.

.
.

Saturday, April 9, 2011

Terima kasih kpd semua, hanya Allah dpt membalas jasa baik semua..

Sessi bergambar di depan rumah...

Pagi tadi 9hb April 2011, tercipta satu sejarah dimana lebih daripada 130 riders telah datang menziarahi anak aku serta memberi sumbangan kewangan bagi membiayai kos perubatan anak aku. Aku rasa terharu, aku menitis air mata dan terima kasih banyak-banyak kepada semua. Jutaan terima kasih kpd abang Hj Ramly SP, abang Mazlan, abang Megat dan semua yg menjayakan program amal utk anak aku.
Kepada Papa Danish dan Pn Ros, terima kasih kerana menyediakan tabung di Bkt Merah Jamboree dan Tokkun Race. Minta maaf sebab tak menyenaraikan nama-nama riders yg mai tadi. Ada yg ku kenal ada juga aku tak kenal....terima kasih semua.
Terima kasih kepada team-team seperti MKH, Kepala Batas, Manggis, Baling, KORT, Onestop, GMCC, KBCC, SP Riders, Jitra (Ust Raja), Perwaja MTB, RCT Online, SAZA, Alor Setar, blogger-blogger, riders dan individu yg baik hati......hanya Allah saja dapat membalas jasa baik sekelian.....
Minta maaf sekiranya ada kesilapan dan kekurangan semasa semua riders yg datang ke rumah pagi tadi....
TERIMA KASIH...

Anak aku seronok sebab 1st time dpt naik kereta paling mahal Porsche...terima kasih kepada owner kereta tersebut...

No comments:

Post a Comment