.

.
.

Monday, April 30, 2012

CEPAT REGISTER KULIM JAMBOREE 2012


As Salam, riders...organiser KULIM JAMBOREE 2012 (KMJ 2012) bagi tau kat aku yang pendaftaran akan ditutp pada 1hb Mei 2012....sesiapa yang belum register cepat-cepat register....TUNGGU APA LAGI.

Sunday, April 22, 2012

MINI JAMBOREE SEK.KEB.SG.KOB (10~12thn).

Pada hari Sabtu, 21hb April pada pendapat aku tercipta satu sejarah di mana satu mini jamboree (on road + off road) bagi kanak-kanak sekolah berumur 10 hingga 12 tahun anjuran Sekolah Keb. Sungai Kob, Kulim. Kedah dan juga Danish Event Management. Aku secara sukarela jadi marshall, nak jaga budak-budak ni. Anak aku yang ketiga Arif Aizuddin juga masuk (anak aku yang sakit "bladder infection"). Semuanya teruja, aku tanya semuanya anggap race..apapun mai layan gambar di bawah ni.

Puan Guru Besar SKSK bersama Tuan Pegawai Polis Karangan.

Sebahagian daripada "riders" harapan sedang bergambar...

No plate 076 tu, anak aku....

Riders cilik at starting point

Abg Kamil Misai bersama Zam (wartawan Cycling Malaysia) bersama wartawan Roda Pantas.

Sebaik saja dilepaskan, semuanya terus memecut....macam pro ambik lap..


Ha..ha.. anak aku slow jer....

Nah...trek macam trek jamboree orang dewasa...

Hati-hati dik..DH tu bahaya licin...


Anak aku dok depan sekali tolak....macam bapak dia jugak...masuk jamboree selalu tolak jugak


Dah sampai pon anak aku...

Tahniah...kepada anak aku..

Bersama ibu...

Ini dia para marshall yang berkhidmat....

Ini dia juara adik Hakimi...memang dijangka dia akan menang......
TAHNIAH kepada penganjur kerana berjaya menganjur satu event untuk anak-anak kita. Tiada sebarang insiden yang berlaku....Bagi aku kita patut perbanyakkan jamboree untuk kanak-kanak sekolah rendah bagi mencungkil bakat anak-anak kita daripada terjerumus aktiviti yang tidak berfaedah.....
Ada banyak lagi gambar-gambar aku upload dalam Facebook aku FB1 dan FB2...Sekian Wassalam.

Wednesday, April 18, 2012

KAYUHAN ON ROAD BERSAMA NEW RIDER..BRO NAZAR.

Hari ni kami layan on road, meraikan ahli baru Nazar. Aku, Rashid dan Apai bersemangat sebab beberapa minggu dah tak kayuh. So, trek yang kami lalui Sg. Kob, Padang Limau, Batu Puteh dan terus ke Labu Besar. Start kayuh agak lambat..biasa ler..he..he..

Our new rider, Nazar....selamat berkayuh..

Apai....



Menghala ke Labu Besar...

Singgah surau di tepi jalan....tunai qadar hajat...

Sampai jer Labu Besar, singgah kedai makan...pekena nasi lemak dan kuih

Aku, hensem lagi walaupun sudah 40 plus...he..he..

Rashid, lepas makan pi buang pulak kat Masjid Labu Besar...

Ingat akan mati.....

Tanda-tanda PRU 13 dah hampir...

Kayuhan diteruskan...

Respect cyclist...


Sampai kat Padang Meiha...kami rest sat tunggu bro Idan mai..




Bro Idan mai dari rumah dia...beri moral support kat kami, terutama Nazar

Kerbau dok berendam...





Tahniah kepada semua, terutama buat Nazar pertama kali kayuh mampu menghabiskan kayuhan lebih kurang 45km....tahniah sekali lagi.. banyak lagi gambar aku upload my FB..
Sekian..jumpa lagi Insyaallah..

Sunday, April 8, 2012

TEST TREK KULIM JAMBOREE 2012...

Pagi tadi, 8hb April seperti yg dirancang, ramai riders yg turun utk test trek Kulim Jamboree 2012. Jumlah riders adalah 22 orang. Aku awai-awai lagi rasa macam tak larat, tak tau pasai apa. Kulim Jamboree 2012, ada 2 kategori...RACE dan FUNRIDE. Mai layan gambar-gambar yg aku upload.

Suasana sebelum kayuhan bermula.

Syahrulmizi, organiser @ Presiden Kulim Jamboree @ CEO Danish Event.

Mat Saleh ni, mai dari Jerman..(kerja kat Infineon).

Orang kuat Kulim Jamboree 2012 nanti...



Simpang nak masuk offroad

Tolak naik bukit


Bukit agak tinggi jugak..

Kalau hujan..trek ini licin


Posing ramai-ramai..




Antara trek yang menjadi laluan..









Sekian saja, aku tak mau ulas panjang lebar sebab aku kayuh tadi rasa tak larat....faktor usia kot.. atau test trek untuk RACE kategori punya... Apapun pendaftaran masih lagi dibuka...
Banyak lagi gambar aku upload dalam Facebook aku, FB part 1 dan FB part 2.
Wassalam, jumpa lagi.