Berkayuh untuk kesihatan, melihat keindahan alam sambil beramal serta dapat berkenalan dan bukan untuk menunjuk-nunjuk.
.
.
Friday, February 12, 2010
Kayuhan bersama GengBasikal Junior.
Petang tadi 12hb Feb, 2010 selepas Solat Asar aku kayuh santai dengan GengBasikal Junior, anak aku Aizat dan anak jiran aku Amirul (anak kpd Saiful, geng kayuh jugak selalu joint dengan Koko Odd). Anak aku lama dah ajak, so hari ni aku tunaikan permintaan dia. Lagipun tak lama lagi dia nak masuk MRSM PDRM, 17hb Feb 2010. Mereka berdua memang bersemangat, so patut kena tanam sikap semangat kayuh awal-awal lagi. Mereka juga ada bagitau ramai kawan-kawan berminat, tapi ibubapa tak bagi semangat dan beranggapan sukan ini lasak dan tak sesuai..bla..bla....lagipun permulaan "pelaburan" agak mahal nak beli basikal. Apa-apapun selamat berkayuh bagi sesiapa saja yang berminat.
Aku tangkap gambar sendiri...
Pakai baju KAWAT 09 tu anak aku, Aizat dan baju oren tu Amirul.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment