.

.
.

Saturday, January 26, 2013

KAYUHAN AMAL PERDA @ RIDE FOR GAZA

Pagi tadi 26 hb Jan 2013, satu kayuhan amal dianjurkan oleh IPD Seberang Perai Utara. Tujuan kayuhan adalah untuk mengutip dana bagi membina masjid di Gaza, Palestine.
Kayuhan bermula jam 8.00 pagi. Jarak kayuhan adalah 37 km. 100% road. Seperti biasa team aku yang joint ialah Nizam dan Arif. Kayuhan ini berkonsepkan funride. Apa yang
penting ialah dapat berjumpa kawan-kawan dan berkenal-kenalan antara satu sama lain.
Di sini aku tak maulah bercerita tentang Gaza, sebab semua dah tahu masalah Palestine, malah seluruh dunia pun tahu, tapi tiada tindakan yang dikenakan terhadap Israel.
Tahniah kepada penganjur kerana berjaya mengendalikan kayuhan amal ini dengan jayanya.

Seperti biasa, aku tidak boleh dipisahkan dengan kamera....Jom layan gambar-gambar yang aku upload dalam Facebook...PART ONE...dan PART TWO...serta PART LAST.

Sekian saja....malas nak cerita panjang...bye2....Assalamualaikum.

Monday, January 21, 2013

KAYUHAN AMAL ANJURAN SURAU KG. PDG. MEIHA.

Pada hari Ahad, 20hb Jan 2013 (sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah) satu kayuhan amal anjuran surau Kg. Padang Meiha, Kulim, Kedah. Kayuhan ini bertujuan untuk mengutip dana bagi mengisi tabung surau.





Aku, Apai, Rashid, Saiful dan anak dia joint kayuhan ini. Sambutan agak baik, lebih kurang 80 riders tanpa mengira fahaman politik sama-sama berkayuh. Ini merupakan kayuhan pertama aku ditahun 2013. Walaupun berkonsepkan "funride"....aku rasa tak larat, sebab lama tak kayuh. Jarak kayuhan lebih kurang 34km.
Di samping program kayuhan, penganjur juga adakan pertandingan mewarna utk kanak-kanak serta gotong-royong memasak oleh penduduk kampung. TAHNIAH.
Mai layan gambar-gambar yg aku upload dalam Facebook Bahagian Satu dan juga
Bahagian 2. Sekian jumpa lagi di lain event. Insyaallah.

Tuesday, January 8, 2013

KAYUHAN DI PETANG HARI BERSAMA ANAK (Siaran Tertunda).

Assalamualaikum, lama aku tak updated aktiviti kayuhan dalam blog...so daripada dok saja. Aku kayuh petang bersama dengan anak aku. Kayuh cuma slow-slow jer, pusing kot area taman. Trek yang kami lalu ialah trek Sg. Kob Funride dan juga Kulim Jamboree 2012. Tak dak apa nak cerita, mailah layan gambar-gambar yang aku upload.

Posing tepi sungai..

Benteng ni baru jer siap.
 Titi kecil yang dibuat oleh Abang Kamil Gerek Bukit semasa Kulim Jamboree 2012.


Anak aku kayuh, nasib baik tak jatuh.


Sekian saja dulu..jumpa lagi in next kayuhan...Insyaallah.