.

.
.

Saturday, September 25, 2010

Pendakian ke Gunung Jerai....episod 1.

Hari ni, Sabtu 25hb September....aku dan geng-geng Gerek Bukit (Pak Leh, Mat Jan, Nazet, Jatt dan Abe) telah bertekad nak kayuh naik Gunung Jerai (puncak tertinggi di Kedah). Depa-depa tu semua nak memperbaharui "lesen" kayuhan masing-masing....he..he. Ini merupakan pertama kali aku sampai ke Gunung Jerai. Ketinggiannya ialah 1380 meter @ 4140 kaki.
Kami start kayuh lebih kurang 9 am. Aku memang teruja nak menawan antara puncak yang tertinggi di Kedah ni. Rupa-rupanya penat, tak larat dan krem menunggu aku di atas.

My white Venzo....berposing di bawah signboard Gunung Jerai...

Mat Jan dan Nazet baru sampai....

Pak Leh....master mind kayuhan kali ini...


Inilah aku.........he..he...

Kami mulakan pendakian...


Gambar tak clear....tangkap masa kayuh.....

Baru berapa km? dah letih ooooo


Aku berdiri pon dah tak betul...


Geng-geng student dok jogging....


Take 5 dulu.....

Oh tidak......lagi 8km untuk sampai....



Lega.....tapi tak sampai puncak lagi....

Baru kat muzium.......sambung ke next episode....

Pendakian ke Gunung Jerai......episod 2.

Dekat-dekat nak sampai lagi 2km aku krem....kaki tak boleh nak kayuh jadi keras....lama jugak berehat....takpa kita kayuh bukan nak paksa-paksa..kayuh ikut kemampuan bro...



Ambik gambar sendiri...sebab yang lain dah sampai puncak kot....

Akhirnya sampai jugak aku....1200 meter dari aras laut...

Aku ngan Jatt posing kat pintu masuk resort....

Tangga Kenari 1000 tahun....apa maksud?????

Pemandangan dari atas Gunung Jerai...from digital camera Olympus FE-210...


Cantik pemandangannya.....

Berposing dengan "kereta golf"....



Model and cameraman....Jatt dan Mat Jan...

Nazet, Pak Leh dan Abe...tahniah kepada depa bertiga sebab kayuh sampai ke pintu pagar pencawang......aku dah tak larat....

Berposing sebelum balik.....layan DH memang sempoi....


Secara keseluruhan kayuhan kali ini memang seronok....almaklumlah ini merupakan pertama kali aku sampai ke Gunung Jerai...aku ambik masa 3 jam lebih nak sampai kat puncak....tapi turun lebih kurang 15 minit jer.....Gunung Jerai akan ku daki lagi...Insyaallah...

Sunday, September 19, 2010

Kayuhan Pertama Lepas Raya (KPLR 1431H).

Hari ini Ahad, 19hb Sept bersamaan 10hb Syawal aku start kayuhan pertama lepas raya. Seperti biasa, kayuhan solo sebab GengBasikal @Kulim yang lain semuanya sibuk. Aku layan onroad saja...pakai tayar "sotong"...Kayuh dekat-dekat jer, terasa jugak lenguh-lenguh badan. Aku kayuh slow-slow sebagai permulaan, almaklumlah sudah lama berehat sepanjang bulan Ramadhan. Sat kayuh...sat berhenti...sebab penat. Aku tak tau kayuhan kali ni berapa jauh sebab meter tak pasang (ada kat rim lain).

Posing yang pertama, guna SE C903....ha..ha....

Lagi 13km untuk sampai ke Bandar Kulim.

Lepak atas jalan sebab...jalan takdak kereta.....

Kilang yang baru bukak kat KHTP.....

Berehat di taman.....


Taman Rekreasi dalam proses "baik pulih"......

Sekian saja cerita aku yang tak seberapa ni.....Wassalam....

Sunday, September 5, 2010

Selamat Hari Raya dari kami GengBasikal @Kulim....Maaf Zahir dan Batin.





(Artikel ini dipetik dari buku MENYAMBUT RAMADAN & AIDILFITRI MENURUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W. terbitan Karya Bestari)

Islam adalah satu-satunya agama yang diredhai oleh Allah serta agama paling sempurna. Firman Allah S.W.T:

“Pada hari ini, Aku telah sempurnakan
bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepadamu, dan Aku
telah redha Islam itu menjadi agamamu.”
- Surah al-Maaidah: 3.

Kesempurnaan Islam itu terserlah apabila ia mampu menangani segala
permasalahan manusia secara menyeluruh. Islam telah membicarakan
isu-isu bersifat global seperti sistem ekonomi, sistem pemerintahan
malah ia juga membicarakan sekecil-kecil perkara seperti adab masuk ke
tandas dan beristinjak. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya Islam juga
telah memberikan garis panduan berkaitan tatacara menyambut hari-hari
kebesarannya seperti hari raya Aidilfitri ini. Adalah penting bagi kita
untuk sentiasa menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai petunjuk dalam
mengendalikan upacara sambutan Aidilfitri kerana inilah masa untuk kita
semua membuktikan bahawa kita benar-benar telah menjadi seorang insan
yang bertakwa setelah melalui bulan Ramadan kerana padanya terdapat
ibadah puasa yang berupaya membentuk golongan muttaqin(orang yang
bertakwa). Justeru itu, ada baiknya sekiranya kita mengetahui apakah
amalan-amalan yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w sempena
menyambutketibaan hari lebaran Aidilfitri ini.

