.

.
.

Wednesday, December 29, 2010

Petang tadi saja ronda pi kedai basikal kat area Kulim.

Petang tadi aku dan anak aku saja ronda-ronda ke kedai basikal kat area Kulim ni. Selepas renew road tax kat JPJ...... terus jer kedai yang pertama iaitu kedai Din, Taman Kangkong.
Nama kedai dia, VMC BICYCLE SHOPPE beralamat, No. 10 Taman Kangkong, 09600, Lunas, Kedah. Tel: 04-4849488.
Kat kedai ni aku beli "quick release link @ pin" utk sambung rantai kat Mat Rashid.

He..he..dapat baju free sehelai yg Din bagi (berdiri sebelah aku tu ler tokeh kedai) sempena 10 thn kedai beliau. Terima kasih.....


Kedai yg kedua aku pi ialah kedai Cikgu Shahidin, kat Taman Selasih. Nama kedai dia ialah KEDAI BASIKAL MTB XTREME. Tak ada apa yg aku beli cuma ziarah tuan punya kedai jer...

Anak aku berposing dengan Cikgu Din kat dalam kedai dia..........

Kedai yg ketiga aku pi ialah kedai Jarmiel kat Taman Kempas Indah. Nama kedai dia ialah Kedai Basikal BEST KAL ENTERPRISE. Kat kedai ni aku beli saddle bag untuk Apai sebab dia dok ikat beg kecik biasa kat basikal dia.

Ni..dia Jarmiel Md Yusoff, tokeh kedai.....
Secara keseluruhan harga aksesori dan harga basikal kat kedai-kedai ni adalah berpatutan....marilah kita support usahawan bumiputra menjana ekonomi negara....Sekian.

Monday, December 27, 2010

Kayuh sampai putus rantai, tertidur dan terpaksa minum air sungai (6.5hrs).

Pagi kelmarin, 26hb Dec 2010....kami terjah trek hutan rimba di Ulu Paip. Seramai, 11 orang riders yang joint...anjuran Chaon from Seluang Adventure Team. Kayuhan ini merupakan penampilan yg pertama bagi Mat Rashid, setelah lama menghilangkan diri dalam arena MTB ni.he..he...nampaknya dia teramat teruja nak kayuh pagi ni. Kami start agak lambat sikit, dlm pukul 9.00am, sebab tunggu Pak Su (riders SAT) yg kayuh dari Sg. Seluang. Layan gambar dulu, nanti aku cerita lain.

Mat Rashid, sapu minyak kuda kot???

Antara riders yg turun; Idan, Mait Apit, Rashid, Arif, Apai, Usoff, Shidee, Chaon dan Nazet.

Tak sempat nak change gear, abih lap terus naik bukit....

Masing-masing dok pulun...

Tu..dia trek belemoih....ni yg syok kayuh........

Chaon, seronok main selut....

Mait Apit, pagi ni layan offroad...biasa layan RB ngan Odd....

Alahai...putuslah pulak rantai basikal aku, tak reti nak sambung..nasib baik ada Usoff yg tolong sambungkan.....the moral of the story..kena pandailah....

Kayuhan seterusnya selepas tergendala hampir 40 min....


Nazet dan Shidee melangut atas tengok bukit tinggi nak kena ragaih...

Aku take 5 sambil sebelum uphilll.....

Penat....Mat Rashid, maklumlah lama tak kayuh....semua dok tunggu dia..tulah lain kali jgn dok pulun RM jer...he..he...


Idan, dok panjat bukit....masa ni tak krem lagi....pastu dok tunggu dia jer...

Cari apa tu.....



Nampak tak riders yg kayuh....


Apai boleh tidoq.....nilah akibat terlalu letih....

Idan....dah mula start krem

Tolak jangan tak tolak...masa ni cuma tinggal kami jer GengBasikal @Kulim. Riders lain terpaksa pi dulu sebab kami terlalu lambat....

Nampak jer sungai kami merasa seronok..sbb dah nak sampai kat Ulu Paip....
Antara pengalaman kami ialah, terpaksa minum air sungai sebab abis bekalan, lapaq, berhenti lama sebab Idan krem, Apai terlena dlm hutan, terpaksa tolak basikal berkilo-kilo. Jarak trek lebih kurang 25.6km jer.....tapi ambik masa 6.5 jam baru abih....aku masuk Kayuh Lasak taklah macam ni sangat....Sekian, kalu nak tengok gambar lagi bukak aku punya Facebook.......

Sunday, December 26, 2010

Semangat membara dari Mat Rashid @ Rashid Tahoe @ Marshall.

Malam ni satu perubahan yg ketara bagi Mat Rashid @ Rashid Tahoe @ Marshall GengBasikal (dulu ler) nak kayuh esok pagi layan trek Ulu Paip. Maklumlah lama tak kayuh (entah berapa bulan aku pun dah lupa), basikal pun dah "berkarat", tayar/tiub dah kempis dan rantai basikal dah jadi "keras". So, kena pasang balik semua part dan setting baik-baik punya dia punya Fuji Tahoe...he..he..

