.

.
.

Monday, February 17, 2014

LAYAN BUKIT DEKAT ULU PAIP.

Hari ni Ahad 16 Feb, pada mulanya aku nak joint kayuhan trek Kulim Jamboree 2013 dengan team Happy Ride Kulim @ HRK tetapi tak jadi sebab ada sedikit masalah teknikal dan masa kayuhan.
Sepeti biasa teman setia kayuhan aku ialah bro Jaafar Sedik @ Apai. Kami start kayuhan agak lambat, iaitu 9.00 am sebab basikal Jaafar tiub dia rosak dan basikal aku pulak shifter jammed.
Trek yang kami lalui ialah Ulu Paip dan Bukit Y. Apapun janji kayuh...dan keluar peluh....


Sampai kat Ulu Paip..terus posing...

 Dok repair tayar bocor..


 Ni signboard baru...sebelum ni tak ada..


 Apai rasa sakit belakang..ha..ha...
Pemandangan bukit kat Ulu Paip...
Sekian dulu...terima kasih.

Thursday, February 6, 2014

LAYAN 3 BUKIT AREA SG. KOB.

Hari ni Rabu 5hb Feb, aku cuti lagi sempena CNY. Biasalah kerja kilang banyak hari shutdown disebabkan oleh "output low". Orang yang selalu kayuh dengan aku ialah tak lain dan tak bukan JAAFAR SEDIK, geng-geng lain semuanya dah gantung basikal.
Kami start kayuh agak lambat sikit iaitu 9.00am sebab musim sejuk (19 Celcius). Bukit yang mula-mula ialah Trek Muka Balak, pastu naik Bukit Durian dan akhir sekali Bukit "Larangan". Nama "larangan" sebab tokeh Cina, owner bukit tersebut marah kami naik ke bukit tersebut, takut kami kacau pembinaan rumah ibadat mereka..hu..hu...Mai lah layan gambar-gambar yang aku snap.











Sekian saja, Insyaallah jumpa lagi...

Sunday, February 2, 2014

LAYAN ANAK KAYUH SEBELUM BALIK ASRAMA

01 Feb, 2014 sempena cuti Tahun Baru Cina anak ajak kayuh, layan road dan offroad. Kayuh area dekat jer. Taman Mutiara, Sungai Kob, Padang Limau dan Batu Putih (satu pusingan). Kayuh cuma seronok-seronok jer bagi keluar peluh. Anak aku jarang-jarang kayuh sebab sekolah, lebih-lebih lagi dok asrama kat Balik Pulau.

Laju dok depan....semangat

Climbing sikit


Muhammad Arif Aizuddin bin Mohd Tarmizi




Dah nak balik rumah....kemas barang-barang sebab esok nak balik asrama...
Jumpa lagi..Insyaallah

Tuesday, January 28, 2014

SG. KOB-KARANGAN-LABU BESAR-PADANG MEIHA-DESA AMAN (KAYUH SANTAI)

26hb Jan 2014, aku dah Jaafar (teman setia kayuhan) layan road. Kami start kayuh pukul 8.45 pagi bermula kat Petronas Taman Mutiara (Sg. Kob). Target kayuhan adalah lebih kurang 40km ++ jer. Kayuh jauh-jauh takut tak larat pulak. Kami kayuh santai tapi berpeluhlah jugak. Gambar yang aku snap cuma 2 keping aje sebab kayuhan non stop...he..he...




Sekian saja, jumpa lagi..Insyaallah..

LAMA TAK UPDATE BLOG....DAH BERSAWANG...

Assalamualaikum semua, aku rasa dah lama tak update blog sebab zaman lanie Facebook dan Twitter yang famous. Aku bila kayuh, upload gambar dalam FB jer...malas nak upload dalam blog. Sebelum FB ada blog aku merupakan antara yang paling ramai dilawati tapi sekarang dah kurang. Walau apapun aku akan tetap setia dengan blog ini...Sesiapa nak tau jamboree atau event sebelah utara ni bolehlah buka blog aku ni. Sambil click sama iklan-iklan tu ye....


Nanti aku update lah aktiviti akau yang terbaru...tunggu...Wassalam.

Saturday, October 12, 2013

ANAK AJAK JOGGING NAIK TOKKUN.

As salam, pagi tadi 12hb Okt aku nak joint test trek Kulim MTB Jamboree 2013 tetapi terpaksa dibatalkan sebab anak-anak aku (Achik dan Adik) nak "merasa" naik Tokkun. Al-maklumlah, bila pi BM jer depa selalu dok tanya bila abah nak bawak naik atas...nak pegang pintu pagar pencawang. Mau tak mau terpaksa bawa depa jugak. Tak apalah kayuh ajerlah masa Jamboree nanti....
Bersemangat anak-anak termasuk juga isteriku....mai layan gambar-gambar...

Bersemangat...awai lagi...


Wife dah nampak kepenatan

Jumpa kayu buat tongkat


Si Adik sakit kaki...kena urut dulu



Macam MIB




Achik...seronok jungle tracking walaupun sekejap


Ulat gonggok


RnR atas bukit


 Akhirnya berjaya sampai ke puncak






Tahniah kepada my wife dan anak-anak.

Masa nak turun ni..

Sedikit jungle tracking

On the way nak balik rumah...pekena nasi @ lunch kat Restoran Mutiara Junjung....
Clear....Sekian jumpa lagi Insyaallah.