Assalamualaikum semua, pagi tadi Ahad, 29hb Jan 2012....satu fenomena telah berlaku bagi ahli-ahli GengBasikal @Kulim..iaitu Rashid dan Jaafar. Mereka berdua turun kayuh setelah hampir "berkurun" tak kayuh....nampaknya bersemangat waja mereka ni. Harap-harap bukan menjadi "hangat-hangat tahi ayam" jer...
Hari ni mereka joint dengan group Conti-Riders, led by Shidee. Antara riders yang turun ialah Idan (GB @Kulim), Nazet (Gerek Bukit) dan selebihnya ialah geng Conti Riders. Aku pagi ni tak turun...sengal badan layan road kelmarin...
Semangat...ahli GengBasikal @Kulim dok depan nampak.....
Rashid dan Idan (jersey Taiping Jamboree).....
Walaupun jarak kayuhan agak pendek, tahniah buat ahli-ahli GengBasikal @Kulim, iaitu Rashid, Idan dan Apai....aku ingat depa ikut geng Conti Riders kayuh trek Hutan Rimba Ulu Paip...he..he.. rupanya tidak, takpa satu permulaan yang baik sebab lama tak kayuh....
Jumpa lagi....