.

.
.

Monday, September 30, 2013

KAYUH DALAM RUMAH...KAT LUAR HUJAN.


Assalamualaikum,
Sejak dua tiga hari asyik hujan jer...rahmat Allah turun. Jadi segala aktiviti kayuhan aku menjadi slow sikit. Walaupun ramai riders yang kayuh jugak dalam keadaan hujan turun.
Sebagai aktiviti nak mengeluarkan peluh aku kayuh jugak tapi dalam rumah aja..he..he.
Sekian...

Tuesday, September 17, 2013

KAYUHAN MTB - KULIM ke BKT MERAH...DONE 155KM.

As salam, 16 Sept Pak Long Din dari Happy Ride menganjurkan satu kayuhan dari Kulim ke Bukit Merah (2 ways). Aku bersama lebih kurang 60 riders joint. Nizam, Add Kassin dan Arif tarik diri di saat akhir, so aku sorang ajerlah dari team GB @Kulim yg. kayuh. Aku tau kayuhan kali ini amat mencabar minda bagi aku, dah jarang-jarang kayuh dan pertama kali kayuh melebihi 100km.
Start kayuhan di depan JPJ Kulim jam 8.00pm. Masa kayuhan aku antara riders yang paling last sekali..he..he nasib baik marshall yang tolong tarik aku. Pi pon sama bali pon sama, semuanya kena mintak bantuan marshall. Sampai ke Bukit Merah Lake Town Resort lebih kurang 12.30 pm. Masa naik bukit nak ke Lake Town amat-amat memeritkan, tolak ajelah..ha..ha.
Aku tak mau cerita panjang, yang pasti aku terlalu letih untuk menghabiskan kayuhan ini. Selamat sampai kat Kulim 6.30pm..terpaksa solat Asar kat Masjid Sg. Ular dulu sebelum balik rumah.. Gambar banyak dlm aku punya FB...
Sekian.