...walaupun solo

On the way to Batu Putih.......


Akhirnya....aku selamat sampai ke rumah...rasa penat jugak apapun selepas raya ni bolehlah aktif sikit.....Insyaallah....

Saturday, September 3, 2011

JOM PUASA SUNAT SYAWAL....

Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama satu tahun.”

(HR. Muslim).

Imam Ahmad dan An-Nasa’i, meriwayatkan dari Tsauban, Nabi shallallahu ‘alaihi wasalllam bersabda:
“Puasa Ramadhan (ganjarannya) sebanding dengan (puasa) sepuluh bulan, sedangkan puasa enam hari (di bulan Syawal, pahalanya) sebanding dengan (puasa) dua bulan, maka itulah bagaikan berpuasa selama setahun penuh.”

( Hadits riwayat Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam “Shahih” mereka)

Abu Ayyub al-Ansari ada meriwayatkan satu hadith daripada Rasulallah s.a.w. di dalam menerangkan tentang kelebihan puasa enam Syawal yang maksudnya “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikutinya puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun”

(Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya, juga dikeluarkan oleh sekalian ramai ulama hadith seperti al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn. Majah ). Imam al-Syafie menjelaskan bahawa hadith ini adalah hadith sahih.

Puasa sunat enam Syawal boleh dilakukan pada mana-mana hari dalam bulan Syawal asalkan bukan 1 Syawal dan bukan sesudah berakhir Syawal.
Marilah kita sama-sama melakukannya supaya kita tidak menjadi orang dalam kerugian....Wassalam.