Pagi tadi 26 hb Jan 2013, satu kayuhan amal dianjurkan oleh IPD Seberang Perai Utara. Tujuan kayuhan adalah untuk mengutip dana bagi membina masjid di Gaza, Palestine.
Kayuhan bermula jam 8.00 pagi. Jarak kayuhan adalah 37 km. 100% road. Seperti biasa team aku yang joint ialah Nizam dan Arif. Kayuhan ini berkonsepkan funride. Apa yang
penting ialah dapat berjumpa kawan-kawan dan berkenal-kenalan antara satu sama lain.
Di sini aku tak maulah bercerita tentang Gaza, sebab semua dah tahu masalah Palestine, malah seluruh dunia pun tahu, tapi tiada tindakan yang dikenakan terhadap Israel.
Tahniah kepada penganjur kerana berjaya mengendalikan kayuhan amal ini dengan jayanya.
Seperti biasa, aku tidak boleh dipisahkan dengan kamera....Jom layan gambar-gambar yang aku upload dalam Facebook...PART ONE...dan PART TWO...serta PART LAST.
Sekian saja....malas nak cerita panjang...bye2....Assalamualaikum.
Berkayuh untuk kesihatan, melihat keindahan alam sambil beramal serta dapat berkenalan dan bukan untuk menunjuk-nunjuk.
.
.
Saturday, January 26, 2013
Monday, January 21, 2013
KAYUHAN AMAL ANJURAN SURAU KG. PDG. MEIHA.
Pada hari Ahad, 20hb Jan 2013 (sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah) satu kayuhan amal anjuran surau Kg. Padang Meiha, Kulim, Kedah. Kayuhan ini bertujuan untuk mengutip dana bagi mengisi tabung surau.
Aku, Apai, Rashid, Saiful dan anak dia joint kayuhan ini. Sambutan agak baik, lebih kurang 80 riders tanpa mengira fahaman politik sama-sama berkayuh. Ini merupakan kayuhan pertama aku ditahun 2013. Walaupun berkonsepkan "funride"....aku rasa tak larat, sebab lama tak kayuh. Jarak kayuhan lebih kurang 34km.
Di samping program kayuhan, penganjur juga adakan pertandingan mewarna utk kanak-kanak serta gotong-royong memasak oleh penduduk kampung. TAHNIAH.
Mai layan gambar-gambar yg aku upload dalam Facebook Bahagian Satu dan juga
Bahagian 2. Sekian jumpa lagi di lain event. Insyaallah.
Di samping program kayuhan, penganjur juga adakan pertandingan mewarna utk kanak-kanak serta gotong-royong memasak oleh penduduk kampung. TAHNIAH.
Mai layan gambar-gambar yg aku upload dalam Facebook Bahagian Satu dan juga
Bahagian 2. Sekian jumpa lagi di lain event. Insyaallah.
Tuesday, January 8, 2013
KAYUHAN DI PETANG HARI BERSAMA ANAK (Siaran Tertunda).
Assalamualaikum, lama aku tak updated aktiviti kayuhan dalam blog...so daripada dok saja. Aku kayuh petang bersama dengan anak aku. Kayuh cuma slow-slow jer, pusing kot area taman. Trek yang kami lalu ialah trek Sg. Kob Funride dan juga Kulim Jamboree 2012. Tak dak apa nak cerita, mailah layan gambar-gambar yang aku upload.
Posing tepi sungai..
Benteng ni baru jer siap.
Titi kecil yang dibuat oleh Abang Kamil Gerek Bukit semasa Kulim Jamboree 2012.
Anak aku kayuh, nasib baik tak jatuh.
Sekian saja dulu..jumpa lagi in next kayuhan...Insyaallah.
Saturday, December 29, 2012
KAYUHAN AMAL SURAU SURAU KG. MEIHA 2013.
Assalamualaikum, di sini aku cuma nak tolong promote satu Kayuhan Amal anjuran Surau Kampung Padang Meiha (Kulim). Untuk maklumat details bolehlah berhubung terus dengan penganjur iaitu :
Yusri bin Ahmed 019-4441888
Zaidi bin Ishak 019-4179667
Rostam bin Abd Rahim 013-4945770
Tarikh : 20 Januari 2013
Hari : Ahad (Hari Keputeraan Sultan Kedah)
Jarak : 33 Km
Tempat : Surau Ar-Rahman Kampung Meiha
Yuran : Rm15:00
Aku, Insyaallah joint, sebab dekat dengan taman perumahan yg aku tinggal sekarang ni. Kalau, tak silap aku rasa ini kali kedua anjuran Surau Kg. Meiha.
