Pada hari Ahad 18hb Mac, 2012 ( 25 R'Akhir 1433H) selepas solat Maghrib ribuan jemaah "menerjah" Pondok Islahiah, Sg. Karangan (pondok TG Hj Adnan Majid). Malam tersebut satu program soal-jawab bersama pendakwah bebas yg terkenal USTAZ AZHAR IDRUS dari Terengganu (negeri kelahiran aku). Walaupun UAI tidak dapat memberi hidayah, sekurang-kurangnya UAI berjaya menarik minat golongan muda-mudi, belia dan remaja mendekatkan diri kepada agama.
Walaupun begitu ada golongan-golongan tertentu "membenci" UAI. Biasalah, dalam hal berdakwah, nabi SAW sendiri pon di dibenci dan dicemuh oleh masyarakat Arab. Satu nasihat terhadap golongan-golongan tersebut, buatlah program agama yg dapat menghimpun ribuan umat macam ni....jangan ada perasaan dengki dan irihati....








Alhamdulillah, jumlah kutipan derma RM33450.00 untuk pembangunan pondok.
No comments:
Post a Comment