.

.
.

Sunday, February 28, 2010

Sekitar mini jamboree "jom kayuh @ ptsb" (part 1)


Hari ini, 28 Feb 2010 "completed mission" bagi GengBasikal @Kulim. Tahniah kepada riders kita. Juga tahniah diucapkan untuk semua riders yang menyertai mini jamboree "jom kayuh @ptsb". Aku berada di ranking yang .........tup...tup...rahsia....alah tak banyak 202 jer, he..he....Tapi malang bagi aku banyak gambar yang snap jadi blurr dan "vibrate"..ish..tension. Tak tau masalah kamera atau aku yang tak reti ambik gambar.
Jamboree adalah tempat kita beramah-mesra antara satu sama lain. Ada semangat tolong-menolong apabila riders yang mengalami masalah seperti rantai putus, kaki krem dan tayar pancit. Bagi aku jamboree bukannya race.....tapi terpulang kepada pendapat masing-masing.
Sekalung tahniah dan pujian kepada penganjur CallBaruP dan pihak PTSB kerana mengendalikan mini jamboree ini dengan baik, para marshall yang ramah dan air yang mencukupi. TAHNIAH.......
Gambar-gambar aku separate kpd 3 part.......

Aku di garisan penamat bersama Zack Gerek Bukit.


Shidee dan geng-gengnya....Gerek Kulim.


Gadis remaja sedang menunggu "finisher"..

En. Ayie CallBaruP bersama anak buahnya..

Zack dah siap tukaq baju....aku belum sampai lagi..

Add Kassim bersama kawan lamanya En. Ridzuan Din (Pegawai Sukan PTSB)..

Team baju biru...Team "pgmcc" dari Batu Uban, Penang...


Cikgu Asri bersama Jatt Gerek Bukit

Student Politeknik....

Cendol kena bayar RM1.00....

Team aku GengBasikal @Kulim; Rashid, Apai dan Add Kassim. Abu tak nampak muka..sebab bergayut.


Layak lagi ker jadi Marhall he..he..he...

Apai bersama "pro dan kontra"...

Rashid....


Apai....hang layak jadi....mxxxxxl.


Add Kassim..

Jersey Kayuhan Terang Malam 2010



Abu berposing solo..

Adik-adik Poli...


Cepat...sapa lagi tak dapat medal...mai ambik sini...


Aku sempat jugak tukaq baju...

Saturday, February 27, 2010

Goodies collection di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (jom kayuh @ptsb)

Tadi balik kerja aku, Apai dan Add Kassim terus pi PTSB ambik goodies. Takdan nak snap foto banyak sikit sebab dah Maghrib. Kami kalut nak balik rumah, ini jer gambar yang aku ambik....

Kelihatan para petugas (rasanya lecturer Politech) dok cari nama GengBasikal @Kulim.

Apai dan Add Kassim....

Aku dan Apai sambil pegang goodies...cantik beg penganjur bagi...So, to all rides esok selamat berkayuh.....

Friday, February 26, 2010

Solo ride 2 (test wheel set baru).

Hari ini 26hb Feb, 2010 aku kayuh sorang jer, saja nak test wheel set aku yang baru. So, aku kayuh dlm area taman jer dan masuk sikit offroad. Bukan apa nak bagi biasa dengan sikit..he..he.


Bukit @ jalan tar dekat belakang Taman Mutiara..

My bike....posing dekat tasik...

Tasik ni nampak elok tapi airnya kotor dan banyak sampah sarap...

Aku masuk offroad.....ini merupakan salah satu drp trek Kayuhan Terang Malam 2010 pada 1hb Mei nanti.

Berhenti sat sambil minum air......

Thursday, February 25, 2010

Sambutan Maulidur Rasul 12 R'awwal,1431 Hijrah.



Upacara sambutan Maulidur Rasul adalah harus selagi ia tidak melibatkan unsur-unsur pembaziran dan tiada aktiviti yang melanggar syariat. Malah jika perisian sambutan itu ada unsur ilmu dan ibadah ia tetap diberi ganjaran pahala oleh Allah Subhanahu Wa Taala.

Upacara memperingati hari kelahiran Rasulullah saw ini telah dilakukan sejak 300 tahun sesudah Rasulullah wafat. Diantara pembesar yang menganjurkan sambutan ini ialah Malik Muzhaffar Abu Sa'id penguasa Irbil, Iraq. Dan seterusnya ia terus berkembang sehinggalah sekarang. Diantara ulamak besar yang mengatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul ini adalah harus dan digalakkan ialah;

1) Said Ahmad Zaini Dahlan dalam kitabnya `Siratun Nabawiyah'. Antara lain beliau menyatakan bahawa; "masyarakat telah terbiasa berdiri tegak ketika mendengar riwayat kelahiran Rasulullah saw. Berdiri tegak menghormati kelahiran baginda adalah baik dan cara-cara seperti ini telah ditiru oleh cerdik cendikiawan lainnya."

