.

.
.

Sunday, January 17, 2010

Ucapan takziah untuk Shaidan.




Salam, kami GengBasikal @Kulim merakamkan ucapan takziah kepada Shaidan kerana telah kembalinya kerahmatullah Abang yang dikasihi malam tadi. Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah dan berdoa agar roh Abang beliau ditempatkan bersama dengan para solihin.

Di sini dimaklumkan juga bahawa kayuhan minggu ini (iaitu esok) dibatalkan. Kebetulan pulak aku sakit mata.

Wednesday, January 13, 2010

Downhill Techniques.

GengBasikal, ni aku upload Downhill Techniques untuk kita, geng-geng MTB yang baru nak belajar. Harap-harap jadi panduan untuk kita semua. Aku ambik dari majalah basikal, CYCLING Malaysia. Harga dia RM7.90


Tuesday, January 12, 2010

Kayuhan "on road" minggu ini.

Kayuhan minggu ini sepatutnya naik bukit Infineon, tapi kayuhan telah bertukar menjadi kayuhan santai "onroad 95%". Sebab minggu depan, Nizam ajak kayuh track Jamboree Kulim sekali dengan bukit Infineon tu, hari ni dia tak buleh ikut sebab kerja. So kami beralih arah ke laluan Padang Cina, Bukit Sarang Ayam, Sungai Seluang, Taman Tiram, Taman PKNK dan last sekali naik bukit (Station Pemancar) di belakang Sek. Men. Kulim Hi-Tech. 6 rides yang kayuh hari ini. Aku, Jaafar, Shaidan, Man Ayob, Azhar dan Rashid.


Jaafar tengok tayar depan, angin kurang...nasib baik aku bawa pam.

Semua nak kayuh, Rashid nak naik skuter plak..

Nizam, sebelum masuk kerja sempat lagi sembang ...

Inilah muka aku..he he he..hensem lagi walaupun paling tua dlm GengBasikal

Laluan kelapa sawit Padang Cina


Wah, laju daripada motor Rashid kayuh...



Jalan Kg. Bukit Sarang Ayam.
Nampak kedai singgah pekena kopi ngan teh kat Sungai Seluang.

Pembangunan di Kulim Hi-Tech.

Kilang First Solar
Perasmian jalan baru...

Baru nak masuk off road



Sedikit pendakian..
Jaafar nampak letih teruk...

Naik bukit station pemancar..tinggi jugak

Singgah di pondok guard...kat atas bukit..

Dah sampai ke puncak..semua letih, Man Ayob sampai bukak baju..kepanasan..


Dilarang masuk...
Nampak pemandangan..sayup ke bawah



Kayuhan hari lebih kurang 41km....jauh jugakkk

Monday, January 11, 2010

Senarai riders kita yang menyertai Perlis Jamboree 2010

229 ABD RASHID ISMAIL XL GENG BASIKAL

226 MOHD TARMIZI IBRAHIM S GENG BASIKAL

227 MOHD NIZAM HJ MOHAMMAD XL GENG BASIKAL

228 ABU BAKAR ABDULLAH ZAWAWI XL GENG BASIKAL

Saturday, January 9, 2010

Maaf secara terbuka drp KAWAT 2009

Friday, January 1, 2010

Kenyataan Maaf Secara Terbuka
Pihak Penganjur KAWAT2009 ingin memohon maaf secara terbuka kepada semua peserta KAWAT 2009 di atas kesalahan dan kekurangan yang berlaku sewaktu penganjuran jambori yang lalu.Penganjur telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menjayakannya walaupun hanya mempunyai tempoh 2 bulan untuk persedian. Pihak penganjur tetap bertungkus lumus untuk menjayakannya walaupun kekurangan penajaan dan ahli urusetia.Pihak penganjur tidak sama sekali ada niat secara langsung atau tidak langsung untuk mengaut keuntungan di atas penganjuran acara jambori ini. Kenyataan tidak bertanggungjawab yang mendakwa pihak kami gembira dapat "makan duit" peserta adalah bukan dari pihak kami. Mungkin pihak tertentu cuba untuk menangguk di air keruh dengan menimbulkan sentimen kebencian agar komuniti MTB berpecah belah.Segala tohmahan dan kritikan yang telah dilemparkan kepada pihak penganjur amatlah kami hargai agar kami dapat memperbetulkan kesalahan dan kekurangan kami untuk tahun mendatang.Dan penganjuran seterusnya adalah diharapkan lebih berhati-hati dan lebih bersedia di atas semua aspek penganjuran termasuk keselamatan,route, makanan dan sebagainya. Kami juga memohon maklumbalas membina dari segenap komuniti MTB seluruh Malaysia untuk memberi komen dan maklum balas yang positif agar kami dapat memperbaiki lagi.Terima kasih turut diucapkan kepada penaja-penaja yang telah sudi memberi sumbangan walaupun kecil. Kami turut menghargai sokongan dan maklumbalas positif dari pihak-pihak kelab MTB/ komuniti MTB serta orang perseorangan yang terus memberikan kami semangat dan galakan. Mereka adalah:
1. FRIM UPM MTB
2. Team Merida
3. Team Soo BEng
4. Team MAS Kargo
5. Team MAS Engineering
6. Team 3K
7. Team UCI
8. Team JPJ Pahang
9. Team Manggis Rider
10.Team Pink Bike
11.Team Pawana Rider
12. Team Dueroda1
3. Team GKCC Terengganu
14. ABE Team
15. Team SIT
16. SBXC Bikers Club
DAN peserta perseorangan dan team lain yang terus memberi sokongan dan perangsang yang membina agar pengajur terus maju kehadapan memperbaiki segala kelemahan.Jutaan Terima Kasih diucapkan.Pihak pengajur, K-RAITT khususnya memohon ampun dan maaf sekali lagi dan salam tahun baru 2010.
Posted by kayuhanwarisantaiping at 12:22 AM

Tuesday, January 5, 2010

Kayuhan minggu ini kensel...

Amat mendukacitan kayuhan minggu ini dibatalkan sebab-sebab tertentu. Seorang tak jadi semua tak mau pi kayuh. Kita mesti bergerak dlm satu pasukan, mcm team bola, sorang kena kad merah 10 pemain lagi terus bermain...bukan berhenti bermain....sorry lah yer...

Friday, January 1, 2010

Selamat Tahun Baru 2010 Masihi.

Salam,
Tepat pukul 12.00 mlm tadi seluruh rakyat Malaysia menyambut tahun 2010. Percikan bunga api, bunyi mercun dan sebagainya. Apa yang aku nampak semuanya semuanya bergembira, pasangan muda-mudi berkepit, mat-mat rempit, minah-minah rempit malah golongan emas pun lupa diri apabila menyambut tahun baru. Rata-rata aku tanya dalam Islam ada juga sambutan tahun baru Maal Hijrah, hampir 60% menjawab "ye ker, takdak bunga api pun" "bila depa sambut". Aku malas nak ulas secara panjang lebar di sini.
Alhamdulillah, Surau Nurul Iman, Taman Mutiara, Sg. Kob malam tadi 3.30pagi mengadakan solat sunat Gerhana Bulan, ramai juga yang hadir, solat berjemaah dan mendengar khutbah.
Apa-apapun Selamat Tahun Baru 2010 dan umur aku dah meningkat dah tua....tapi larat lagi kayuh beb......antara GengBasikal @Kulim aku ler yg paling tua....