Bersama ini saya sertakan beberapa photo gambar keadaan SRINPEK Sg Ular, Kulim, KEDAH. ketika dilanda banjir semalam (17/5/2011) buat IKTIBAR kita semua.
Hujan lebat yang bermula dari jam 1.15 petang dan berlarutan sehingga jam 3.30 petang telah membawa air hujan yang cukup banyak dan deras melalui Sungai Ular (di hadapan sekolah).
Air banjir mula memasuki kawasan sekolah dari jam 3.30 – 4.30 petang.
Ikut catatan PIBG…. Banjir yang sama pernah berlaku pada tahun 2009 (agak teruk daripada tahun ini)
Tahun 2010, ada juga limpahan air sungai… tapi tidak seburuk kali ini.
Insya-Allah, daripada pandangan teknikal…. Kawasan sekolah kita masih SELAMAT.
Banjir yang melanda ini berlaku apabila SUNGAI ULAR tidak mampu menampung jumlah aliran dan arus air dalam kuantiti yang banyak dan cukup deras.
Kerana itu, air akan melimpah keluar sehingga memasuki kawasan sekolah (terutamanya bangunan lama dan kantin).
Sehubungan dengan itu, sebagai langkah PENCEGAHAN beberapa tindakan akan diambil:
1- Untuk semua bilik darjah dan bilik guru di bangunan lama, kita akan TINGGIkan lantai beberapa inci bagi mengelakkan air memasuki bilik darjah. Kerja-kerja ini akan dilakukan berperingkat-peringkat
2- Membuat sistem PERPARITAN / menambah kedalaman sistem perparitan di sekeliling kawasan sekolah supaya aliran air sungai yang melimpah ini tidak memasuki kawasan sekolah dalam jumlah yang banyak
3- Sekiranya BANJIR ini berlaku sewaktu sesi persekolahan (seperti tahun 2009), pihak Sekolah akan bersedia dengan tindakan awal di antaranya:
- Menempatkan semua pelajar ke kawasan tinggi (SURAU adalah tempat berkumpul yang terbaik)
- Menghubungi pasukan keselamatan (BOMBA dan JPA3). Nombor telah dibekalkan kepada pentadbir sekolah
Mudah-mudahan apabila keseluruhan bangunan SRINPEK dapat disiapkan, Insya-Allah, kita akan membina sistem perparitan dan pengaliran yang lebih baik dan berkesan.
KESELAMATAN DAN KESELESAAN pelajar dan guru SRINPEK tetap menjadi keutamaan.
Wallahu a’lam.
catatan,
YDP PIBG
No comments:
Post a Comment