.

.
.

Saturday, April 16, 2011

Test trek Kulim International Jamboree 2011

Pagi tadi 16hb April seperti yg dirancang oleh KIJ Committe satu siri ujian utk test trek Kulim International Jamboree 2011. Lebih kurang 30 riders yg turun kali ni termasuk aku. Riders GengBasikal yg turun ialah Apai, Rashid dan Nizam. Riders dari group lain aku tak senaraikan di sini, mintak maaf banyak-banyak nooo.
Aku dah lama tak kayuh sejak anak aku jatuh sakit......wooo sakit rasanya badan bila start kayuh pagi tadi.

Bersiap sedia nak kayuh....kelihatan abg Megat....tanya "hangpa dah ready ka"...

Mat Jan, Jatt dan Nazet....meeting dulu sebelum kayuh....

Antara trek yg akan dilalui....

Naik bukit kena tolak....sapa tutup muka tu....malu ker bro....he..he..

Antara female riders yg power....




Kayuhan naik bukit....

Tanda misteri.......


Dah sampai dah kat tapak pemunggahan.....abg Kamil, Rashid dan Ucop..

Dok menjamu selera.....kat kedai Zack...

Abis makan sendiri bayar....


Ni gambar masa Kayuhan Amal yg depa arrange utk anak aku masuk paper Sinar Harian.

Secara keseluruhan trek agak mencabar jugak...bagi beginner riders....hanya aku jer yg tak larat...trek balak aku tak naik......jumpa lagi 1hb Mei 2011...Selamat Berkayuh..

Saturday, April 9, 2011

Terima kasih kpd semua, hanya Allah dpt membalas jasa baik semua..

Sessi bergambar di depan rumah...

Pagi tadi 9hb April 2011, tercipta satu sejarah dimana lebih daripada 130 riders telah datang menziarahi anak aku serta memberi sumbangan kewangan bagi membiayai kos perubatan anak aku. Aku rasa terharu, aku menitis air mata dan terima kasih banyak-banyak kepada semua. Jutaan terima kasih kpd abang Hj Ramly SP, abang Mazlan, abang Megat dan semua yg menjayakan program amal utk anak aku.
Kepada Papa Danish dan Pn Ros, terima kasih kerana menyediakan tabung di Bkt Merah Jamboree dan Tokkun Race. Minta maaf sebab tak menyenaraikan nama-nama riders yg mai tadi. Ada yg ku kenal ada juga aku tak kenal....terima kasih semua.
Terima kasih kepada team-team seperti MKH, Kepala Batas, Manggis, Baling, KORT, Onestop, GMCC, KBCC, SP Riders, Jitra (Ust Raja), Perwaja MTB, RCT Online, SAZA, Alor Setar, blogger-blogger, riders dan individu yg baik hati......hanya Allah saja dapat membalas jasa baik sekelian.....
Minta maaf sekiranya ada kesilapan dan kekurangan semasa semua riders yg datang ke rumah pagi tadi....
TERIMA KASIH...

Anak aku seronok sebab 1st time dpt naik kereta paling mahal Porsche...terima kasih kepada owner kereta tersebut...

Sunday, April 3, 2011

Tahniah...riders GengBasikal @Kulim berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu..

Sebelum itu, minta maaf aku lambat updated pasal kejayaan beberapa riders from GengBasikal yg berjaya menawan Gunung Kinabalu pada 23~28 Mac lalu sebab ada masalah anak aku. Apapun tahniah kepada Rashid, Zaidi, Add Kassim. Nizam, Lan Venzo dan Haffizzul (new members) telah menerjah puncak yg tertinggi di Asia Tenggara. Jom layan gambar-gambar mereka.....

Rashid @ Rashid Tahoe mengangkat tangan tanda kepuasan....

Ni masa depa dok kat airport.....

Berposing dengan baju sponsor...he..he..

Eshhh fesyen apa pulak ni...aksi "ragaih" gunung....

Zaidi dan Fizzul....

Kelihatan Add Kassim berada di depan


Suhu di waktu tengahari...12 Celcius....sejuk giler

Berjalan di atas puncak Gunung Kinabalu...

Berposing di atas puncak yg paling tinggi....TAHNIAH

Ini dia Lan Venzo........


Nizam....pekerja setia Intel.....Great Place To Work

Zaidi nampak kepenatan...