Kelihatan Mat Rashid sedang pasang tayar dan tuib.....

Bersemangat waja..........teruskan kayuhan wahai Mat Rashid...

Apai pun mai jugak...tumpang sama nak setting basikal....

Dok adjust ketinggian "seat"...........
Esok kami semua nak layan offroad trek Ulul Paip, Chaon dan Seluang Adventure Team yg organised..kami follow jer......Sekian.

Thursday, December 23, 2010

Plan kayuhan tak jadi, so layan onroad saja...

Pagi ni kalu ikut planning nak layan offroad trek Paya Luas, tapi ramai riders tak dapat joint. Masing-masing ada hal, jadi aku and Mat Jan Gerek Bukit jer yg nak kayuh. So, kami tukaq plan.....layan onroad saja (Sg. Kob~Karangan~Kerbau Balar). Berpeluh jugak aku......photo yg aku snap tak banyak.....ahhh layan ajerlah....

Mat Jan......memang power kayuh sebelah kami jer.....cayalah....


Ni...muka aku yg....nampak cam org muda lagi...bro...


Mat Jan tunggu aku kat Bukit Kerbau Balar........
Kami kayuh sat ajer, pastu balik....singgah pekena roti canai dan ayaq kat kedai Zack Gerek Bukit......Thank you Mat Jan sebab belanja aku makan.......Jumpa lagi next kayuhan...

Wednesday, December 22, 2010

Pendaftaran Kulim International Jamboree 2011 akan dibuka...

Salam, aku dijemput oleh penganjur utk menghadiri meeting Kulim International Jamboree 2011. Terasa terujalah jugak sebab diberi peluang joint sama dlm meeting ni. Al-maklumlah aku bukannya hebat sangat......antara agenda ialah tarikh pendaftaran, pemilihan trek, pemilihan jersey dan lain-lain lagi.
Aku tak nak ulas panjang-panjang...tunggu pengumuman rasmi dari pihak penganjur.......Aku akan membantu pihak penganjur utk menjayakan jamboree ni.....Insyaallah...

Pengerusi majlis, saudara MiziKHT.......

Sebelah pengerusi....Zack form Gerek Bukit dan Chaon from Seluang Adventure Team.

Ni aku from GengBasikal @Kulim.

Antara yg hadir..kelihatan Pak Leh, Nazir, Mat Jan dan bro Kamil...


Sekian saja, diharap ramai riders akan joint this event...sekali lagi nak bagi tau tunggu pengumuman rasmi dari pihak penganjur.....


Thursday, December 16, 2010

Terjah trek baru (F) Gunung Bongsu led by Mat Jan.

Pagi ni, 16hb Dec..seperti yg dirancang kami nak terjah trek yg sama (Ulu Paip)....ingatkan 4 riders yg turun..tiba-tiba muncul Mat Jan dan Rizal from Gerek Bukit. Hasilnya Mat Jan nak bawa kami ke trek baru iaitu Felda Gunung Bongsu. So, aku, Idan, Cikgu Din dan Apai ikut jer.
Bagi Rizal, dah 4 bulan tak kayuh sebab masalah kecederaan. Aku rasa letih lagi selepas Kayuh Lasak 2010 (he..he..alasan tu)......tapi bersemangat training utk Jerai Jamboree 2011 @ JMJ'11.

Rizal.....awal2 lagi dah pekena 100++....Mat Jan tersenyum jer..

Apai dan Idan.....

Aku dan Cikgu Din...

Trek lama "dihilangkan" oleh bulldozer...

Nampak hensem jugak..mamat ni...

Rizal....rileks ambik nyawa...tahniah semangat walau lama tak kayuh...

Idan sejak kayuh jentera baru..laani makin power dia...dok depan sekali tu..

Trek berlemoih.....berselut....

Cikgu Din...buang selut kat tayar dan kat brek...

Mat Jan..tolak basikal tak boleh kayuh...tayar tenggelam dlm selut...


Rizal.....are u okay???

Aku lagi hensem drpd "mamat" tu..he..he..

First time lalu trek ke Felda Gunung Bongsu..led by Mat Jan..


Terpaksa tunggu sat..bulldozer dok tolak tanah nak buat jalan....

Dengan rasminya kami yg pertama lalu jalan yg baru dibuat.....

Sebelah bukit sana tu Felda Gunung Bongsu.....

Rizal...dah kembali cergas.....good job done..

2 jejaka yg masih lagi bertenaga......


Abih saja DH...terus ke rumah orang tua Mat Jan...

Thank you..kami dihidangkan ayaq oren dan roti.....


Idan cukur misai..he..he..ada makna tu almaklumlah ramai budak baru masuk kerja lanie...

Kami balik layan on road ke Sg. Kob...paling depan sekali Idan...sayup mata memandang.....
Kayuhan kali ini lebih kurang 30.6km..jer....Tahniah dan terima kasih semua...see you next time....Insyaallah.....