Riders, hari 21 Feb, 2010 kami terjah sekali lagi trek Poly Jamboree. Kali ini ramai riders yang turun. Geng Gerek Kulim, Recovery dan Gerek Bukit (21 riders semuanya). Pada mulanya aku tak nak kayuh sebab basikal aku WHITE VENZO mengalami masalah hub belakang (ketat dan tayar gelong), tapi semangat punya pasal aku kayuh juga guna basikal anak aku Raleigh Dakar (7 speed ajer) sampai terlupa bawa helmet. Aku pakai cap saja, terima kasih Shidee Gerek Kulim sebab bagi pinjam. Sebelum kami kayuh Burger (CallBaruP) call yang trek ikut Tmn. Kota Kenari tak boleh lalu kerana tuan tanah bagi kebenaran utk jamboree sahaja. So, kami terus shortcut lalu ikut Tmn Mahkota.
Aku minta maaf sebab nama-nama riders aku tak ingat, walau bagaimanapun atas semangat kesukanan tanpa mengira fahaman politik semuanya macam dah lama kenal. Tahniah kepada semua.

Inilah basikal anak aku ....

Tapak pemunggahan depan JPJ, Sg. Ular...

Team Recovery...

Kayuhan bermula...

First CP.....
No comments:
Post a Comment