.

.
.

Saturday, October 16, 2010

Sekitar Happy Ride with Teachers di Sek. Keb. Bertam Indah.

Hari ni Sabtu...16hb Okt,2010 aku dan Nizam joint Happy Ride with Teachers kat Sek. Keb. Bertam Indah, Kepala Batas. Tujuan "fun ride" ini diadakan adalah untuk mengisi dana PIBG sekolah. Ramai riders yang turun tanpa mengira fahaman politik dan agama berganding bahu menjayakan fun ride kali ini. Tahniah kepada penganjur.
Kayuhan dilepaskan oleh VIP (sorry Dato' nama lupa) pada 7.30am. Jumlah riders aku tak tau tapi rasa-rasanya dalam 100 org lebih kot.


Para riders dok bersedia nak "berlepas"...

Adi, dari Taman Selasih.....Kulim, dulu bekerja di kedai Cikgu (MTB Xtreme)....

Betong Riders....Tok Megat and son....

bro Jeff dan Bang Lie.....


Sebelah kiri Nizam ialah Muslim (orang lama dlm MTB)...Intellier (ex-SECC MHS Module/TSupt)....first time jumpa dalam kayuhan ni....


Suasana para pelajar Sek. Keb. Bertam Indah, anak-anak harapan bangsa dan negara di masa depan...

Para VVIP.........

Kayuhan bermula.....




Steady jer akak ni........

Rider ni kayuh ngan RB...



Semua riders stop sat, sebab tunggu riders yang lambat....sepatutnya fun ride tapi depa-depa ni kayuh dah macam race pulak....."kes lari drpd tajuk"......

Tapi bagus jugak boleh rileks sambil sembang........

Peronda dan marshall......tahniah kepada depa-depa ni.....berkhidmat tanpa jemu


Sapa lagi kalau bukan aku...he..he....


Hah....kali ni baru tau..kayuh tak boleh laju...tidak boleh melepasi kereta peronda polis...

Pengalaman yg pertama berhenti sebab kereta api melintas....


Semua tak sabaq2...bila keretapi nak abih lalu ni...

Kayuhan dan tamat...Nizam dapat cabutan bertuah tempak ke 20...tahniah...

Salah seorang penganjur bang Mazlan from "Crossotxc" @ mazawa.blogspot.com.

Bro Jeff dapat tempat ke 2...lucky draw...tahniah....

He..he...bang Lie pon tumpang glamer jugak ker......sorry
Sekian saja kali ni.....jumpa lagi dan tahniah kpd semua....

Saturday, October 9, 2010

Tak sampai ke Bukit Botak...abih energy awal.

Hari ni 9/10/2010 aku, Nizam (team GengBasikal @Kulim), KH Ooi dan Yusuff planning nak kayuh ke Bukit Botak melalui Padang Tembak, Bandar Seri Mahkota dan Bukit 3M. Trek yang kami lalui merupakan trek baru. Semasa kami nak ke Padang Tembak, ada satu group yang sedang kayuh. Aku tak perasan group mana. Yusoff bagitau group Pak Ali Taman Merak.

Ni group yang kami jumpa......


Rider ni aku tak kenal...

Sampai satu simpang..depa tu pi ikut jalan lain...

KH Ooi...yang bawa aku ikut trek baru....

Masalah yg menimpa Nizam...seat dia tercabut......

Penat nampak bro...Nizam sejak sembuh drpd sakit kembali aktif...mana GengBasikal yg lain???????

Aku dah KH Ooi.....


Opps......jalan ditutup.....

Nun jauh di sana puncak Bukit Botak....aku tak larat nak panjat, kehabisan stamina, no energy dan tak larat....

Yusoff memang betul2 otai kayuh.....


Masa ni kami nak balik dah.....depan ada DH yg agak bahaya......


Aku jatuh terlentang masa DH....nasib baik tak cedera....Alhamdulillah...

Anak call "abah dok dlm hutan" lagi...

Cukup sampai di sini......lain kali jumpa terjah lagi....Aku penat, tenaga dah abih layan trek Padang Tembak dan Bandar Seri Mahkota.....tak tau ler camner nak improve kayuhan aku..dok takat tu jer....

My white Venzo setelah dicuci.....

Saturday, October 2, 2010

Kayuh syok2 dalam hujan macam salji turun.

Pagi tadi 2hb, Okt 2010....Nizam send SMS kat bahawa kayuhan ke Bukit Botak cancel sebab hujan lebat katanya. Tapi kat taman aku hujan belum turun lagi. Sebenarnya manusia hanya merancang tapi Allah yang menentukannya. Lagipun sekarang ni memang musim hujan. Aku sebenarnya dah bersiap-siap nak pi Bukit Botak, Venzoku dah ada dalam kereta dah. Ish...terasa gian nak kayuh jugak, walaupun langit nampaknya gelap. Akhirnya ku gagahi jugak...kayuh tetap kayuh walaupun solo. Trip aku kali ni, Sg. Kob ~ Karangan ~ Padang Limau ~ Bt. Putih. Masa dok tengah kayuh hujan turun.....tapi tak lebat cuma renyai-renyai jer....he..he..cam salji hujan turun. Aku tak berapa basah sangat, tapi semua orang tengok kat aku...he..he..depa jeles tu. Tapi hujan turun tak lama....aku sampai rumah jersey aku kering cam tu jer...

Masa ni hujan turun.....renyai-renyai jer...cam salji buleh ler tangkap gambar..

Ni tempat Pemulihan Narkotik (PUSPEN)...dulu dikenali sbg Pusat Serenti...ramai "doktor2" yg cucuk sendiri di dalamnya. Masalah ni susah nak selesai...setiap tahun jer ada pertambahan penagih2 baru....jagalah anak-anak kita supaya jgn terjebak.....

Posing ditepi anak sungai.......masa ni hujan dah berhenti....


Sungai kat Padang Limau dah nak melimpah sampai ke tebing akibat hujan..buleh banjir ni..


Layan offroad sikit....

Releks sat sebelum layan downhill...ha...DH rendah jer....

Akhirnya, selamat sampai ke rumah....habuan yg dok tunggu ialah basuh Venzoku yg belemoih dengan selut...hu..hu..