Sebenarnya banyak gambar-gambar depa ni...bolehlah bukak Facebook..tengok macam-macam ada......SEKIAN dulu....

Monday, March 28, 2011

Second MRI test untuk anak aku....

Ahad 27hb Mac, anak aku terpaksa buat MRI test kat Pantai Hospital Sg. Petani. Ini kerana mesin MRI kat KPJ Penang Specialist Hospital masih lagi rosak. Hampir satu hari aku tunggu kat hospital tersebut, dari pagi sampai petang baru siap berserta dengan laporan perubatan. Disebabkan insurance tak cover kos tersebut terpaksa ditanggung sendiri.
Nanti hari Khamis terpaksa pergi kat KPJ Hospital pulak nak buat rawatan selanjutnya.
Terima kasih semua terutama abang Hj. Ramli SP yang meluangkan masa ziarah anak aku kat Pantai Hospital masa nak buat MRI test. Terima kasih sekali lagi...hanya Allah saja dapat membalas jasa buat semua.....Amin.

Thursday, March 24, 2011

Hanya Engkau Ya Allah tempat aku mengadu..

Anak aku yg ketiga sakit.....umur dah 10 tahun. Malangnya sakit dia adalah "conginetal defect" menurut doktor, so insurance company ING tak mau cover.

Terima kasih semua, aku dah tak tau nak cakap apa lagi. Anak aku masih lagi sakit, apa-apa rawatan pun belum buat lagi. Pakar Urologist kat KPJ Penang Specialist Hospital memerlukan ujian MRI untuk kali kedua dan juga ujian Urodynamics. Malangnya machine MRI pula rosak dan terpaksa tunggu. Appointment dengan General Hospital tarikhnya 6hb April 2011, lambat lagi .

Sekarang ni aku pening, buntu dan rasa tidak tenteram tak tau apa nak buat. Aku tau anak aku belum kritikal lagi tapi buah pinggang dia makin membengkak, air kencing dia “reverse back” sebab saraf atau salur kencing dia rosak dan sempit serta kencing menjadi kerap. Kadang-kadang air kencing keluar dia tak boleh rasa. Dah hampir seminggu status anak aku tergantung. Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku, permudahkanlah urusan anak aku dan sembuhlah penyakit anakku. Hanya Engkau Ya Allah tempat aku mengadu..Amin.

Rakan-rakan MTB, sahabat-sahabat FB, bloggers dan semua yang simpati padaku…terima kasih.

Semuga Allah sahajalah yang membalas jasa baik kalian semua.

Wednesday, March 9, 2011

Senarai riders drp GengBasikal yg joint Jomkayuh @PTSB edisi 2.




No plate Nama
10 Mohd Tarmizi b Ibrahim
11 Abdul Rashid b Ismail
12 Jaafar b Sedik
13 Mohd Nizam Hj. Mohamad
14 Zaidi b Muhamad
82 Mohd Arif b Abdullah
334 Mohammad Arif Aizat b Mohd. Tarmizi.

Selamat berkayuh pada 19hb Mac, 2011......



Tuesday, March 1, 2011

Pagi tadi kayuh santai with my wife.....

Pagi ni 1hb Mac, 2011 aku still on offday.....memandangkan minggu ni aku tak kayuh lagi so ajak wife kayuh area dekat-dekat ajer. Planning nak kayuh kelmarin bersama Rashid, Apai, Idan dan Add Kassim tapi semua ada hal masing-masing. Hari Ahad, ramai riders terjah hutan rimba Ulu Paip aku ada PIBG AGM....Jeli Jamboree pulak aku tak register.
Selepas hantar anak-anak pi sekolah aku dengan wife terus kayuh lalu trek KTM2101, bukit botak belakang SMSK dan lintas anak sungai dalam ladang kelapa sawit.
Menghala ke offroad...

Dah masuk offroad, ok lagi wife aku kata....

Nak ragaih bukit botak, half way saja...takpa bersemangat...

Take 5 @ ambil nyawa sat...

Posing atas titi kayu....


Air sungai ni jernih....

Kayuhan mengharungi sungai...


Ambil gambar guna hp camera Sony Ericsson Vivaz...

Tu dia abih kayuh terus pekena kuew teow teng dan kuew teow goreng kat Taman Mutiara...sedap......
Sekian saja cerita kali ni...Wassalam..