.

.
.

Saturday, October 20, 2012

KAYUHAN AMAL UNTUK DANA TAHFIZ DARUL MUMTAZ

Assalamualikum, pagi tadi 20hb Okt, satu kayuhan amal dianjurkan oleh Serai Emas Cycling Club (SECC team dari Padang Serai). Kayuhan ini diadakan untuk mengisi dana untuk Madhad Tahfiz Darul Mumtaz, Padang Serai. Kayuhan ini boleh dikatakan berjaya kerana dapat mengumpul lebih kurang 450 riders..TAHNIAH penganjur. Antara team-team yang turun ialah GB @Kulim (team aku-Nizam, Arif dan Idan), Desa Aman, D'Nia Bike, OSCC, SPCC, SP Saza, SMVK, Cameron Riders, Pongsu Seribu dan lain-lain lagi....
Kayuhan delay 20 minit kerana menghormati 2 kematian di laluan yang sama dilalui oleh riders. Kayuhan dilepaskan oleh Ustaz Hj Azrin, Mudir sekolah. Sampai kat Shell Permatang Tok Dik, ada sarapan pagi oleh pemilik stesyen minyak tersebut. TERIMA KASIH.
Kayuhan tamat lebih kurang pukul 11.00am....
Terima kasih kepada semua marshall, RELA, PDRM and pihak sekolah. Dimaklumkan bahawa jumlah kutipan termasuk sponsor lebih kurang RM12000.00. Diharap juga dana berterusan disalurkan kepada sekolah tersebut...Saham Akhirat.






Sebelum mengakhiri penulisan ini, mai layan gambar-gambar yang aku upload dalam FB
1) Part 1 
2) Part 2

Sekian, terima kasih...jumpa lagi Insyaallah.

Saturday, October 6, 2012

KAYUHAN SEMPENA HARI KO-KURIKULUM SK TMN SENANGAN, BUTTERWORTH.


Assalamualaikum, pagi tadi 6hb Oktober 2012, aku, Arif, Nizam dan Cikgu Din serta anak aku (acik @ Aizuddin) joint Kayuhan sempena hari kemuncak Kokurikulum dan Pelancaran program Cyclethon Sekolah Kebangsaan Taman Senangan, Telok Air Tawar, Butterworth, S. Perai.
Program bermula dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang. Antara aktiviti pada pagi tadi ialah gerai jualan, pertandingan untuk pelajar dan pengunjung, cabutan bertuah, paintball dan juga playland. Aku rasa kesemua program tersebut adalah untuk mengisi tabung PIBG sekolah.
Berbalik kepada program kayuhan, kayuhan kali ini team SPCC (Sg Petani Cycling Club) diketuai oleh Tn Hj. Ramly SP dan Unit Berbasikal Polis IPD Utara menjadi marshall. Jarak kayuhan adalah lebih kurang 24km dan 100% onroad. Kayuhan bermula lebih kurang 8.10 pagi.



Team SPCC



Anak aku main paintball...

Tuan Haji Ramly SP...penggerak utama dalam membantu anak aku satu ketika dulu...
Team IPD Utara.

Tahniah kepada abg @ Cikgu Mazlan Mat Zain serta PIBG SK Tmn Senangan. Mai layan gambar yang aku upload dalam Facebook Cyclethon 1 dan juga Facebook Cyclethon 2.  Aku rasa program seperti  patut dijadikan acaran tahunan dan patut dicontohi oleh sekolah-sekolah lain juga. Jumpa lagi...Insyaallah.