.

.
.

Sunday, August 9, 2009

Sampai jer kat Tmn Selasih (depan kedai cikgu), kami terus memasang jentera masing-masing. Kelihatan marshall (Rashid) menutup kepala dengan plastik, takut kena hujan..katanya demam.

Aku sempat jugak berposing, Shahidan tersengih kat belakang...hujan renyai-renyai sudah berhenti.


Sedang kami bertanya mana Azizi, Nizam dan Anuar....tiba-tiba ternampak Azizi..panjang umur


Sampai jer kat Tok Kun, sempat jugak tangkap gambar monyet "menyambut kedatangan kami semua"..

Nampaknya Rashid dan Jaafar sudah "surrender" tak larat nak kayuh sampai atas.


Ada satu "apek" bagi tau kat kami "lu punya kawan tunggu atas". Mungkin Shaidan, Azizi, Nizam dan Edi.

Aku sempat bergaya macam nak terbang, bila anak aku tengok gambar ni dia kata "muka abah macam Norman Hakim" he...he....he......kenapa tak percaya....sila perbesar gambar ni.


Jaafar "bersenam" walaupun tak sampai puncak (0.3 km saja) he he he action jer lebih.


Rashid melihat jenteranya yang jammed (bearing crankset) pecah. Boleh dijadikan alasan sebab tak boleh kayuh sampai atas. Edi suruh Rashid pi kedai dia (kedai cikgu) sebab dia nak repair.


Jaafar tak boleh nak cakap sebab letih.....


Kalau tengok dekat belakang baju aku selut penuh (dalam gambar tak nampak). Kayuh dalam hujan masa nak mai tadi.



Edi memperbaiki basikal Rashid. Aku sempat juga tidur atas kerusi, pukul 2.30pm baru siap.



Kayuhan kali ini 28.22 km.......



Sampai jer kat rumah, aku terus basuh basikal walaupun 7 speed. Maklumlah ini saja yang mampu beli....naik bukit bolehlah juga he...he....he...he....



Ni gambar anak aku, Along...nampaknya dia berminat nak joint aku kayuh...bolehlah asuh dari kecik..tak macam kita semua...macam kata Jamil Kedai Basikal..."dah senja baru nak kayuh"...













No comments:

Post a Comment