.

.
.

Sunday, May 20, 2012

INTEL MALAYSIA 40th ANNIVERSARY -Campus2Campus Cyclothon.

Hari ni Ahad , 20hb Mei 2012 satu sejarah buat pekerja Intel Malaysia kerana telah diadakan satu event yang besar iaitu CAMPUS to CAMPUS CYCLOTHON sempena 40 tahun Intel Anniversary. Aku merupakan salah seorang daripada ribuan pekerja Intel. 
Kesemua geng-geng aku iaitu GengBasikal @Kulim turun dalam event ini. Sudah berminggu-minggu kami training on road semata-semata nak "layan" event ini.
 Kira-kira 500 pekerja Intel yang kayuh (Intel Kulim dan Intel Penang). Kayuhan ini bercorak fun ride sahaja. Kayuhan bermula di Intel Kulim dan berakhir di Intel Penang. Flag Off jam 7.30 pagi oleh Mr. Robin Martin, Intel Malaysia Managing Director.


 Seperti biasa aku mesti berposing dulu...



Sebelum flag off...Kelihatan semuanya teruja, Saiful,Rashid, Hamidi,Lan dan lain-lain.


3..2...1...Go....
 CP1 kat Sungai Dua.


Ketika di dalam feri..









Semua pekerja Intel enjoy dalam kayuhan ini. Mintak maaf sebab gambar tak susun secara elok, tapi mai layan dalam aku punya Facebook . Bye...jumpa lagi Insyaallah.

Saturday, May 12, 2012

TRIP TO BALING (Kedah) and PENGKALAN HULU (Perak)..

Pagi tadi seperti yang telah dirancang, aku, Nizam, Add, Shaidan, Rashid dan Jaafar menerjah ke Gunung Inas, Baling. Aku, Jaafar dan Shaidan sudah kayuh ke Gunung Inas ni pada tahun 2010. Masa tu. Shaidan tak beberapa nak OK..he..he... Kami bertolak dari Kulim pada jam 7.35 pagi. Sampai jer terus kayuh.

 Semasa kami kayuh, tiba-tiba Abang Lie dari One Star MTB kayuh sorang-sorang dari MRSM Baling ke Gunung Inas....Tahniah Abang Lie, masih power, siap boleh potong kami lagi.....

 Peloton tak power ha..ha..

 Berposing ramai-ramai dekat papan tanda Gunung Inas sebagai bukti..


 Selain Gunung Inas, kami juga kayuh sampai ke Pengkalan Hulu, Perak...



 Idan, sebelum ini tak berjaya menawan Gunung Inas, hari ni powerlah pulak..tahniah..


 Kayuhan pulang....



Semasa kami nak balik, terserempak dengan Abang Razif Baling, minta maaf bang sebab tak mintak permit...he..he..apapun abang Razif memang sporting...sapa kayuh pi Baling mesti dia sambut...
Sebenarnya aku tak mau cerita panjang-panjang...Banyak gambar aku upload in my FACEBOOK
Click and layan...Wassalam, jumpa lagi Insyaallah.

Friday, May 11, 2012

TERJAH TOKKUN LAGI.....

Pagi tadi 10hb Mei, aku, Rashid dan Jaafar terjah BM Hill @ Tokkun. Bagi aku ini kali ke 3, mana kala Jaafar dan Rashid first time "ragaih" Tokkun ni. Kayuhan kali ini boleh dikatakan sebagai mencari stamina untuk joint Intel Cycleton anjuran tempat aku kami bekerja. 
Walaupun pada mulanya Rashid agak keberatan nak kayuh, tetapi semangat membara aku dan Jaafar, dia pun terpaksa ikut...he..he..
 Sampai tempat rehat...jumpa bro Jef dan Wan Alma..Team 3G



Sampai di puncak teruih angkat basikal..masih power Rashid and Jaafar



Aku posing besa-besa jer...



Cntrol perut bro..




Pemandangan cantikkk





Bateri abih...takleh nak call bini...ha..ha..




Sampai atas...jumpa rombongan remaja yang Shaidan bawak...he..he..

 Aik...cik adik ni naik basikal sapa?


Posing ramai-ramai depan pencawang



 He..he..3 plus 3

 Masa turun jumpa sekawan makhluk Allah..

Abih jer kayuh..pekena mee kuah ketam kat Ceruk Tokkun...
Banyak lagi gambar yg aku upload...mai layan Facebook aku Part 1 dan juga Part 2. 
Sekian dulu...jumpa lagi Insyaallah...


Thursday, May 3, 2012

KAYUHAN TAK JADI.........FRUST BETOI...

Pagi tadi, aku dapat info daripada Mat Jan dan Pak Leh bahawa satu larian SILATURRAHIM akan melalui Pekan Karangan. So, sebagai meraikannya, diajak beberapa riders sekitar joint atau sambut peserta larian dari Bandar Baru. Apa yang terjadi sebaliknya...yang ditunggu lambat tiba, jadi aku dan Apai terpaksa balik awal sebab dah pukul 11 am lebih...Antara janji-janji manis, ialah makan percuma dan T Shirt seorang sehelai sumbangan daripada YB Dato' (dot..dot..dot..). Tapi habuk pon tarak...Kesian kat aku dengan Jaafar. Planning nak naik Tokkun, tapi kensel. 

 Beberapa riders dok pekena roti canai....tunggu ????????


 Apai,,,senyum jer


Apapun, menjadi pengajaran kepada aku...sekiranya program macam ni, aku tak mau joint...program yang tidak tau dimana hujung pangkalnya..main redah jer...hu..hu.. SEKIAN.
Assalamualaikum...