.

.
.

Saturday, October 20, 2012

KAYUHAN AMAL UNTUK DANA TAHFIZ DARUL MUMTAZ

Assalamualikum, pagi tadi 20hb Okt, satu kayuhan amal dianjurkan oleh Serai Emas Cycling Club (SECC team dari Padang Serai). Kayuhan ini diadakan untuk mengisi dana untuk Madhad Tahfiz Darul Mumtaz, Padang Serai. Kayuhan ini boleh dikatakan berjaya kerana dapat mengumpul lebih kurang 450 riders..TAHNIAH penganjur. Antara team-team yang turun ialah GB @Kulim (team aku-Nizam, Arif dan Idan), Desa Aman, D'Nia Bike, OSCC, SPCC, SP Saza, SMVK, Cameron Riders, Pongsu Seribu dan lain-lain lagi....
Kayuhan delay 20 minit kerana menghormati 2 kematian di laluan yang sama dilalui oleh riders. Kayuhan dilepaskan oleh Ustaz Hj Azrin, Mudir sekolah. Sampai kat Shell Permatang Tok Dik, ada sarapan pagi oleh pemilik stesyen minyak tersebut. TERIMA KASIH.
Kayuhan tamat lebih kurang pukul 11.00am....
Terima kasih kepada semua marshall, RELA, PDRM and pihak sekolah. Dimaklumkan bahawa jumlah kutipan termasuk sponsor lebih kurang RM12000.00. Diharap juga dana berterusan disalurkan kepada sekolah tersebut...Saham Akhirat.






Sebelum mengakhiri penulisan ini, mai layan gambar-gambar yang aku upload dalam FB
1) Part 1 
2) Part 2

Sekian, terima kasih...jumpa lagi Insyaallah.

No comments:

Post a Comment