• Bertakbir.

Bertakbir pada tarikh 1 Syawal bersempena Aidilfitri merupakan suatu
amalan yang disyariatkan. Takbir pada hari Aidilfitri bermula ketika
terlihatnya hilal (anak bulan) dan berakhir setelah selesainya kemuncak
hari raya, iaitu ketika imam selesai berkhutbah. Firman Allah S.W.T:

“Supaya kamu cukupkan bilangan puasa
(sebulan Ramadan), supaya kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir)
kerana telah memberi petunjuk-Nya kepada kamu dan supaya kamu
bersyukur.”
– Surah al-Baqarah:185.

Adalah juga disunnahkan untuk kita bertakbir disepanjang perjalanan
dari rumah kita menuju ke masjid untu menunaikan solat Aidilfitri.
Menurut Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani r.h:

“Mengenai syariat bertakbir (pada hari raya Aidilfitri) yang perlu
dilakukan oleh kaum muslimin ialah bertakbir dengan suara lantang
ketika dalam perjalanan menuju ke tempat solat walaupun kebanyakan umat
Islam mula memandang remeh sunnah ini.” – RujukKitab Meneladani
Rasulullah S.a.w Dalam Berhari Raya, karya Syeikh Ali Hassan bin Ali
al-Halabi al-Atsari, ms. 32

Bertakbir sejak mula keluar dari rumah bertujuan menyerlahkan syiar
Islam di setiap pelusuk jalan yang dilalui ketika menuju ke tempat
solat.

• Lafaz ucapan selamat pada hari raya Aidilfitri.

Majoriti amalan umat Islam di Malaysia akan mengucapkan antara satu
sama lain pada hari lebaran dengan ucapan ‘Selamat Hari Raya Aidil
Fitri, Maaf Zahir dan Batin’. Namun, apa yang lebih bertepatan dengan
amalan para salafussoleh dalam meneladani sunnah Nabi s.a.w adalah
sebagaimana yang diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani r.h
yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair r.a katanya:

“Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari raya, sebahagian
mereka mengucapkan kepada yang lain ‘taqabbalullah minna waminka’
(Semoga Allah menerimaamalan kami dan amalanmu).” – Rujuk Fath al-Bari,
al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani, , jil. 5, ms. 270-271. Menurut beliau
hadis ini berstatus hasan.

• Meneruskan qiamullail.

Jika sepanjang bulan Ramadan kita telah bersungguh-sungguh menghidupkan
malam kita dengan pelbagai ibadah terutamanya solat qiyam Ramadan
(solat tarawih), ia seharusnya diteruskan juga pada hari-hari
berikutnya dengan mengerjakan solat tahajjud. Saranan ini tidak
bermaksud mengkhususkan pada malam Aidilfitri untuk dikerjakan
qiamullail. Apa yang cuba ditekankan di sini adalah semangat
mengerjakan qiyam Ramadan (solat tarawih) haruslah diteruskan dengan
mengerjakan qiamullail pada hari-hari berikutnyasesudah bulan Ramadan.

• Mandi pada pagi hari raya.

Disunnahkan mandi di pagi hari raya sebagaimana mandi wajib, iaitu
sebelum berangkat menuju ke tempat perlaksanaan solat Aidilfitri. Ali
bin Abi Thalib r.a pernah ditanya mengenai mandi. Adakah diharuskan
mandi setiap hari? Beliau menjawab:

“Tidak harus melakukannya. Namun, mandi yang diharuskan ialah mandi
pada hari Jumaat, hari Arafah, hari Aidiladha dan Aidilfitri.” - Hadis
riwayat Imam Syafie di dalam Musnad al-Syafi’i, jil. 1, ms. 118-119.

• Makan sebelum solat Aidilfitri.

Disunnahkan kaum muslimin menjamah makanan sebelum berangkat menunaikan
solat Aidilfitri. Perbuatan ini bertujuan menutup segala andaian bahawa
dibenarkan berpuasa pada hari raya. Menurut al-Muhallab r.h:

“Mengenai hikmah menjamah makanan sebelum mengerjakan solat hari raya
adalah agar seseorang tidak berpendapat bahawa dia boleh berpuasa
sehingga solat hari raya Aidilfitri dilaksanakan. Seolah-olah
Rasulullah s.a.w ingin menutup prasangka semacam ini.” - Rujuk Fath
al-Bari, jil. 5, ms. 272.

