.

.
.

Sunday, June 30, 2013

KAYUHAN UKHWAH ANJURAN HAPPY TO RIDE KULIM (PakLong Din and Gang).

Pagi tadi Ahad 30hb Jun, aku memang ambik cuti sebab nak joint Kayuhan Ukhwah anjuran HRK. Orang kita dalam kayuhan ini ialah Pak Long Din Sarif. Kami start kayuh jam 8.45am (lebih kurang) dan diiringi bacaan doa sebelum berlepas. Antara team yang joint ialah Tebuan Riderz, TGR dan individu-individu pengayuh tegar. Walaupun jarak kayuhan lebih kurang 20km lebih, tapi semuanya puas. Banyak bukit yang kami lalui, ada boleh kayuh dan ada yang kena tolak...memang adat dalam MTB ni.
Mai layan gambar-gambar yang diupload..



Ni dia Pak Long Din..orang kuat HRK..








Akhir kata tahniah kepada penganjur, siap bagi 100plus kat check point, sediakan jamuan makan lepas kayuh dan juga hadiah lucky draw. Banyak gambar dalam Facebook 1 dan Facebook 2 serta Facebook HRK.. Sekian, jumpa lagi Insyaallah.


Saturday, June 22, 2013

TERJAH CP 2 (TREK BALAK) DI PAGI JUMAAT.

Pagi tadi Jumaat 21 June bersamaan 12 Syaaban...aku, Rashid dan Apai memang telah merancang nak kayuh. Trek yang dilalui seperti biasa ler....he..he. Kami start agak lewat iaitu jam 9.15am, pasai apa lewat...he..he.
Kayuhan kali ini aku rasa dah tak larat, mungkin sebab jarang kayuh atau faktor usia yang lebih 40 tahun..hu..hu. Apai kayuh memang power, dari dulu lagi, manakala Rashig ada peningkatan dalam kayuhan kali ini. Apapun tahniah buat kami semua. Mai ler layan gambar-gambar yang aku snap.


Apai memang power...



Berada di puncak atau muka trek balak...



Hensem lagi aku ni..he...he.
Sekian saja kali ini, jumpa lagi Insyaallah..

Saturday, June 8, 2013

ZIARAH SAHABAT/KAWAN/RIDER YANG SAKIT (MAN GEREK).

Assalamualaikum, lama tak update blog ni..hu.hu.
Kekawan pada hari Jumaat 7 June, aku dan Idan meluangkan masa untuk menziarahi sahabat/kawan/rider yang selalu berkayuh sama-sama..iaitu Man Gerek Abdullah. . Beliau terjatuh selepas ambil wuduk di Masjid  Kg. Raba (perkampungan orang asli) menyebabkan " Shoulder Dislocation". Nampaknya kena gantung basikal sebulan dua kot.
Aku kenal Man Gerek ni, semasa Geng Desa Aman Riderz buat funride dulu-dulu. Apapun semuga bro Man Gerek tabah menghadapi ujian ini dan cepat sembuh. Insyaallah.




Saturday, May 18, 2013

KAYUHAN BERSAMA JIRAN-JIRAN

Seperti yang dirancang, aku, Mat Rashid, Saiful Giant dan Bahri kayuh kali ini. Cuma Apai @ Jaafar tak dapat kayuh sebab anak dia kena cirit-birit. Trek yang dilalui seperti biasa...Trek balak (CP 2), Bukit Batu dan Bukit Layan....

Baru kayuh jer...bro..

Steady jer Bahri

Financial planner..Mr. Giant








Pandangan dari puncak bukit


Climbing by bro Rashid.



Meeting...sembang pasal issue yg berlaku di tanah air...

Ok lagi ker bro...he..he

My white venzo

Habis jer kayuh...tambah kalori lain pulak...ha..ha
Bahri minum sampai 3 gelas.....
Sekian, saja malas nak buat karangan dah...jumpa lagi Insyaallah.

Monday, April 29, 2013

PADANG SERAI JAMBOREE 2013..SEMUA BERSATU HATI.

As salam, sebagaimana sudah sedia maklum pagi tadi berlangsungnya Padang Serai Jamboree 2013 (28 April 2013). Semua riders yg joint bersatu hati tanpa mengira fahaman politik demi mencapai satu matlamat, iaitu menamatkan semua CP. Team aku yang turun kali ini ialah Arif dan Apai (replace Nizam yg joint Jana Manjung Event).
Kayuhan bermula agak lewat iaitu jam 8.10am walau bagaimanapun semuanya berjalan lancar. Aku bermula sebagai riders yg terakhir sebab tak larat.
Secara keseluruhannya trek memang menarik dan boleh kayuh, cuma ada satu DH agak merbahaya bagi riders yg kurang mahir terpaksa kena tolak.
So, tak mau cerita panjang-panjang...aku menamatkan kayuhan jam 11.45am dapat ranking 666..he..he.
Sekian, wassalam.





Selain itu mai layan gambar yg aku upload dalam Facebook.

Friday, April 26, 2013

KAYUHAN PRU 13....HE..HE...

Petang tadi, aku dan Apai kayuh ronda-ronda Sg. Kob. Layan offroad sikit, layan road sikit. Sebagai persediaan untuk Padang Serai Jamboree Ahad ni.


Berhenti kat lampu isyarat. penuh dengan bendera parti-parti politik..


Baru masuk offroad jer, Apai dah tolak..he..he.

Rest kat CP2..trek balak.




UMNO dan BN...Kg. Belakang Masjid, Sg. Kob




Kawan-kawan dok lepak kat kedai Mizi (Danish Bike Shop)


Parti PAS yg. memperjuangkan ISLAM.

Apai posing di bendera PAS yg tertinggi di Taman Mutiara.
Balik rumah..basuh VENZOku...Selamat mengundi di PRU13 nanti. Pilih parti yang terbaik.