.

.
.

Monday, July 9, 2012

KAYUHAN KE TREK KMJ 2012 (Training utk Jamboree SP Saza)

Pagi tadi, aku, Apai dan Rashid memang dah pelan nak kayuh trek RACE Kulim Jamboree 2012. Last minute Idan tak jadi nak joint kami. Target kami sekurang-kurangnya sampai ke CP 3 tapi hujan turun membasahi bumi, terpaksa shortcut..hu..hu..Sebenarnya, dah banyak kali kami terjah trek ni. Hari ni sebagai latihan untuk aku bagi menyertai Jambore SP Saza minggu depan. Tak mau nak cerita panjang, mai layan gambar-gambar yang aku upload.

Dok tengok trek..buleh ke tak ni..he..he..



Awai-awai lagi nampak penat ker bro Rashid



Menuju ke trek RACE Kulim Jamboree 2012..


Ringannya basikal bro ni...ha..ha..


 Kayuh jangan tak kayuh


Ha..ha..jatuh

 Posing..antara pncak yang tertinggi


















Sekian saja, tak beberapa hari umat Islam akan menyambut Ramadah, so aktiviti kayuhan stop sat....
Jumpa lagi Insyaallah...bye..bye...

Sunday, July 1, 2012

SELESAI SUDAH KULIM MTB JAMBOREE 2012.

Assalamualaikum, akhirnya selesai sudah Kulim Jamboree 2012. Sebagaimana yang diketahui, ada 2 kategori yang dianjurkan oleh penganjur iaitu EXPERT/RACE dan FUNRIDE/JUNIOR. Bagi aku kategori EXPERT memang mencabar dan "teruk". Almaklumlah, hadiah wang tunai agak lumayan RM1000.00 bagi juara. Wanita dan junior jugak diberi hadiah wang tunai. Bagi aku, jamboree kali ini adalah 5 STAR. Penyediaan khemah, podium, stage, tandas serta makanan adalah terbaik untuk keselesaan riders.
Walaupun ada finisher yang dibatalkan kemenangan mereka, itu adalah kesilapan sendiri sebab tidak prihatin syarat-syarat yang ditetapkan oleh penganjur.
Disini aku tulis cakap-cakap belakang riders (kira complaint lah tu) antaranya pasal no extra goodies, lucky draw tak banyak, ranking tak betul, air minuman tak ada masa lunch, celoteh pengacara @ DJ yang terlalu banyak cakap dan masa yang agak lama majlis untuk tamat. Bagi aku itu semua adalah perkara biasa mana-mana jamboree, tiada yang perfect dan BUKAN SENANG NAK MEMUASKAN HATI SEMUA ORANG apa yang penting sudah pasti setiap penganjur akan membuat yang TERBAIK.
Aku bertindak sebagai Marshall dalam jamboree kali ini, kayuh sambil ambik gambar dan "pasang telinga"...he..he...sorry. Sekali lagi tahniah dari aku buat penganjur Danish Adventure Event Management Team.


Juara kategori wanita..
Juara kategori lelaki


Sebagai wakil bagi pihak penganjur, aku memohon ampun dan maaf sekiranya ada kesilapan dan kekeliruan yang timbul, jumpa lagi tahun depan Insyaallah. Mai layan gambar corat-coret Kulim Jamboree 2012 yang aku link dengan Facebook aku...Link 1 , Link 2 dan Link 3. Bye..bye...