.

.
.

Sunday, September 2, 2012

KAYUH BENDANG 2012...KAYUH SANTAI JER.

Pagi tadi 1hb September aku joint Kayuh Bendang 2012. Team aku yang turun ialah Nizam, Apai, Mat Rashid, Idan, Pijun dan Ad Kassim. Yusaini, Zaidi dan Arif register tapi tak dapat kayuh sebab ada masalah peribadi. Seperti biasa, setiap kali jamboree target aku nak complete semua check point sambil tangkap gambar. 
Ini merupakan first jamboree selepas raya. Aku pulak berehat kayuh sepanjang bulan Ramadhan. Jadi penatlah kayuh hari ni.
Flag Off seperti biasa lebih kurang pukul 8.00am, doa sebelum kayuh dibaca oleh Man Gerek dari Desa Aman Bikers, sahabat baik aku. Sebaik saja dilepaskan, riders yang power-power terus memecut. Aku dan team kayuh santai jer. Sampai disatu selekoh, ada riders tersilap jalan mungkin tidak ada marshall yang tunggu kat persimpangan atau riders tak nampak signboard. Disebabkan tersesat, ada beberapa riders yang aku kenal patah balik dan enggan meneruskan kayuhan...no comment.
Trek kali ini agak pendek jika dibandingkan dengan tahun lepas, lebih kurang 48km (tapi meter aku menunjukkan 53km), apapun aku kayuh jer. Nizam, Apai, Mat Rashid, Idan, Pijun dan Ad Kassim kayuh tak mau-mau, aku jumpa semuanya dah sampai. Depa-depa ni dapat ranking bagus daripada aku...hu..hu..tapi aku kayuh tak penting ranking janji completed jer.
Tahniah kepada Nizam sebab dapat lucky draw Beras Jati..dan second prize lucky draw dapat kat Arif iaitu basikal Trek Wahoo 29er bernilai lebih daripada RM2K....dah rezeki dia.




OKlah, cukuplah cerita kali ini, secara keseluruhan tahniah kepada penganjur, ada sikit-sikit tu biasalah sebab setiap penganjur sudah pasti akan buat yang terbaik.
Mai layan gambar yang aku upload dalam FB PART A dan PART B.

No comments:

Post a Comment