.

.
.

Monday, March 28, 2011

Second MRI test untuk anak aku....

Ahad 27hb Mac, anak aku terpaksa buat MRI test kat Pantai Hospital Sg. Petani. Ini kerana mesin MRI kat KPJ Penang Specialist Hospital masih lagi rosak. Hampir satu hari aku tunggu kat hospital tersebut, dari pagi sampai petang baru siap berserta dengan laporan perubatan. Disebabkan insurance tak cover kos tersebut terpaksa ditanggung sendiri.
Nanti hari Khamis terpaksa pergi kat KPJ Hospital pulak nak buat rawatan selanjutnya.
Terima kasih semua terutama abang Hj. Ramli SP yang meluangkan masa ziarah anak aku kat Pantai Hospital masa nak buat MRI test. Terima kasih sekali lagi...hanya Allah saja dapat membalas jasa buat semua.....Amin.

Thursday, March 24, 2011

Hanya Engkau Ya Allah tempat aku mengadu..

Anak aku yg ketiga sakit.....umur dah 10 tahun. Malangnya sakit dia adalah "conginetal defect" menurut doktor, so insurance company ING tak mau cover.

Terima kasih semua, aku dah tak tau nak cakap apa lagi. Anak aku masih lagi sakit, apa-apa rawatan pun belum buat lagi. Pakar Urologist kat KPJ Penang Specialist Hospital memerlukan ujian MRI untuk kali kedua dan juga ujian Urodynamics. Malangnya machine MRI pula rosak dan terpaksa tunggu. Appointment dengan General Hospital tarikhnya 6hb April 2011, lambat lagi .

Sekarang ni aku pening, buntu dan rasa tidak tenteram tak tau apa nak buat. Aku tau anak aku belum kritikal lagi tapi buah pinggang dia makin membengkak, air kencing dia “reverse back” sebab saraf atau salur kencing dia rosak dan sempit serta kencing menjadi kerap. Kadang-kadang air kencing keluar dia tak boleh rasa. Dah hampir seminggu status anak aku tergantung. Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku, permudahkanlah urusan anak aku dan sembuhlah penyakit anakku. Hanya Engkau Ya Allah tempat aku mengadu..Amin.

Rakan-rakan MTB, sahabat-sahabat FB, bloggers dan semua yang simpati padaku…terima kasih.

Semuga Allah sahajalah yang membalas jasa baik kalian semua.

Wednesday, March 9, 2011

Senarai riders drp GengBasikal yg joint Jomkayuh @PTSB edisi 2.




No plate Nama
10 Mohd Tarmizi b Ibrahim
11 Abdul Rashid b Ismail
12 Jaafar b Sedik
13 Mohd Nizam Hj. Mohamad
14 Zaidi b Muhamad
82 Mohd Arif b Abdullah
334 Mohammad Arif Aizat b Mohd. Tarmizi.

Selamat berkayuh pada 19hb Mac, 2011......



Tuesday, March 1, 2011

Pagi tadi kayuh santai with my wife.....

Pagi ni 1hb Mac, 2011 aku still on offday.....memandangkan minggu ni aku tak kayuh lagi so ajak wife kayuh area dekat-dekat ajer. Planning nak kayuh kelmarin bersama Rashid, Apai, Idan dan Add Kassim tapi semua ada hal masing-masing. Hari Ahad, ramai riders terjah hutan rimba Ulu Paip aku ada PIBG AGM....Jeli Jamboree pulak aku tak register.
Selepas hantar anak-anak pi sekolah aku dengan wife terus kayuh lalu trek KTM2101, bukit botak belakang SMSK dan lintas anak sungai dalam ladang kelapa sawit.
Menghala ke offroad...

Dah masuk offroad, ok lagi wife aku kata....

Nak ragaih bukit botak, half way saja...takpa bersemangat...

Take 5 @ ambil nyawa sat...

Posing atas titi kayu....


Air sungai ni jernih....

Kayuhan mengharungi sungai...


Ambil gambar guna hp camera Sony Ericsson Vivaz...

Tu dia abih kayuh terus pekena kuew teow teng dan kuew teow goreng kat Taman Mutiara...sedap......
Sekian saja cerita kali ni...Wassalam..