.

.
.

Monday, February 27, 2012

KULIM MTB Jamboree 2012 ditunda ke 30/06/2012.

ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera, adalah dimaklumkan bahawa Kulim Mountain Bike Jamboree 2012 telah ditunda ke tarikh 30hb Jun 2012. Ini disebabkan oleh masalah teknikal yang tak dapat dielakkan. Sekiranya ada sebarang pertanyaan sila hubungi penganjur...
Selamat berkayuh dan pendaftaran terus dibuka sehingga 3hb Mei, 2012.
Sekian terima kasih.

Monday, February 20, 2012

THOUSAND HEARTS CHARITY RIDE @ AUTO CITY, JURU.

19hb Feb, 2012 pihak LP MTB dan JCI Kulim telah mengadakan satu kayuhan amal diberi nama Thousand Hearts Charity Ride. Kayuhan bermula di Auto City~Stadium Batu Kawan~Auto City. Jarak kayuhan lebih kurang 50km....Ahli GengBasikal @Kulim yang joint ialah aku, Rashid, Jaafar dan Nizam. Aku bertolak awal dari rumah, solat Subuh kat Surau Seberang Jaya. Aku ingat kami awal, rupa-rupanya tidak, sampai jer parking hampir penuh....
Charity Ride ini, memberi bantuan kepada 50 keluarga yang miskin...tahniah kepada penganjur kerana membuat kayuhan amal seperti ini...

Bila sampai jer Rashid tiba-tiba terus bersemangat....

Aku dan Jaafar...

Suasana kat starting point







Belakang tu Pon from Hawk MTB...

Aku rasa sedikit kekesalan, bila penganjur memberi taklimat 100% dalam bahasa Cina, perlu ingat bukan sahaja kaum Cina yang joint...kaum Melayu pon ramai jugak joint....sepatutnya penganjur peka dalam soal ini...

Nizam, sampai agak lambat tapi sempat sampai sebelum "pelepasan"...

Kayuhan bermula...



Silap jalan...mana marshall ni...


Aku dah sampai kat finish line dah..


Nizam dan Rashid.....angkat tangan tanda puas kayuh, dia pi sampai Stadium Batu Kawan. Aku dengan Jaafar sesat terus sampai Auto City....Secara keseluruhannya kira OK lah..sebagai fun ride with free registration....and get free T Shirt lagi...
Banyak gambar aku upload dalam my Facebook......Sekian.

Monday, February 13, 2012

Terjah Tokkun @ BM Hill lagi bersama Idan.

Pagi tadi Isnin, 13hb Feb..aku dan Idan kayuh ke Tokkun. Pada awalnya Rashid, Apai dan Add Kassim nak joint sama...tapi dot..dot (biasalah memang dah tau perangai geng-geng aku ni)..
Last minute, semua ada hal-hal masing-masing pulak. Apapun, kayuh tetap kayuh......Aku pulak naik Tokkun buat kali kedua....

Idan, nampak bersemangat....

Kami start mendaki jam 8.53am....


Pendakian bermula..
Muka hensem masih lagi fresh...

Sampai CP yg ke berapa ya???? sudah lupa, Idan....nak tidoq...


Jumpa geng riders from Bukit Minyak...


Makhluk ciptaan Illahi....

Keindahan alam ciptaan Allah, nampak tasik Mengkuang Dam...


Setelah penat lelah, akhirnya kami sampai ke puncak....tahniah Idan dan jugak kat aku...masa yg diambil agak lama jugak...he..he...janji sampai...

Masa downhill laju jer.....banyak gambar aku upload dlm Facebook aku.....silalah bukak..
Sekian saja, jumpa lagi Insyaallah.....

Tuesday, February 7, 2012

Pertama kali naik Bukit Tokun @ BM Hill.

Pagi tadi 7hb Feb, 2012 aku membuat keputusan nak kayuh naik Bukit Tokun @ BM Hill. Suzaly Lee from Desa Aman Bikerz yang plan nak naik Tokun hari ni. Selain daripada itu Abg Saaidian juga follow kali ini. GengBasikal yg lain kayuh trek "polis" iaitu Nizam, Idan dan Arif. Apapun janji kayuh...
Ketinggian Bukit Tokun ialah 457 meter dari paras laut. Hutan Lipur Bukit Mertajam berkeluasan 37 hektar.

Suzaly, bersiap nak naik atas..

Jumpa Fendi dan wife dia Diena....mai layan BM Hill juga...pasangan kayuh yg ideal..

Abang Saaidian....kayuh dari rumah dia (Kulim)...


Jumpa bro Jef and gang...


Kayuhan bermula.....



Sampai ke CP1...depa ni dah sampai puncak aku baru nak naik ke puncak...

Tu dia...RB pon depa kayuh naik....


Kayuh jangan tak kayuh....

Akhirnya aku berjaya sampai ke pencawang pemancar....tahniah utk aku..he..he..


Berposing ramai-ramai....

Uncle ni yg tolong kami ambik gambar...thank you....

Tak payah cerita, hangpa mesti tau ni apa dia....

Pemandangan dari atas...

Ambik gambar kat pelantar, masa turun....

Kayuhan kali ini aku ambik masa sejam lebih...he..he..tak larat....Jarak kayuhan cuma 4km jer...tapi naik bukit tu yang lambat..
Sekian, jumpa lagi Insyaallah....