.

.
.

Monday, July 19, 2010

Penat jugak panjat Gunung Bintang, Sedim.

Pagi tadi 19 Julai 2010, aku dan Idan serta Apai pi Sedim terjah Gunung Bintang. Trek dia semuanya bersimen tapi kena "ragaih" bukit. Penat jugaklah kami nak kayuh sampai atas tu. Pi jalan yang sama turun jalan yang sama....

Apai @ Jaafar dah tak sabaq-sabaq nak kayuh sebab..dia lama tak kayuh..

Ni gambar orang kampung kat Sedim tanam cabai...

Bergayalah dulu bro....

Idan pon sama lama dah tak kayuh...

Signboard Trek Gunung Bintang.......

Trek Ok sebab semuanya bersimen...

Depan tu bukit..tinggi jugak..


Ambik nyawa sat ditengah-tengah pendakian..

Apai angin tayar kurang plak....

Ni bukit lagi....




Idan dan Apai tolak jer sebab tak larat "ghabat" bukit kot...
Sekian dulu nanti boleh mai lagi....TQ..Idan belanja kami makan dan minum masa kami balik kayuhan.......bye2 dulu...jumpa lagi..

Friday, July 16, 2010

Kesan Ekonomi Kenaikan Harga Minyak.


Apa dah jadi....




Kenaikan 5 sen bagi petrol memang memeranjatkan rakyat Malaysia.
Semua sedia maklum kenaikan harga petrol kepada RM1.85 seliter telah diumumkan oleh kerajaan, dan ia menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan orang ramai. Nilai wang dalam poket bertambah susut nilai untuk membeli barangan yang sama pada masa sebelum ini.
Peningkatan harga minyak yang tinggi tersebut akan memberi kesan kepada kenaikan harga barang, terutama harga barang makanan. Bahan makanan, sama ada dalam bentuk mentah, separa proses atau siap diproses perlu diangkut dari tempat pengeluaran atau pemprosesan kepada tempat pemasaran. Kenaikan kos pengangkutan dan kos pemprosesan tentunya akan dipindahkan kepada pengguna dengan menaikkan harga barang akhir barang yang diangkut.
Memang kerajaan boleh campurtangan dengan mengumumkan dasar kawalan harga barangan, tetapi dari segi ekonomi, dasar campurtangan tersebut akan membawa kepada herotan ekonomi dan memberi lebih banyak keburukan dari kebaikan.
Orang ramai masih gemar memandu kenderaan sendiri daripada menggunakan pengangkutan awam. Ini antara sebab utama penggunaan bahan api terus meningkat. Walau bagaimanapun kita tidak boleh menyalahkan pengguna atas pilihan tersebut. Jika diteliti, mutu perkhidmatan awam baik bas, teksi dan kemudahan LRT dan komuter dilihat masih kurang memenuhi kehendak dan permintaan rakyat. Kita tidak boleh membandingkan dengan Singapura sekiranya ingin menggalakkan pengguna menggunakan pengangkutan awam. Sistem pengangkutan awam di Singapura adalah cekap dan lengkap

Sunday, July 11, 2010

Azabnya aku terjah Bukit Botak, Kulim.

Pagi tadi Ahad, 11hb Julai aku ikut Yusoff, KH Ooi, Chaon, Mat (Gerek Kulim), D-One dan beberapa riders lagi yang aku lupa namanya....sorry......jadi kesemuanya 9 riders. Ini pertama kali aku terjah Bukit Botak. Banyak pendakian, jenuh aku nak kayuh....penat lagi memenatkan bagi aku. Tak tau nak cerita macam mana....aku kayuh setakat kemampuan aku jer....hu..hu..

Tapak pemunggahan Petronas Taman Kenari...

Posing ramai-ramai sebelum start kayuh....

Sebelum masuk offroad..posing dulu..

D-One bergaya dengan jersey Celcom....

Bro Yusoff (10th KTM 2010) yang akan bawa kami...


Berhenti sat...

Depa ni tunggu aku..ha..ha.....KH Ooi dok ambik gambar aku tu...

Naik bukit....


Penat....nampak tak bangsal kat atas tu.....depa semua dah sampai sana dah..

Bukit yang berbatu-batu...

Adus...bila nak sampai ke puncak tu...

Tu dia...trek yang kami kayuh...nung bawah sana...


On the way nak balik....

Ni trek Poly, balik lalu kot trek ni....

Singgah pekena air ngan roti canai kat Sg. Ular..TQ Chaon belanja aku..


Sampai rumah terus aku basuh basikal aku...secara keseluruhan trek Bukit Botak memang mencabar, aku sedar tahap dan kemampuan kayuhan aku...bye..bye dulu..akan ku terjah lagi Bukit Botak.....Insyaallah...

Saturday, July 10, 2010

Butterworth Airbase Fun Ride....part 1

Salam, pagi tadi 10hb Julai aku, Cikgu Din (Gerek Bukit) dan Saiful Giant (Geng Odd-PG8) joint kayuhan Butterworth Airbase Fun Ride anjuran Hawk MTB-BACC sempena perasmiannya. Layan ajerlah gambar-gambar di bawah nie...

Pon, blogger Hawk MTB...aku kenal secara live masa "Jom Kayuh @ptsb". Untung bergiat dalam aktiviti kayuhan ni..kenal ramai kawan...

Pasangan Reimi Pawana dan Ija......

Suasana sebelum kayuhan...


Chaon....antara riders from Gerek Kulim yang mai..


Cikgu Din....


Giant...


Pak Dam dan isteri Umi....

Chaon dan D-One bersiap2 nak berlepas..

Kayuhan bermula ianya dilepaskan oleh Kol Rashid bin Majid, TUDM Komander Pengkalan Udara Butterworth..

Polis trafik...mengawal lalu lintas...TQ...

Yg besar tu..Giant..







Pak Aji pon jadi marshall jugak..

Kedamaian di tengah bendang..


Ada lagi gambar...dalam part 2...