Jom kita pakat-pakat kayuh sambil beramal.
Refer blog http://kayuhamalpdgmeiha.blogspot.com
Thursday, December 20, 2012
JOM JOINT PERDA FUNRIDE & CHARITY
Assalamualaikum, sebenarnya aku dah lama tak updated blog ni. Dah bersawan dah...daripada tak ada apa aku tolong promote Perda Ride (Fun ride & Charity ride). Harap-harap penganjur tak marah nooo, promote tanpa kebenaran.
Atas ni borang penyertaan kayuhan...
Kayuhan ini juga adalah untuk mengutip dana Palestine, so jom mai ramai-ramai.
Detail boleh didapati dalam clik sebelah kanan blog aku dan juga Malaysia Cycling Events.
Sekian, jumpa di sana Insyaallah.
Atas ni borang penyertaan kayuhan...
Kayuhan ini juga adalah untuk mengutip dana Palestine, so jom mai ramai-ramai.
Detail boleh didapati dalam clik sebelah kanan blog aku dan juga Malaysia Cycling Events.
Sekian, jumpa di sana Insyaallah.
Friday, November 30, 2012
KAYUH NAIK BUKIT KERBAU BALAR...
Pada pagi Rabu, 28hb Dis...aku bersama Jaafar @ Apai berpakat nak kayuh ke Bukit Kerbau Balar. Almaklumlah team aku sekarang ni dah nampak "slow" balik. Apapun aku kayuh tetap kayuh.
Trek atau laluan ini memang terkenal dikalangan riders yang tinggal di sekitar Sg. Kob atau Karangan, kerana bukit yang tinggi dan landai. Trek ini juga menjadi salah satu laluan masa Sg. Kob Exploration Fun Ride baru-baru ini.
Batu penanda Kampung Kerbau Balar.
Inilan aku
Apai sedang mendaki bukit...
Jadi cukup kali ini, saja tiada cerita panjang, kami kayuh pun dalam 25km jer..setakat berpeluh sebagai mengamalkan cara hidup sihat...SEKIAN..jumpa lagi Insyaallah.
Saturday, November 17, 2012
SUNGAI KOB EXPLORATION FUN RIDE.
Pagi tadi 17hb November aku dan team aku GB @Kulim joint satu event yg dianjurkan oleh Kelab Gerek Bukit. Antara riders yg turun kali ini, aku, Aizuddin (anak aku), Idan dan anak dia, Nizam serta Arif. Jaafar dan Rashid ada masalah peribadi, so tak dapat joint.
Sungai Kob Exploration Fun Ride merupakan satu program kayuhan berkonsepkan fun ride dan riadah.
Kayuhan ini adalah lain dari yg lain dimana riders dikehendaki berkayuh...berkelah...makan dan sertai
permainan yg disediakan oleh penganjur.
Mengenai trek pulak amat sesuai utk semua riders dari beginner mahupun expert. Trek kayuhan meliputi kawasan ladang kelapa sawit, getah, hutan simpan dan kampung. Tiada checkpoint dan tiada had masa ditetapkan.
Sungai Kob Exploration Fun Ride merupakan satu program kayuhan berkonsepkan fun ride dan riadah.
Kayuhan ini adalah lain dari yg lain dimana riders dikehendaki berkayuh...berkelah...makan dan sertai
permainan yg disediakan oleh penganjur.
Mengenai trek pulak amat sesuai utk semua riders dari beginner mahupun expert. Trek kayuhan meliputi kawasan ladang kelapa sawit, getah, hutan simpan dan kampung. Tiada checkpoint dan tiada had masa ditetapkan.
Ustaz Yusni @ Abi Tuah...mc yg tak asing lagi...
Offroad yg pertama
Ni peloton laju..he..he..
Anak aku peloton depan sekali...seronok
Inilah yg dinamakan berkelah mandi di Ulu Paip
Yg ni best makan ala kampung
Antara riders yg dok menjamu selera
Game makan epal tergantung...
Pertandingan basikal perlahan...
Kayuhan kali ini memang enjoy, anak aku pun rasa seronok dengan aturcara yg disusun oleh penganjur..Tahniah Kelab Gerek Bukit.
Subscribe to:
Posts (Atom)














.jpg)