.

.
.

Sunday, June 6, 2010

Kayuhan ke Betong Hot Spring.

Hari ni Sabtu, 6hb Jun 2010 hari ke-2 aku and GengBasikal @Kulim berada di Betong. So, bermulalah episod kayuhan. Tepat pukul 7.00am waktu Thailand, kami bersiap-siap nak kayuh. Beberapa riders daripada Baling dan KrohMTB akan bawa kami ke Betong Hot Spring dan juga ke Piyamit Tunnel. Terima kasih kepada depa-depa ni kerana meluangkan masa nak kayuh bersama kami.


Aku bersiap-siap nak kayuh....

Kelihatan jentera Apai dlm proses....

Posing with my white Venzo...
Idan dan Add Kassim.......

Kayuhan mencari sarapan pagi..

Dok ronda cari kedai nasi lemak...tapi tak jumpa...

Pekena roti canai Betong 2 biji...sedap dia punya "kaw" punya....

Depa dok pekena pulut panggang tanpa inti...."cecah" ngan susu


Singgah di kedai Amin....tunggu rider from Kroh yang nak bawa kami..

Posing di dalam kedai Amin....bersama adik dia..

Rashid Tahoe merangkap jurubahasa kami...sawadekap....

Apai beli pedal baru kat kedai Amin..

Para riders dah sampai.....

Tangkap gambar dulu sebelum kayuh...kesemuanya 12 riders....antaranya Amir Asyraf, Yusri (HTR 2010..1oth place) Farhoud juara KTM 2010, bro Nizam dan Cikgu Sham..

Ni dia kenderaan utama kat Betong ..tut-tut..

Kayuhan bermula ke Hot Spring dan seterusnya ke Piyamit Tunnel..

Jersey biru Betong rider tu....saudara Amin...tokeh kedai Betong Mountain Bike

Bro Amir Asyraf....

Bro Rashid Tahoe...
Add Kassim @ Otai Gunung Berapi????


Idan....biasa ler...

Kurangkan laju...tapi berapa km/h???

Dah sampai ke Betong Hot Spring...



Aku "bergaya" tangkap gambar..

Bergaya jugak bro nie...

Kelihatan Amin, Cikgu Sham, bro Nizam dan Farhoud dok berbincang....lepas ni nak bawak kami pi Piyamit Tunnel pulak...TQ...

Saturday, June 5, 2010

Hari Pertama Ke Betong, Thailand.

Hari ni, Jumaat 4hb Jun 2010...aku dan Geng Basikal @Kulim (Idan, Rashid, Apai dan Add Kassim) bertolak dari Kulim ke Betong, Thailand. Segala urusan serta penginapan dan tempat nak kayuh Abang Razif yang uruskan.....thanks Abang Razif....

Jumpa dulu ASP Tuan Fadzil, ambik "sign dan cop" sebelum masuk Betong..

Sebelah Idan tu, bro Yusri from KrohMTB pemenang tempat ke-10 Ipoh Jamboree (HTR 2010)....tahniah...


Line Q...nak cop Thai Immigration.....hu..hu....RM1.00.....


Dah masuk bandar Betong, Thailand...

Helmet tak payah pakai..polis tak saman...

Traffic light pon depa belah cam tu jer, Apai terpaksa berhenti plak...

Saudara Amin (geng Betong MTB) yang booking hotel utk kami..TQ..


Bersiap nak solat Maghrib...waktu confius skit sebab time tak sama, Thailand lambat 1 jam drp Malaysia.....tiba-tiba terdengar azan Masjid Betong...


Add Kassim, selipar putus masa nak pi makan...cari kedai nak beli yg baru


Dah jumpa....currency RM jatuh skit drpd Thai Bath....ekonomi Malaysia ???? Tak risau punya sebab Rashid Tahoe boleh berkomunikasi dalam bahasa Siam


Makan di kedai Tomyam...tak susah nak cari halal food kat sini...


Before.....


After...

Meter elektrik pasang kat satu tiang jer...senang kot...

Woi....sapa tidoq mcm mayat..bungkuih semua...sambung lagi next 2 episode...