2) Imam Jalaluddin As-Sayuti lebih jauh menerangkan dalam kitabnya `Al-Wasail Fi Syarhisy Syamail' , menyatakan; "Apabila diadakan peringatan Maulidur Rasul di sebuah rumah, masjid atau tempat lain maka malaikat mengawal dan mengawasi tempat tersebut sampai upacara selesai dan semua hadhirin mendapat rahmat dari Allah subhanahu wa taala."

3) Ust. Hj. Harun Muhammad Al-Kelantani (1953) dalam kitabnya Senjata Syariat, Pakaian Ahli Sunnah Wal Jamaah menyatakan bahawa "dapat pahala bagi orang yang berdiri yang adalah niat mereka membesarkan Nabi saw.

Tapi hari ini ramai dikalangan anak-anak muda kita tidak tahu apakah maksud "Maulidur Rasul", cuba tanya dan buat kajian tengok? Dalam soal ni salah siapa? Sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini Surau Nurul Iman, Taman Mutiara, Sg. Kob (taman perumahan aku bermastautin) adakan majlis pada hari Sabtu, 27hb Mac (13 R'awwal 1431H) dari pagi sampai Isyak.

Wednesday, February 24, 2010

Imej baru basikal aku.

Sempena "jom kayuh @ptsb" pada 28hb Feb, 2010 aku mengubah "imej" basikal aku bertemakan "putih itu cantik". So, aku tukar rim, hub dan spoke putih (wheel set). Bukan itu saja aku spray jugak bottle cage dan pedal dengan warna putih.
Jadi wheel set yang asal aku nak buat kayuhan "on road"..he.he..bolehlah pakai tayar "sotong".


New rims...
New hub with seal bearing..


Joe, mekanik kedai MTB XTREME CYCLE SHOP, Tmn. Selasih (kedai Cikgu) sedang setting basikal aku.

Aku spray pedal aku...warna putih.

Bottle cage juga aku spray warna putih...

Akhirnya imej baru dengan "putih itu cantik"

Sunday, February 21, 2010

Kami terjah lagi trek "jom kayuh @ptsb" (Poly)

Riders, hari 21 Feb, 2010 kami terjah sekali lagi trek Poly Jamboree. Kali ini ramai riders yang turun. Geng Gerek Kulim, Recovery dan Gerek Bukit (21 riders semuanya). Pada mulanya aku tak nak kayuh sebab basikal aku WHITE VENZO mengalami masalah hub belakang (ketat dan tayar gelong), tapi semangat punya pasal aku kayuh juga guna basikal anak aku Raleigh Dakar (7 speed ajer) sampai terlupa bawa helmet. Aku pakai cap saja, terima kasih Shidee Gerek Kulim sebab bagi pinjam. Sebelum kami kayuh Burger (CallBaruP) call yang trek ikut Tmn. Kota Kenari tak boleh lalu kerana tuan tanah bagi kebenaran utk jamboree sahaja. So, kami terus shortcut lalu ikut Tmn Mahkota.
Aku minta maaf sebab nama-nama riders aku tak ingat, walau bagaimanapun atas semangat kesukanan tanpa mengira fahaman politik semuanya macam dah lama kenal. Tahniah kepada semua.

Inilah basikal anak aku ....

Tapak pemunggahan depan JPJ, Sg. Ular...

Team Recovery...
Kayuhan bermula...

First CP.....


Harap-harap blok ni masa jamboree depa alih kot...

Trek berbatu....depan sekali Anuar dan Shaidan....


Zizan from Gerek Kulim...senyum jer


Add Image
Baru nak masuk offroad..

Berhenti sat ambik lajak nak naik bukit...

Zizan lagi...he..he...

Depan sekali Rizal Gerek Bukit..basikal Merida..

Minta maaf aku tak ingat nama...

Berehat tunggu riders..


Anuar from GengBasikal @Kulim.

Azhar dan Rashid "baik" nampak..he he he..berebut jawatan Marshall ker





Minta maaf tak cam.....

Gaya DH from pro...

Otai-otai DH nie..laju jer...

Tayar pancit...
La.....dia punya tiub "kepala saiz kecil"....ler..

Marshall yang jawatannya di hujung nyawa...kata Ad Kassim..

Ni lutu sapa pulak...

Anuar Dato' rupanya..tang mana dia jatuh, tapi takpa dia kata tak sakit...

Rizal dan Azizi...nampak biasa jer...power lagi tu..

Sebelah Shidee tu Nasir otai Gerek Kulim....

Indahnya pelangi....

Ad Kassim terjun "sungai"...ish macam nak rebut jawatan dari Rashid..



Tolak ajer lak UH yang berbatu...

Apai "The marshall driver"

Lepas penat kayuh, berhenti minum kat Restoran Sila O Sila...

Abang kita ni makan nasi nampak...lapar dah ker..

Tu dia penuh pinggan, Zizan hang makan ka apa nie...

Baru ada gambar aku...

Zabidi ex-Intelier belanja kami minum..terima kasih daun keladi..Infineon banyak OT..kot..kaya...kaya....Zabidi bila nak joint kami kayuh lagi...

Sekali lagi, aku ucapkan tahniah kepada semua..jumpa lagi 28hb ni di PTSB.