.

.
.

Monday, February 6, 2012

MEMBINA GENERASI MUDA...SAMBUTAN MAULIDUR RASUL..

Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Namum begitu ada mengatakan hukum sambut Maulidur Rasul, bidaah. Terpulang, aku tak reti nak berhujah. Surau taman aku mengadakan program maulidur rasul pada hari Ahad 5hb Feb, 2012 (12 Rabiulawwal 1433H).


Kelihatan anak-anak kariah Taman Mutiara, Sg. Kob...bersiap sedia nak memulakan perarakan..

Ramai anak-anak kecil yang berarak sambil berselawat ke atas Nabi SAW.


Para ibu-bapa...


Kaum ibu



Ustaz Sobran dan Ustaz Zul...







Baju purple tu anak aku...Aizuddin

Anak aku yg bongsu.. Adlina..


Selesai perarakan, satu majlis tazkirah diadakan...


Ustaz Zul sedang memberi tazkirah kpd anak-anak dan juga ibu-bapa...




Sekian saja...jangan kita berbeza pendapat dalam soal ini, daripada adakan majlis maksiat, baik majlis ini.....

No comments:

Post a Comment