Pagi tadi 2hb, Okt 2010....Nizam send SMS kat bahawa kayuhan ke Bukit Botak cancel sebab hujan lebat katanya. Tapi kat taman aku hujan belum turun lagi. Sebenarnya manusia hanya merancang tapi Allah yang menentukannya. Lagipun sekarang ni memang musim hujan. Aku sebenarnya dah bersiap-siap nak pi Bukit Botak, Venzoku dah ada dalam kereta dah. Ish...terasa gian nak kayuh jugak, walaupun langit nampaknya gelap. Akhirnya ku gagahi jugak...kayuh tetap kayuh walaupun solo. Trip aku kali ni, Sg. Kob ~ Karangan ~ Padang Limau ~ Bt. Putih. Masa dok tengah kayuh hujan turun.....tapi tak lebat cuma renyai-renyai jer....he..he..cam salji hujan turun. Aku tak berapa basah sangat, tapi semua orang tengok kat aku...he..he..depa jeles tu. Tapi hujan turun tak lama....aku sampai rumah jersey aku kering cam tu jer...
Ni tempat Pemulihan Narkotik (PUSPEN)...dulu dikenali sbg Pusat Serenti...ramai "doktor2" yg cucuk sendiri di dalamnya. Masalah ni susah nak selesai...setiap tahun jer ada pertambahan penagih2 baru....jagalah anak-anak kita supaya jgn terjebak.....
Sungai kat Padang Limau dah nak melimpah sampai ke tebing akibat hujan..buleh banjir ni..
Layan offroad sikit....
No comments:
Post a Comment