.

.
.

Monday, August 10, 2009

Kayuhan dari Tmn Selasih ke Tok Kun.

Kayuhan kali ini kurang memberangsangkan. Masa on the way nak pi hujan begitu lebat. Timbul dalam hati jadi ke tak jadi. Salah seorang daripada ahli iaitu Azhar Kassim telah tarik diri, alasan hujan....huh koman sungguh. Marshall walaupun demam masih lagi bersemangat. Aku walaupun selalu last semasa on road pun pi juga, tak buat OT sebab semangat nak kayuh.
Mengikut planning nak pi Bukit Gas sehingga ke Mengkuang Dam tetapi tak jadi sebab jalan licin...almaklumlah hujan lebat, keputusan diambil segera nak pi Tok Kun.
Aku tak berjaya naik sebab basikal aku 7 gear, Rashid sebab demam dan basikal rosak. Hanya Shahidan, Azizi dan Nizam yang berjaya. Lain kali kami akan cuba lagi.

Sunday, August 9, 2009

Sampai jer kat Tmn Selasih (depan kedai cikgu), kami terus memasang jentera masing-masing. Kelihatan marshall (Rashid) menutup kepala dengan plastik, takut kena hujan..katanya demam.

Aku sempat jugak berposing, Shahidan tersengih kat belakang...hujan renyai-renyai sudah berhenti.


Sedang kami bertanya mana Azizi, Nizam dan Anuar....tiba-tiba ternampak Azizi..panjang umur


Sampai jer kat Tok Kun, sempat jugak tangkap gambar monyet "menyambut kedatangan kami semua"..

Nampaknya Rashid dan Jaafar sudah "surrender" tak larat nak kayuh sampai atas.


Ada satu "apek" bagi tau kat kami "lu punya kawan tunggu atas". Mungkin Shaidan, Azizi, Nizam dan Edi.

Aku sempat bergaya macam nak terbang, bila anak aku tengok gambar ni dia kata "muka abah macam Norman Hakim" he...he....he......kenapa tak percaya....sila perbesar gambar ni.


Jaafar "bersenam" walaupun tak sampai puncak (0.3 km saja) he he he action jer lebih.


Rashid melihat jenteranya yang jammed (bearing crankset) pecah. Boleh dijadikan alasan sebab tak boleh kayuh sampai atas. Edi suruh Rashid pi kedai dia (kedai cikgu) sebab dia nak repair.


Jaafar tak boleh nak cakap sebab letih.....


Kalau tengok dekat belakang baju aku selut penuh (dalam gambar tak nampak). Kayuh dalam hujan masa nak mai tadi.



Edi memperbaiki basikal Rashid. Aku sempat juga tidur atas kerusi, pukul 2.30pm baru siap.



Kayuhan kali ini 28.22 km.......



Sampai jer kat rumah, aku terus basuh basikal walaupun 7 speed. Maklumlah ini saja yang mampu beli....naik bukit bolehlah juga he...he....he...he....



Ni gambar anak aku, Along...nampaknya dia berminat nak joint aku kayuh...bolehlah asuh dari kecik..tak macam kita semua...macam kata Jamil Kedai Basikal..."dah senja baru nak kayuh"...













Tuesday, August 4, 2009

Kayuhan ke Kg. Kerbau Balar

Bersiap untuk kayuh. Zaidi (Bijak) sedang memasang basikal anak dia.

Dia bohong apa kat anak tak ler......semangat nak kayuh.


Kelihatan leader @ marshall kami berposing dengan basikal tua Bijak. Aku bergaya dengan baju baru beli..order kat Jatt.

Jaafar, aku dan Rashid (leader @ marshall) dah ready nak kayuh.

Berhenti di check point yang pertama, di pintu gerbang Ulu Paip.


Shaidan berhenti sekejap sambil menyedut udara segar (bau sekerap jer). Perut nampak berkurangan "boroinya" setelah terjebak dalam arena kayuhan.

Marshall me"repair" basikal Bijak.

