Pagi tadi seperti yang dirancang oleh Zack Gerek Bukit, kami akan terjah trek Paya Luas. Trek ni area Sg. Kob. Sebenarnya kot belah sini banyak bukit yang belum diterjah, so masalah tak ada trek nak kayuh tak timbul. Aku selalu joint group lain bila nak kayuh, sebab group sendiri macam dah tak berminat nak kayuh. Almaklumlah Geng Liat Nak Kayuh.
Pagi ni yang turun Zack, Fendi and wife (Pn. Diena), bang Megat Halim, Pak Leh, Mat Jan, Megat Amrazi dan Pak Tam iaitu rider yg baru bergiat dlm MTB.
Aku berposing sambil pegang basikal "fullsus" baru bang Megat cap "Gergasi"....tak mampu nak belilah...mahal sangat.....
Dari kiri, Pn. Diena, Fendi, bang Megat, Pak Leh (nampak kepala jer), Zack, Mat Jan, Megat Amzari dan Pak Tam.
Abih kayuh, kami singgah kat Restoran Desa Kob pekena mee goreng dan ais limau...Zack buat kenduri.....
Kayuhan kali tamat mengikut jadual....sekian jumpa lagi.... Ahad ni jumpa di Jerai MTB Jamboree 2011 @ JMJJ'11.........
No comments:
Post a Comment