.

.
.

Friday, November 26, 2010

Ingat 5 perkara sebelum 5 lima perkara....




Salam, aku selepas cuti Hari Raya Haji....1st day nak pi kerja tiba-tiba badan jadi panas...pi klinik doktor bagi MC. Makan ubat banyak biji tak lega-lega..Pastu pi klinik lagi, doktor bagi surat suruh pi hospital. Aku pi KPJ Penang Specialist Hospital, Bandar Perda, BM.
Aku masuk wad 3 malam (24hb ~ 27hb Nov). Doktor pakar kat sini bagitau aku kena virus (????). Masuk air, masuk ubat plus antibiotik....lega...demam pun baik. Alhamdulillah. Tak cerita panjang.....tapi ingat :

5 perkara sebelum 5 perkara..

1) Sihat sebelum sakit.
2) Muda sebelum tua.
3) Kaya sebelum miskin.
4) Lapang sebelum sempit.
5) Hidup sebelum mati.

Marilah sama-sama kita ingat.



Monday, November 15, 2010

Selamat Hari Raya Aidil Adha untuk semua Muslimin dan Muslimat..


Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah SWT.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya

Hari Raya Aidiladha dalam hadis

§ Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)

§ Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih.

Sunday, November 7, 2010

Lama tak naik Langkap, masa DH sesatlah pulak..

Pagi ni, 6hb Nov, 2010...aku memang dah rancang bersama Nizam nak ke Langkap. Starting point dari Lunas (depan SMK Lunas). Riders yg joint hari ni Add Kassim, Arif Tmn. Gemilang, Cikgu (Gerekbukit) dan Amir from Recovery team. Sebenarnya aku dah lama tak terjah Bkt. Langkap, hampir setahun....

At the starting point, lead by Nizam.....

Cikgu Din dan Amir.....


Layan onroad dulu....

Add Kassim, lama aku tak kayuh ngan dia.....power lagi dia...

Arif from Tmn. Gemilang....dok pulun kayuh....



Berhenti and rilek sat...sebelum terjah....cikgu Din dah mula tanya tinggi ker???he..he..


Add Image Pendakian bermula........

Nampaknya cikgu Din dah mula penat...almaklumlah pertama kali ke Langkap...

Semasa dok tunggu cikgu Din hilang penat, Wan Rosman Abe turun...dia start dari Tmn. Selasih...sebenarnya dia dan member dia tu...dok tunggu aku....sorry silap starting point..

Aik.....cikgu Din tidoq.....pulak, takpa aku tunggu jangan paksa kalau tak larat.....don't rush..and take time....

Aku berjaya juga sampai ke puncak...Langkap oooo Langkap....

Cari jalan kot mana dan turun sebab lama tak mai.....masa kami DH terlajak jalan, sepatutnya ambik simpang kiri..tapi kami terus sebab syok DH punya.....

Tu...dia....sesat dah....

Kelihatan Amir dok pikiaq..kot jalan mana nak lalu ni...

Kita lalu kot sini....plak kot jumpa jalan...

Aku kena tanggung basikal sebab tak boleh nak kayuh....



Akhirnya jumpa jalan nak balik.......fuh lega.......ni terowong bawah BKE....


Take 5 dekat Shell BKE.....

Sampai di Taman Gemilang, singgah pekena roti canai, TQ Add sebab belanja kami.....

Cukup sampai di sini, cikgu Din berazam nak terjah lagi Bkt. Langkap sebab kali ni dia tak larat..takpa kita set time and date lain pulak.....bye2...

Wednesday, November 3, 2010

Kayuhan bersama Rashid Tahoe dan Apai. From Sg. Kob ~Pdg. Limau~Pdg. Meiha~Pdg. Cina.

Hari merupakan hari yg bersejarah sbb Rashid Tahoe, marshall GengBasikal @Kulim telah memulakan kayuhan setelah hampir 5 bln "gantung" basikal sbb sibuk. Apai juga pun ikut dalam kayuhan pagi ni 3hb Nov, 2010. Kami layan on road, start dari Sg. Kob ~ Pdg. Limau ~ Pdg. Meiha ~ Pdg. Cina. Cadang nak ragaih Gunung Bongsu...tapi tak jadi pulak. Takut kotor basikal. Satu pengalaman yg mengerikan...kami diligan oleh beberapa ekor anjing masa nak ke Pdg. Meiha...Rashid hampir2 nak digigit oleh anjing...fuh nasib baik..kalu tidak kena samak jawab dia...

Streaching dulu sebelum kayuh......atau sessi warm up...

Ni dia jiran aku, Saiful Giant...dok tengah basuh dia punya RB, kelmarin terjah Gunung Inas, Baling bersama Odd, Mait Apit, Zizan, Mat Yus dan ramai lagi......

Kayuhan bermula......





Semangat...angkat tangan....

Berhenti sbb penat...hampir2 nak kena gigit oleh anjing....Apai dok sedut O2...


Dan lagi balut rokok daun......

Rambut aku koi..kurang..he..he..


Tahniah bro....




Sampai dah kat Taman Mutiara, Sg. kob...

Lan Soya...air soya dia sedap dan paling murah....dlm daerah Kulim ni....


Sekian saja kali ini, tahniah kepada Rashid dan Apai..bersemangat walaupun lama tak kayuh...boleh panggil marshall lagi kalu rajin kayuh......36.69km...a good start...bye-bye..