.

.
.

Sunday, June 30, 2013

KAYUHAN UKHWAH ANJURAN HAPPY TO RIDE KULIM (PakLong Din and Gang).

Pagi tadi Ahad 30hb Jun, aku memang ambik cuti sebab nak joint Kayuhan Ukhwah anjuran HRK. Orang kita dalam kayuhan ini ialah Pak Long Din Sarif. Kami start kayuh jam 8.45am (lebih kurang) dan diiringi bacaan doa sebelum berlepas. Antara team yang joint ialah Tebuan Riderz, TGR dan individu-individu pengayuh tegar. Walaupun jarak kayuhan lebih kurang 20km lebih, tapi semuanya puas. Banyak bukit yang kami lalui, ada boleh kayuh dan ada yang kena tolak...memang adat dalam MTB ni.
Mai layan gambar-gambar yang diupload..



Ni dia Pak Long Din..orang kuat HRK..








Akhir kata tahniah kepada penganjur, siap bagi 100plus kat check point, sediakan jamuan makan lepas kayuh dan juga hadiah lucky draw. Banyak gambar dalam Facebook 1 dan Facebook 2 serta Facebook HRK.. Sekian, jumpa lagi Insyaallah.


Saturday, June 22, 2013

TERJAH CP 2 (TREK BALAK) DI PAGI JUMAAT.

Pagi tadi Jumaat 21 June bersamaan 12 Syaaban...aku, Rashid dan Apai memang telah merancang nak kayuh. Trek yang dilalui seperti biasa ler....he..he. Kami start agak lewat iaitu jam 9.15am, pasai apa lewat...he..he.
Kayuhan kali ini aku rasa dah tak larat, mungkin sebab jarang kayuh atau faktor usia yang lebih 40 tahun..hu..hu. Apai kayuh memang power, dari dulu lagi, manakala Rashig ada peningkatan dalam kayuhan kali ini. Apapun tahniah buat kami semua. Mai ler layan gambar-gambar yang aku snap.


Apai memang power...



Berada di puncak atau muka trek balak...



Hensem lagi aku ni..he...he.
Sekian saja kali ini, jumpa lagi Insyaallah..

Saturday, June 8, 2013

ZIARAH SAHABAT/KAWAN/RIDER YANG SAKIT (MAN GEREK).

Assalamualaikum, lama tak update blog ni..hu.hu.
Kekawan pada hari Jumaat 7 June, aku dan Idan meluangkan masa untuk menziarahi sahabat/kawan/rider yang selalu berkayuh sama-sama..iaitu Man Gerek Abdullah. . Beliau terjatuh selepas ambil wuduk di Masjid  Kg. Raba (perkampungan orang asli) menyebabkan " Shoulder Dislocation". Nampaknya kena gantung basikal sebulan dua kot.
Aku kenal Man Gerek ni, semasa Geng Desa Aman Riderz buat funride dulu-dulu. Apapun semuga bro Man Gerek tabah menghadapi ujian ini dan cepat sembuh. Insyaallah.