Kebiasaannya, Rasulullah s.a.w akan memakan kurma dalam jumlah yang
ganjil pada pagi hari raya. Namun, tidak bermakna umat Islam perlu
menyediakan buah kurma untuk dimakan pada pagi hari raya Aidilfitri.
Mereka bebas memakan apa sahaja. Tetapi, mengikut sunnah itu lebih baik
daripada menyanggahinya. Sedangkan, sunnah itu termasuk perkara tauqifi
(tidak boleh dipersoalkan). Anas bin Malik r.a berkata:

“Rasulullah s.a.w tidak akan pergi ke
tempat solat pada pagi Aidilfitri sebelum memakan beberapa biji kurma.”
Murajja’ bin Raja’ berkata: Ubaidillah menceritakan kepadaku bahawa
Anas r.a berkata: Rasulullah s.a.w memakannya dalam jumlah yang ganjil.”
- Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 953.

Namun, jika tidak memiliki kurma maka dibolehkan untuk mengisi perut
dengan makanan lain terutamanya makanan yang manis-manis seperti madu.
Sekiranya tidak ada makanan sama sekali, memadai dengan hanya meminum
air.

• Memakai pakaian yang indah.

Disunnahkan kaum muslimin menghiaskan diri dengan pakaian yang indah-indah pada hari raya. Imam Syafier.h berkata:

“Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya
pada hari-hari raya, iaitu pada hari Jumaat, dua hari raya (Aidiladha
dan Aidilfitri) dan tempat diadakan majlis (seperti majlis
perkahwinan). Dia hendaklah memakai baju yang bersih dan memakai
wangi-wangian.” – Rujuk Ringkasan Kitab Al-Umm, Imam al-Syafi’I, jil.
1, ms. 327.

Bagi kaum wanita pula walaupun disunnahkan memakai pakaian yang
terbaik, namun mereka hendaklah menghindari dari memakai pakaian yang
bercorak-corak serta perhiasan yang berlebih-lebihan sehingga menarik
perhatian golongan lelaki. Bagi golongan kanak-kanak pula, Imam Syafie
r.h menambah:

“Mengenai golongan kanak-kanak pula, mereka boleh memakai pakaian
paling bagus yang dimilikinya, baik lelaki mahupun perempuan dan mereka
juga boleh memakaiperhiasan emas atau apa sahaja perhiasan.” – Rujuk
Ringkasan Kitab al-Umm, Imam Syafie, jil. 1, ms. 327.

Semoga di pagi hari raya kita akan memilih pakaian yang terbaik serta
paling mahal mengikut kemampuan masing-masing menuju ke tempat solat
hari raya. Disunnahkan juga bagi kaum lelaki memakai wangi-wangian
tetapi tidak disunnahkan kepada kaumwanita. Sabda Rasulullah s.a.w:

“Mana-mana wanita yang memakai
wangian lalu dia melintas di hadapan lelaki supaya mereka dapat
menghidu kewangiannya, dia adalah penzina.”
- Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunannya. no: 5036.

Namun begitu bukanlah bermakna kaum wanita harus membiarkan dirinya
berbau busuk. Islam adalah agama yang menitik-beratkan kebersihan serta
kesihatan diri. Dibenarkan bagi wanita untuk memakai wangian yang
keharuman sekadar untuk menjaga dirinya dari berbau busuk dan tidak
sehingga menarik perhatian orang di sekelilingnya. Haruman-haruman yang
kuat dan boleh menaikkan nafsu berahi hanyalah khusus untuk suaminya.

• Berjalan kaki menuju tempat dikerjakan solat hari raya.

Umat Islam dianjurkan berjalan kaki menuju ke tempat solat Aidilfitri jika tidak keberatan. Ali bin Abi Thalib r.a:

“Termasuk sunnah, iaitu engkau berjalan kaki menuju ke tempat solat hari raya dan memakan sesuatu sebelum berangkat.” - Hadis riwayat al-Tirmizi di dalam Sunannya, no: 487.

Namun begitu bagi yang sesiapa yang perlu menggunakan kenderaan kerana
tempat solat terlalu jauh, ia dibolehkan dalam syarak. Tetapi, berjalan
kaki menuju ke tempat solat lebih afdal berbanding menaiki kenderaan.

. Mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari raya.

Sudahkah anda menunaikan Zakat Fitrah.....






ZAKAT FITRAH

PENGERTIAN ZAKAT FITRAH

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.


SYARAT WAJIB ZAKAT

Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:

Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

ZAKAT FITRAH

KAEDAH PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH

Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Perkara ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry bermaksud:

"...Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah s.a.w sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang Syair atau satu gantang tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata: Saya berpendapat, bahawa satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha' (gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata: aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya" - Riwayat Muslim

KADAR FITRAH

Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.

WAKTU MENGELUARKAN FITRAH

Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5:

WAKTU WAJIB
Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
WAKTU YANG PALING AFDHAL
Sebelum sembahyang Hari Raya
WAKTU SUNAT
Sepanjang bulan Ramadhan
WAKTU MAKRUH
Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
WAKTU HARAM
Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.