.

.
.

Sunday, July 1, 2012

SELESAI SUDAH KULIM MTB JAMBOREE 2012.

Assalamualaikum, akhirnya selesai sudah Kulim Jamboree 2012. Sebagaimana yang diketahui, ada 2 kategori yang dianjurkan oleh penganjur iaitu EXPERT/RACE dan FUNRIDE/JUNIOR. Bagi aku kategori EXPERT memang mencabar dan "teruk". Almaklumlah, hadiah wang tunai agak lumayan RM1000.00 bagi juara. Wanita dan junior jugak diberi hadiah wang tunai. Bagi aku, jamboree kali ini adalah 5 STAR. Penyediaan khemah, podium, stage, tandas serta makanan adalah terbaik untuk keselesaan riders.
Walaupun ada finisher yang dibatalkan kemenangan mereka, itu adalah kesilapan sendiri sebab tidak prihatin syarat-syarat yang ditetapkan oleh penganjur.
Disini aku tulis cakap-cakap belakang riders (kira complaint lah tu) antaranya pasal no extra goodies, lucky draw tak banyak, ranking tak betul, air minuman tak ada masa lunch, celoteh pengacara @ DJ yang terlalu banyak cakap dan masa yang agak lama majlis untuk tamat. Bagi aku itu semua adalah perkara biasa mana-mana jamboree, tiada yang perfect dan BUKAN SENANG NAK MEMUASKAN HATI SEMUA ORANG apa yang penting sudah pasti setiap penganjur akan membuat yang TERBAIK.
Aku bertindak sebagai Marshall dalam jamboree kali ini, kayuh sambil ambik gambar dan "pasang telinga"...he..he...sorry. Sekali lagi tahniah dari aku buat penganjur Danish Adventure Event Management Team.


Juara kategori wanita..
Juara kategori lelaki


Sebagai wakil bagi pihak penganjur, aku memohon ampun dan maaf sekiranya ada kesilapan dan kekeliruan yang timbul, jumpa lagi tahun depan Insyaallah. Mai layan gambar corat-coret Kulim Jamboree 2012 yang aku link dengan Facebook aku...Link 1 , Link 2 dan Link 3. Bye..bye...

No comments:

Post a Comment