.

.
.

Sunday, July 1, 2012

SELESAI SUDAH KULIM MTB JAMBOREE 2012.

Assalamualaikum, akhirnya selesai sudah Kulim Jamboree 2012. Sebagaimana yang diketahui, ada 2 kategori yang dianjurkan oleh penganjur iaitu EXPERT/RACE dan FUNRIDE/JUNIOR. Bagi aku kategori EXPERT memang mencabar dan "teruk". Almaklumlah, hadiah wang tunai agak lumayan RM1000.00 bagi juara. Wanita dan junior jugak diberi hadiah wang tunai. Bagi aku, jamboree kali ini adalah 5 STAR. Penyediaan khemah, podium, stage, tandas serta makanan adalah terbaik untuk keselesaan riders.
Walaupun ada finisher yang dibatalkan kemenangan mereka, itu adalah kesilapan sendiri sebab tidak prihatin syarat-syarat yang ditetapkan oleh penganjur.
Disini aku tulis cakap-cakap belakang riders (kira complaint lah tu) antaranya pasal no extra goodies, lucky draw tak banyak, ranking tak betul, air minuman tak ada masa lunch, celoteh pengacara @ DJ yang terlalu banyak cakap dan masa yang agak lama majlis untuk tamat. Bagi aku itu semua adalah perkara biasa mana-mana jamboree, tiada yang perfect dan BUKAN SENANG NAK MEMUASKAN HATI SEMUA ORANG apa yang penting sudah pasti setiap penganjur akan membuat yang TERBAIK.
Aku bertindak sebagai Marshall dalam jamboree kali ini, kayuh sambil ambik gambar dan "pasang telinga"...he..he...sorry. Sekali lagi tahniah dari aku buat penganjur Danish Adventure Event Management Team.


Juara kategori wanita..
Juara kategori lelaki


Sebagai wakil bagi pihak penganjur, aku memohon ampun dan maaf sekiranya ada kesilapan dan kekeliruan yang timbul, jumpa lagi tahun depan Insyaallah. Mai layan gambar corat-coret Kulim Jamboree 2012 yang aku link dengan Facebook aku...Link 1 , Link 2 dan Link 3. Bye..bye...

Thursday, June 28, 2012

KULIM JAMBOREE 2012 DAH MAKIN DEKAT

Assalamualaikum, nampaknya kehangatan Kulim MTB Jamboree 2010 sudah makin terasa...akupun rasa teruja. Tahun ini ada kelainan sebab penganjur ada buat 2 kategori...RACE/EXPERT dan FUNRIDE. Hadiah juga memang menarik....RM1000.00. Hadiah wang tunai untuk riders perempuan dan junior pun ada. Sesiapa yang tak register tu bolehlah mai tengok..he..he..Feeding station (air) bukan setakat mineral water jer penganjur bagi...tapi air tenaga yang berperisa lagi.....tak ulas panjang lebar sebab aku bukan penganjur...Bye..bye..
Energy water

 Jersey cantik...


 Sibuk nak pasang bendera berwarna...



Thursday, June 21, 2012

Test Trek KULIM JAMBOREE 2012 (trek kategori RACE/EXPERT)

Seperti yang di rancang pada hari Sabtu 16hb Jun lalu, seramai 26 riders dari pelbagai team/kelab dating ke Taman Mutiara, Sg. Kob untuk
menguji trek KULIM MTB JAMBOREE 2012. Team aku yang joint, Idan, Rashid dan Apai. Sebenarnya trek ini aku pernah kayuh bersama
Rashid, Idan dan Jaafar. He…he..kami abih kayuh lebih kurang 3.30pm. Jarak trek ni lebih kurang 50.22km dan amat-amat mencabar.
Aku kayuh agak perlahan dari awal lagi sebab mengantuk, al-maklumlah layan bola Euro 2012 dan gagal menghabiskan kayuhan kali ini.
Rashid dan Jaafar awai-awai lagi dah..ehem..ehem….ha..ha..
Secara keseluruhan trek ini agak “ganas” tapi yang syok bila sampai pencawang TNB, terus downhill sampai ke Ulu Paip.
Apa-apapun tahniah kepada semua. Gambar full trek aku tak ada sebab aku kayuh tak completed, tapi mai layan.
 Satu-satunya female rider, Monica Ann


Geng-geng aku...





Gambar-gambar yang sempat ambik dalam Facebook aku.



Monday, June 11, 2012

Tinggal beberapa hari lagi Kulim MTB Jamboree 2012.


