.

.
.

Sunday, July 31, 2011

Selamat Datang Ramadhan Al-Mubarak





KELEBIHAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Biografi

1. Kitab Fadhailul Awqat oleh imam Al-Baihaqi,ditahqiq oleh Adnan Abdul Rahman MajidAl-Qaisi,Maktabah Al-Mnarah,Makkah.

2. Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibn Hajar Al-'Asqalani

3. Syarah sohih Muslim oleh imam An-Nawawi.

Saturday, July 23, 2011

Kayuhan Amal @ Funride anjuran Surau Al-Huda Desa Aman.

Pagi Sabtu 23hb Julai yang damai telah diadakan satu Kayuhan Amal atau Funride anjuran Surau Al-Huda Taman Desa Aman. Kalau tak silap aku lebih kurang 100 riders yang joint kayuhan ini. Group GengBasikal @Kulim, cuma aku dan Nizam ajer yg turun. Mai ler layan gambar-gambar yg telah aku pilih. Banyak gambar telah aku upload dlm Facebook aku.

Para marshall diberi taklimat sebelum flag off.

Geng Gerek Bukit...

Diena, Fendi dan Mizi CEO Danish Event.


Pn. Sal Alamku..

Geng-geng One Star Happy to Ride Kulim.

At starting point..


Usop, Nazdri dan Nizam.



Kayuhan pon bermula...


Pemandangan daripada atas bukit....

Proses tanaman semula kelapa sawit...


Check point yg pertama...

Dok tengok...bukit tinggi jugak tu...



Posing....kat CP ?????? hu..hu..


Santai sambil tunggu riders lain sampai...


Mizivenzo Fanclub....ha..ha..

Aku and Ucop

Tokeh bas ni yg sponsor makan tengahari...

My Venzo......

Hadiah cabutan bertuah...


Nizam selalu bertuah bila ada funride ....

YB Adun Merbau Pulas Ustazah Aishah hadir serta memberi sedikit tazkirah dan seterusnya menyampaikan hadiah kpd grand lucky draw..


Selesai sudah kayuha kali ini...bagi ini merupakan kayuhan terakhir sebelum menyambut Ramadhan.....terima kasih kpd penganjur.........jumpa lagi Insyaallah....

Sunday, July 10, 2011

Kayuhan Bendang 2011....Penghormatan untukku

Assalamualaikum....mai layan gambar Kayuhan Bendang 2011......
Kayuhan kali ini team kami turun ramai iaitu lebih drpd 15 riders...tahniah kpd kami..he..he..
Aku, Rashid dan Apai start agak lewat sebab ada masalah teknikal masa on the way nak mai...apapun selamat sampai jugak...Gambar banyak aku upload kat FB....

Offroad yg pertama....


Suasana damai dan permai......bendang @ sawah padi yg meluas.....

Di tepi tali air...

He..he..sapa lagi blogger GB @Kulim.

Rizal dan Mat Jan from Gerek Bukit....nak lepak kat kedai kopi...

Tu dia....dan lagi pekena nasi lemak....

Bergambar bersama peminat..he..he..

Bang Kamil dan Mizi KHT @ Danish Event...tak kayuh tapi jadi marshall "haram"..he..he..

Aku ingat kalau ada modal nak layan motorcross plak....

Suasana kat CP ???? aku dah lupa la...

Siapa tak kenal Pn Rosmah....

Siap ada artis lagi....Kayuhan Bendang 2011

Team PMA.....


Hadiah-hadiah...lucky draw...

Ayie and gang....team Call Baru P

Miss Shapiah...


Aku bersama Abg Lan...organiser

Ni yg ditunggu-tunggu...jarang jamboree buat "kampung stail"...mcm ni



Mr Sumi...from Kulim...

Team SAT @ Seluang Adventure Team...

Nizam....tahniah sbb berjaya menamatkan kayuhan...

Mr Nadzri...

Chun and Muslim from PG


Dok tunggu lucky draw..

Srikandi MTB....


Diberi penghormatan utk menyampaikan hadiah utk pemenang lucky draw oleh Abg Lan

Glamer aku rasa....


Selesai sudah Kayuhan Bendang 2011...terima kasih kpd penganjur...sepanjang masuk jamboree tidak pernah aku diberi penghormatan sebegini...Wassalam...Insyaallah jumpa lagi...