.

.
.

Wednesday, September 16, 2009

Ramadhan yang pergi, Syawal akan menjelma.






Salam,

Tidak lama lagi Ramadhan akan pergi meninggalkan kita. Hanya beberapa hari lagi seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Sama ada yang miskin atau kaya tetap menyambutnya. Berakhirnya Ramadhan, maka masjid-masjid dan surau-surau kembali menjadi seperti bulan-bulan sebelumnya iaitu kosong. Ini bermakna keberkatan Ramadhan sudah hilang, seolah-olah mereka berpendapat hanya bulan Ramadhan sahajalah "pakat mai surau" bulan-bulan lain tak payah amat ruginya berpendirian seperti ini.

Para sahabat Nabi SAW, amat sedih bila berakhirnya Ramadhan. Bagi mereka bulan yang penuh keberkatan dan rahmat akan pergi meninggalkan mereka. Adakah Ramadhan seterusnya sempat atau tidak, dengan kata lain umur panjang atau tidak.

Marilah kita membuat penilaian terhadap diri kita, marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah SWT supaya segala amalan kita diterima dan memohon dipanjangkan umur untuk bertemu Ramadhan yang seterusnya.

Kemungkinan umat Islam di Malaysia akan menyambut Syawal pada hari Ahad 20 September 2009. Hari Raya merupakan hari kemenangan bagi umat Islam, setelah berjaya menahan lapar dan dahaga selama sebulan. Namun, kita merasa sedih masih ada lagi umat Islam tidak berpuasa, saban hari terpampang di akhbar mereka yang ditangkap kerana tidak berpuasa. Sekecil anakku berumur 6 tahun dapat menahan lapar dan dahaga, inikan pula orang dewasa. Diharap mereka tersebut akan insaf dan mendapat hidayah daripada Allah SWT.

Sempena Syawal yang menjelma tiba, aku ingin memohon maaf zahir dan batin kepada semua rakan-rakan (geng kayuh atau tidak). Manalah tahu kot-kot ada kesalahan yang tersirat.
Raya tahun ini aku balik Kelantan (raya rumah mak mertua..he he he sebab ikut turn). Bagi rakan-rakan yang balik kampung tu berhati-hati semasa memandu dan bertimbang rasa di jalan raya. Jangan lupa solat sunat Aidil Fitri. Selepas raya ni, kayuhan akan menjadi aktif balik persediaan untuk BM Jamboree.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

No comments:

Post a Comment