.

.
.

Tuesday, February 15, 2011

Sambutan Maulidur Rasul kat Taman Mutiara, Sg. Kob.

Amalan menyambut Maulidur Rasul telah sebati dalam kehidupan orang Melayu. Ia merupakan salah satu budaya yang terterap dalam kehidupan masyarakat hasil daripada pengaruh Islam. Aku tidak berhasrat untuk membicarakan persoalan perbezaan dan perdebatan hukum tentang perarakan seperti itu. Aku kira hal ini setiap tahun akan menjadi polemik dan kerap dijadikan bahan perdebatan yang akhirnya menjadi medan memperlekeh antara satu sama lain atau lebih buruk, menyemai titik kebencian di antara satu sama lain.

So, pagi tadi aku joint dengan penduduk taman gotong-royong dan menyertai perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul. Jom layan gambar-gambar.....yang aku snap..Kensel sat program kayuhan....

Masak gulai kawah


Kaum-kaum bapak dok sibuk potong bawang


Aku potong tomato nak buat "ayaq asam"..


Ambik gambar.....sebelah aku ialah Fendi Gerek Bukit @ Danish Event

Berkumpul sebelum memulakan perarakan...




Terima kasih pasukan keselematan yang menjaga traffik...






Siapa tak kenai pasangan doktor ni ....Dr. Sobri dan Dr. Zai...pemilik Poliklinik Mutiara Bakti..






Anak aku juga tak terlepas perarakan ni...





Rasulullah saw diutuskan oleh Allah ke dunia ni untuk memimpin umat manusia ke jalan yang selamat di dunia dan akhirat… Kita kena sentiasa ingat bahwa Baginda Rasul adalah rahmat yang tak ternilai harganya untuk kita dan sekelian alam sebagaimana Allah ada menyebut di didalam surah Al-Anbiya ayat 107 ’ Dan tidaklah kami utuskan engkau wahai Muhammad melainkan sebagai rahmat untuk sekelian alam’

Moga kita semua peroleh syafaat Baginda di akhirat kelak. Amin..

1 comment:

  1. salam...saya pun ada post pasa i Maulud taman mutiara ni di dalam blog saya maidaribendang.blogspot.com Sila berkunjung...trima kasih...

    ReplyDelete