Berposing di batu tanda (bukan batu nesan) Kampung Kerbau Balar.


Kayuhan kali ini adalah 31.83 km. Meter ni aku baru beli kat kedai di BM.







Sunday, August 2, 2009

Hari Isnin 3hb Ogos 2009 kayuhan seterusnya.

Kepada semua gengbasika sila joint untuk kayuhan dari Petronas Taman Mutiara hingga ke simpang Sedim melalui Ulu Paip dan Kerbau Balar. Kehadiran adalah diwajibkan. Sila berkumpul dihadapan rumah leader jam 7.45 tajam.

Thursday, July 30, 2009

Jadual Kayuhan bagi Bulan Ogos (cadangan dari Nizam)

Kekawan semua berikut adalah aktiviti yang dirancang bagi bulan Ogos.


WW32.0 – 2 Ogos 2009
Tempat :- Bukit Langkap (Bukit Gas) hingga ke Mengkuang Dam
Jam :- 7.45 pagi
Tempat Berkumpul :- Depan kedai cikgu ( sesapa nak start dari rumah aku pun boleh).

WW33.0 – 9 Ogos 2009
Tempat :- Kayuhan Alam Ke Junjung (main onroad) lepas tu offroad ke Kg Badlishah pd sapa yg berani.
Jam :- 7.45 pagi
Tempat Berkumpul :- Depan kedai cikgu ( sesapa nak start dari rumah aku pun boleh).

WW34.0 – 16 Ogos 2009
Tempat :- Padang Tembak Ke Sungai Ular.
Jam :- 7.45 pagi
Tempat Berkumpul :- Depan surau Taman Tunku Putra ( sesapa nak start dari rumah aku pun boleh).

Kalau ada cadangan lain sila kemukakan kerana ini adalah cadangan yang disyorkan sahaja, boleh lagi nak ubah pi tempat lain.

Lepas 3 minggu ni berehat seketika….. bulan PUASA… lepaih puasa kita sambung balik… INSYAALLAH.. jgn tersadai basikal sudah

Terima Kasih.
Nizam.

Track kelapa sawit kat Tmn Mutiara, Batu Putih & Sg. Kob

Ni kira sessi latihan, aku tak ikut serta sebab pi kerja (OT nak beli basikal 9 speed..he..he..he..)
Bergaya, Mat Rashid tunjuk perut masing-masing...


Dalam ayaq pun depa kayuh...

Team baju kuning FBT beli kat Padang Besar..

Gambaq lembu ker kerbau ni depa tangkap...tolong tunjuk jalan kot sebab depa sesat..he he he

Wednesday, July 29, 2009

Kayuhan di Bukit Padang Tembak

Kayuhan yang diketuai oleh Anuar (dia dah pro). Pertama kali ikut GengBasika.


Berhenti kat check point sebab nak "stretching" lead by Azizi. Ditengah-tengah Art (AJK GengBasika first time kayuh ikut kami).


Bersiap kayuhan seterusnya, kelihatan Anuar berselindung di belakang pokok kelapa sawit..don't know what he doing....


Mat Rashid kayuh naik bukit...dia tak larat tapi nak jaga status kayuh juga...


Aku meleleh ayaq liuq sebab tak larat.....tolak ajelah semasa naik bukit...


Berehat kat atas bukit.....kita minum dulu




Art nampak macam nak bersilat...walaupun pertama kali kayuh naik bukit...Ok stamina dah ada


Sebelum balik singgah di kebun Azizi...

Nizam sedang menjolok buah cempedak...ini pantunnya..BUAH CEMPEDAK DI LUAR PAGAR, AMBIL GALAH TOLONG JOLOKKAN...sapa-sapa nak sambung...pantun nie



Manis juga buah cempedak nie...


Pertandingan makan buah cempedak.....


Dan juaranya ialah ....aku....

Misi kali ini aku berjaya walaupun last sekali...tak patah balik semasa kayuhan Bukit Kerbau Balar