.

.
.

Sunday, September 28, 2014

KAYUH FUNRIDE anjuran NILAM BAIDURI CYCLING CLUB..

Assalamualaikum, kelmarin 27 September 2014, satu kayuhan amal atau funride anjuran Taman Nilam Baiduri Cycling Club @ NBCC. Aku kalau funride dan kayuh amal Insyaallah joint. Jamboree tu "slow" sikit..he..he..
Kayuhan ini merupakan pertama kali anjuran NBCC, penyertaan kalau tak silap lebih kurang 300 riders. Tujuan kayuhan ini dibuat untuk dana program dan aktiviti-aktiviti taman. Satu program yang amat bermanfaat.
Kayuhan dilepaskan oleh VIP (nama aku tak tau) pada jam 8.30am, ikut jam aku...terlambat sikit dari program asal. Trek adalah amat bersesuai pada semua peringkat..Sebab semua bukit aku boleh kayuh..ha..ha...Jarak kayuhan lebih kurang 30km jer..50-50 road dan offroad.
Yang paling sempoi check point last atas bukit ada cendol....






Semangat kental...kaki besi




CP cendoi...sempoi


 Dapat cabutan bertuah..beras 5kg...
Sekian saja dulu...banyak gambar aku upload dalam Facebook....

Wednesday, September 17, 2014

KAYUHAN KE BENDANG DI PETANG HARI.

Hari ni cuti sempena 1 Malaysia @ 16 September, aku dan jiran aku Nizam kayuh sebagai latihan untuk NBCC Fun Ride. Kami start kayuh 5.30 petang. Antara trek yang dilalui ialah Padang Limau, Padang Meiha dan Batu Putih. Kami singgah kat bendang ambil gambar....seperti biasa posing...


Selfie sebelum kayuh..

Menuju ke Padang Limau


 Posing kat Padang Meiha



Ambik gambar di tepi bendang..



Dahaga..kita minum dulu

Hujung sana..kubota

Kayuhan kali ini....29km....jer
Sekian jumpa lagi..Insyaallah

Monday, September 15, 2014

LAMA TAK UPDATED BLOG AKU NI....

Assalamualaikum, sudah 6 bulan aku sendiri tak layan sendiri punya blog. Tak sibuk pon, tapi disebabkan oleh ada Facebook, WhatsApp, Telegram dan sebagainya menyebabkan blog sedikit tenggelam. Walauapapun aku masih lagi kayuh cuma jarang joint jamboree, funride atau kayuh amal aku masih lagi joint.
Umur makin bertambah, kayuhan dah jadi perlahan..hu..hu....apapun KAYUH TETAP KAYUH.
Di sini aku updated aktiviti kayuhan terbaru aku....
 TAJUK: PAGI NI LAYAN OFFROAD SAT JER.

Ahad, 14 Sept aku kayuh bersama jiran aku iaitu Nizam, baru joint aktiviti kayuhan ni kalu nak compare dengan aku...tetapi dia bertenaga bila kayuh...semangat baru..he.he...
 


Ni dia Nizam, jiran aku

Tolak sikit ajer..

Trek yang menarik...

Layan kayuhan cuma 21km jer..

Sekian, aku akan aktifkan balik blog aku ni...Insyaallah.