.

.
.

Thursday, March 22, 2012

Naik bukit dan terjun sungai.

Kelmarin pagi, aku, Apai serta Rashid plan nak kayuh trek air terjun Sg. Ular tetapi aku masih lagi selsema dan Apai pula tak berapa nak larat....so keputusan yg diambil, kayuh trek dekat-dekat jer....hu..hu...

Rashid sorang jer "power", so naik bukit terus tinggal kami.

Kayuh sikit jer dah penat....jangan paksa.


He...he....tolak jangan tak tolak....

Turun bukit, terus terjah anak sungai...

Apa lagi terus main ayaqlah bro...

Apai, seronok main ayaq....


Nak tangkap ikan ke bro?



Rashid, bila kayuh jer bawa bekal nasi lemak....



Sekian saja, kayuhan cuma beberapa km jer, tapi peluh tetap keluar....
Tunggu our next event.....

Wednesday, March 21, 2012

Ustaz Azhar Idrus...satu harapan.

Pada hari Ahad 18hb Mac, 2012 ( 25 R'Akhir 1433H) selepas solat Maghrib ribuan jemaah "menerjah" Pondok Islahiah, Sg. Karangan (pondok TG Hj Adnan Majid). Malam tersebut satu program soal-jawab bersama pendakwah bebas yg terkenal USTAZ AZHAR IDRUS dari Terengganu (negeri kelahiran aku). Walaupun UAI tidak dapat memberi hidayah, sekurang-kurangnya UAI berjaya menarik minat golongan muda-mudi, belia dan remaja mendekatkan diri kepada agama.
Walaupun begitu ada golongan-golongan tertentu "membenci" UAI. Biasalah, dalam hal berdakwah, nabi SAW sendiri pon di dibenci dan dicemuh oleh masyarakat Arab. Satu nasihat terhadap golongan-golongan tersebut, buatlah program agama yg dapat menghimpun ribuan umat macam ni....jangan ada perasaan dengki dan irihati....

Jemaah bersabar menunggu UAI memberi kuliah..


Kelihatan ribuan manusia yang dahagakan ilmu agama...



Ustaz Azhar Idrus sedang menjawab soalan yg diajukan kpd beliau...

Selesai sahaja majlis, ribuan manusia dan bersalam dgn beliau..

Jamuan ringan yg disediakan oleh TG Hj Adnan..
Alhamdulillah, jumlah kutipan derma RM33450.00 untuk pembangunan pondok.

Sempat juga aku bergambar dengan beliau...walaupun tidak memberi apa-apa kelebihan, mungkin sekadar membanyakkan koleksi aku saja. Sekian saja...TAKBIR...


Sunday, March 18, 2012

Kayuhan Amal untuk Gaza, Palestine.

As salam, pada 17hb Mac, 2012 satu kayuhan amal untuk Gaza, Palestine anjuran UniKL dan NGO Bakun. Lebih kurang 350 riders yg joint kayuhan ini. Tujuan untuk mengumpul dana bagi pembinaan hospital di Gaza. Di sini aku cerita mengenai Gaza.

Genting Gaza juga dikenali sebagai Semenanjung Gaza (Bahasa Arab: قطاع غزة‎ Qiṭāʿ Ġazza/Qita' Ghazzah,Bahasa Ibrani: רצועת עזה Retzu'at 'Azza) adalah sebuah genting berpantai di sepanjang Laut Medditeranean yang ditadbir oleh Hamas. Ia bersempadankan Mesir di sebelah barat daya dan Israel di sebelah timur dan utara. Panjangnya kira-kira 41 kilometer (25 batu), dan di antara 6 dan 12 kilometer (4–7.5 mi) lebar dengan satu keluasan berjumlah 360 kilometer persegi (139 batu persegi). Kawasan ini tidak diiktiraf pada peringkat antarabangsa sebagai sebahagian daripada negara berdaulat tetapi ia dituntut oleh Pihak Berkuasa Palestinsebagai sebahagian dariWilayah Palestin. Semenjak Jun 2007 selepas pertempuran Gaza, kawasan ini sebenarnya dikuasai oleh kerajaan de facto Hamas.

Wilayah ini mengambil nama sempena nama bandaraya utamanya iaitu Gaza. Ia mempunyai kira-kira 1.4 juta penduduk berketurunan Arab Palestin (atau orang Gaza).


Banner tentang kayuhan....

Nizam dan Zizan. both of them from Intel.

Pakcik orang kuat support " Palestine"....

Megat....salah seorang daripada penganjur...

Aku bersama penganjur..

Kayuh jangan tak kayuh...




Sampai ke Ulu Paip..

Geng-geng fixie..


Bersama riders Padang Serai.

Hidup..Palestine...

Penceramah jemputan dari Arab....tazkirah mengenai Palestine..

Bergambar beramai-ramai.....Untuk makluman, salah seorang aktivis Palestine Ustaz Awalluddin dari Johor telah kembali kerahmatullah sesama program ini diadakan. Al-Fatihah, semuga Allah mencucuri rahmah keatas roh beliau.

Tahniah kepada penganjur, walaupun ada sedikit kekeliruan...semuga kayuhan kali ini semua mendapat pahala daripada Allah. Banyak gambar aku upload dalam Facebook. Sekian, wassalam.


Tuesday, March 13, 2012

Kayuh Santai di Birut Jamboree 2012.

Alhamdulillah, berakhir sudah Birut Jamboree 2012 di Pinang Tunggal, Sg. Petani. Kayuhan kali ini, GengBasikal @Kulim hantar wakil 3 riders, tapi yg turun cuma 2 saja, aku dgn Nizam. Seperti biasa setiap kali jamboree, target aku cuma nak completed semua check point jer. Masa nak flag off aku duduk belakang sekali. Memang setiap kali jamboree, aku jumpa ramai riders, ada yg aku kenal dan ada juga riders yg kenal aku tapi aku tak "beberapa" nak kenal riders tersebut...minta maaf sebab memory aku tak boleh download semua....

He...he...awek 1st CP....

Shidee from Conti Riders


Ustaz Raja dan Abg Pudin from Jitra...



Man Gerek from Desa Aman Bikerz

Geng One Star MTB, masa kat CP pisang

Aku memang kayuh santai....

Cikgu Din kepenatan....top up ayaq dari botol aku....


Last CP atas bukit Birut...

Pemandangan dari atas bukit Birut

Suasana di dalam khemah, tunggu cabutan bertuah..

Jersey kuning tu Beskal Muda (nama sebenar aku tak ingat)....

Saiful Vios and team..

Desa Aman Bikerz

Sumi....


He..he..medal...rank yg 752 (kira ok lah tu)...
Secara keseluruhan trek adalah ok, hampir 95% boleh kayuh...marshall juga agak ramah. Tapi water station (refill) tu agak kurang, kalu boleh ada banyak tempat sikit, ramai riders tak cukup air terutama masa nak kayuh naik bukit Birut....satu lagi bagilah 100plus satu tin....berbaloilah kami bayar RM50....Makan tengahari kira ok jugak, tapi ramai riders sembang lauk cuma satu mata ajer ker....gulai daging.
Ada riders yg sesat, naik bukit yg sama sampai 2 kali dan yg paling tak syok sekali riders shortcut tapi dpt semua sticker CP. Tak completed semua CP pon dpt ranking jugak..hu..hu..harap-harap penganjur ambil perhatian...Apapun aku enjoy kayuhan kali ini...banyak gambar-gambar aku upload dlm Facebook. Silalah layan Part 1 and Part 2. SEKIAN..