.

.
.

Sunday, November 23, 2014

TERLAKSANA SATU TANGGUNGJAWAB WALAUPUN KECIL...

Assalamualaikum, pagi tadi 11.23.2014  satu kayuhan amal diadakan untuk mengutip dana/sumbangan salah seorang rider yang meninggal semasa kayuhan CLASSIC RIDE iaitu arwah Kimi @ Mohd Khoiri.
Kayuhan ini dianjurkan oleh riders dari Padang Serai...Suhaimi, Mazhan, Jeffre Ramli, Man Gerek dan ramai lagi. Walaupun aku tidak berkesempatan nak joint kayuhan tapi aku bersyukur dapat hadir.
Sesungguhnya berkayuh juga kita boleh beramal dan mencari keredhaan Allah, yang penting kita ikhlas. Aku tidak mahu menceritakan mengenai arwah, cukup dinyatakan arwah adalah rakan kayuhan. Apa yang nak ditekankan disini...berkayuh boleh merapatkan silaturrahim dan tolong monolong sesama kita.
Ini pernah terjadi di dalam hidup aku, ramai riders membantu aku ketika aku menghadapi saat sukar.
Sekian terima kasih dan kupohon maaf sekiranya ada salah dan silap.....


Banner kayuhan ...



Sebahagian daripada riders yang joint...


No comments:

Post a Comment