Assalamualaikum, para riders tinggal beberapa hari lagi akan berlangsung Kulim MTB Jamboree 2012. Aku tak mau ulas panjang-panjang sebab aku bukan penganjur cuma kenal rapat dengan penganjur saja. Detail bolehlah rujuk dalam Facebook Syahrulmizi Umar dan Kulim MTB Jamboree 2012  .

Sunday, May 20, 2012

INTEL MALAYSIA 40th ANNIVERSARY -Campus2Campus Cyclothon.

Hari ni Ahad , 20hb Mei 2012 satu sejarah buat pekerja Intel Malaysia kerana telah diadakan satu event yang besar iaitu CAMPUS to CAMPUS CYCLOTHON sempena 40 tahun Intel Anniversary. Aku merupakan salah seorang daripada ribuan pekerja Intel. 
Kesemua geng-geng aku iaitu GengBasikal @Kulim turun dalam event ini. Sudah berminggu-minggu kami training on road semata-semata nak "layan" event ini.
 Kira-kira 500 pekerja Intel yang kayuh (Intel Kulim dan Intel Penang). Kayuhan ini bercorak fun ride sahaja. Kayuhan bermula di Intel Kulim dan berakhir di Intel Penang. Flag Off jam 7.30 pagi oleh Mr. Robin Martin, Intel Malaysia Managing Director.


 Seperti biasa aku mesti berposing dulu...



Sebelum flag off...Kelihatan semuanya teruja, Saiful,Rashid, Hamidi,Lan dan lain-lain.


3..2...1...Go....
 CP1 kat Sungai Dua.


Ketika di dalam feri..









Semua pekerja Intel enjoy dalam kayuhan ini. Mintak maaf sebab gambar tak susun secara elok, tapi mai layan dalam aku punya Facebook . Bye...jumpa lagi Insyaallah.

Saturday, May 12, 2012

TRIP TO BALING (Kedah) and PENGKALAN HULU (Perak)..

Pagi tadi seperti yang telah dirancang, aku, Nizam, Add, Shaidan, Rashid dan Jaafar menerjah ke Gunung Inas, Baling. Aku, Jaafar dan Shaidan sudah kayuh ke Gunung Inas ni pada tahun 2010. Masa tu. Shaidan tak beberapa nak OK..he..he... Kami bertolak dari Kulim pada jam 7.35 pagi. Sampai jer terus kayuh.

 Semasa kami kayuh, tiba-tiba Abang Lie dari One Star MTB kayuh sorang-sorang dari MRSM Baling ke Gunung Inas....Tahniah Abang Lie, masih power, siap boleh potong kami lagi.....

 Peloton tak power ha..ha..

 Berposing ramai-ramai dekat papan tanda Gunung Inas sebagai bukti..


 Selain Gunung Inas, kami juga kayuh sampai ke Pengkalan Hulu, Perak...



 Idan, sebelum ini tak berjaya menawan Gunung Inas, hari ni powerlah pulak..tahniah..


 Kayuhan pulang....



Semasa kami nak balik, terserempak dengan Abang Razif Baling, minta maaf bang sebab tak mintak permit...he..he..apapun abang Razif memang sporting...sapa kayuh pi Baling mesti dia sambut...
Sebenarnya aku tak mau cerita panjang-panjang...Banyak gambar aku upload in my FACEBOOK
Click and layan...Wassalam, jumpa lagi Insyaallah.

Friday, May 11, 2012

TERJAH TOKKUN LAGI.....

Pagi tadi 10hb Mei, aku, Rashid dan Jaafar terjah BM Hill @ Tokkun. Bagi aku ini kali ke 3, mana kala Jaafar dan Rashid first time "ragaih" Tokkun ni. Kayuhan kali ini boleh dikatakan sebagai mencari stamina untuk joint Intel Cycleton anjuran tempat aku kami bekerja. 
Walaupun pada mulanya Rashid agak keberatan nak kayuh, tetapi semangat membara aku dan Jaafar, dia pun terpaksa ikut...he..he..
 Sampai tempat rehat...jumpa bro Jef dan Wan Alma..Team 3G



Sampai di puncak teruih angkat basikal..masih power Rashid and Jaafar



Aku posing besa-besa jer...



Cntrol perut bro..




Pemandangan cantikkk





Bateri abih...takleh nak call bini...ha..ha..




Sampai atas...jumpa rombongan remaja yang Shaidan bawak...he..he..

 Aik...cik adik ni naik basikal sapa?


Posing ramai-ramai depan pencawang



 He..he..3 plus 3

 Masa turun jumpa sekawan makhluk Allah..

Abih jer kayuh..pekena mee kuah ketam kat Ceruk Tokkun...
Banyak lagi gambar yg aku upload...mai layan Facebook aku Part 1 dan juga Part 2. 
Sekian dulu...jumpa lagi Insyaallah...