.

.
.

Friday, November 30, 2012

KAYUH NAIK BUKIT KERBAU BALAR...

Pada pagi Rabu, 28hb Dis...aku bersama Jaafar @ Apai berpakat nak kayuh ke Bukit Kerbau Balar. Almaklumlah team aku sekarang ni dah nampak "slow" balik. Apapun aku kayuh tetap kayuh. 
Trek atau laluan ini memang terkenal dikalangan riders yang tinggal di sekitar Sg. Kob atau Karangan, kerana bukit yang tinggi dan landai. Trek ini juga menjadi salah satu laluan masa Sg. Kob Exploration Fun Ride baru-baru ini.


Batu penanda Kampung Kerbau Balar.


Inilan aku
 Apai sedang mendaki bukit...


Jadi cukup kali ini, saja tiada cerita panjang, kami kayuh pun dalam 25km jer..setakat berpeluh sebagai mengamalkan cara hidup sihat...SEKIAN..jumpa lagi Insyaallah.

Saturday, November 17, 2012

SUNGAI KOB EXPLORATION FUN RIDE.

Pagi tadi 17hb November aku dan team aku GB @Kulim joint satu event yg dianjurkan oleh Kelab Gerek Bukit. Antara riders yg turun kali ini, aku, Aizuddin (anak aku), Idan dan anak dia, Nizam serta Arif. Jaafar dan Rashid ada masalah peribadi, so tak dapat joint.
Sungai Kob Exploration Fun Ride merupakan satu program kayuhan berkonsepkan fun ride dan riadah. 
Kayuhan ini adalah lain dari yg lain dimana riders dikehendaki berkayuh...berkelah...makan dan sertai
permainan yg disediakan oleh penganjur.

Mengenai trek pulak amat sesuai utk semua riders dari beginner mahupun expert. Trek kayuhan meliputi kawasan ladang kelapa sawit, getah, hutan simpan dan kampung. Tiada checkpoint dan tiada had masa ditetapkan.



 Ustaz Yusni @ Abi Tuah...mc yg tak asing lagi...


Offroad yg pertama
 Ni peloton laju..he..he..

 Anak aku peloton depan sekali...seronok



 Inilah yg dinamakan berkelah mandi di Ulu Paip


 Yg ni best makan ala kampung

 Antara riders yg dok menjamu selera

 Game makan epal tergantung...

Pertandingan basikal perlahan...


Kayuhan kali ini memang enjoy, anak aku pun rasa seronok dengan aturcara yg disusun oleh penganjur..Tahniah Kelab Gerek Bukit.

Mai layan gambar lagi di Facebook part A dan juga part B. Jumpa lagi....Insyaallah.

Friday, November 2, 2012

UNTUK TATAPAN-Just copy & paste dari rakan.

Salam Aidiladha buat sahabat semua.. 

Alhamdulillah.. Kelmarin (28/12/12) bersama rakan2 dr WargaKilang.com mengadakan Majlis Korban di Kampong Kechewa Batu Kurau, Perak.. Kemudian daging2 diagihkan keapda fakir miskin yang terdapat dikawansan Batu Kurau & Selama. Terima kasih kepada Saudara Tarmizi, Ustaz Ikmal bersama Ust Firdaus sebagai juruiring kepada rakan dr WK.com bagi mengagihkan daging korban yg diwakilkan kepada pihak WK.com.. Gambar2 dibawah menyatakan betapa masih terdapat insan2 yg masih dibawah kepompong kemiskinan yg mungkin terlepas pandang oleh pihak2 yg berwajib... Atas dasar sesama Islam kami di WK.com mendekati insan2 malang ini tanpa mengira latarbelakang politiknya.. Ini adalah sebahagian saja yg dapat dikunjungi oleh pihak WK.com... Mungkin ada lagi yg lebih memerlukan tp apakan daya.. Hanya ini yg dapat kami kunjungi... 



6 beranak didalam satu pondok yg usang.. Bila2 masa boleh roboh & membahayakan nyawa mereka... 



Dihadapan rumah seorang penghuni yg daif..Hanya berlantaikan tanah...Lihat luarannya saja boleh digambarkan dalamnya.. 



Masih ada yg menggunakan dapur zaman primitif ini???? 



Berehat sebentar menikmati hidangan korban sebelum bergerak ke Selama Perak.. 



Tulisannya sudah menggambarkan betapa kecewanya penduduk di situ... 



Laluan kesalah satu rumah di Selama... Lihat rumah di belakang rumah usang ini... 
Terdapat deretan rumah mewah dihadapan jalannya... 
Tetapi realiti penghuni di belakangnya...Siapa yg tahu?????? 



6 beradik Anak Yatim Piatu di Selama...Dipelihara oleh bapa saudara yg menghidap penyakit 3 serangkai bersama 6 anak beliau & ibu beliau... 
Ibu bapa anak malang ini terlibat kemalangan pada 2008. Salah seorang anaknya terselamat semasa kemalangan tersebut (bertudung meroon) 


Di kampong Parit Rambutan 




Rumah yg berdindingkan batang bemban & berlantaikan batang pinang.. 
Masih ada rumah yg sebegini yg layak digelar pondok menunggu durian... 


Destinasi terakhir dengan titisan air mata apabila menyaksikan masih ada saudara seIslam yg menghuni kediaman seperti ini... 
Keseluruhannya ditutupi dengan tikar getah.... Atas ehsan seorg penduduk yg memberikan sedikit ruang ditanahnya utk dijadikan tempat berteduh.. 



Sanggupkah kita utk tinggal ditempat ini?????? 


Nota: 

Wargakilang.com akan mengadakan xtvt Jalan-jalan Masuk Sekolah (JJMS) pada bulan 12 di kawasan Selama & Batu Kurau, Perak bagi membantu anak2 fakir miskin yg akan memasuki alam persekolahan pada awal Januari 2013. Bagi rakan2 yg ingin menyertai xtvt @ memberi sumbangan berbentuk pakaian sekolah (lelaki& perempuan), peralatan sekolah dll boleh berhubung dengan saya utk disampaikan kepada Setiausaha NGO Wargakilang... 

Maklumat lanjut akan disampaikan dalam waktu terdekat selepas mesyuarat oleh pihak WK.com. 

Bagi rakan yg ingin menyertai bagi menyambut kedatangan kumpulan NGO WargaKilang kekawasan tumpuan boleh berhubung dengan saya utk ditetapkan tempat berkumpul bagi menyertai xtvt bersama NGO WK.com.. 



Thanks and Regards

Mohd Faizal Hj. Zainol
Engineering Department
SILVERSTONE BERHAD
Kamunting, Perak Darul Ridzuan
Tel: 605-820 0800 / Fax: 605-820 0823
Ext : 1936 / Speed Dial : *400
H/p : 019-555 6412
Email add:  mfaizal@silverstone.com.my
URL :  
www.silverstone.com.my